Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO
* * *
Tetiba minggu ni macam terasa nak kembali berharmoni dengan alam sekitar. Maklumlah dah lama tak jejak hutan, masuk laut, mandi sungai, panjat bukit bagai. Kiranya macam nak lepas geram la.
Alhamdulillah jugak aku ni orang yang lahir-lahir je dah merasa nampak hutan, nampak gunung dan sungai, jadi kelebihan menjadi 'orang hutan' tu dah ada la sejak kecik, plus aku boleh duduk kat tempat-tempat sejuk je kekekkee maklumlah kat kaki gunung nak ke Cameron Highlands!!!
Ok straigth to the point, aku sebenarnya nak cerita pasal Hutan Lipur Kuala Woh (Oh rupanya aku tak pernah blog about this place!), lokasinya dekat je dengan rumah aku kat kampung, kalau kire pakai batu, lebih kurang 7 batu, sebab tu masyarakat kampung sini panggil 'Batu Tujuh' nama lain selain Kuala Woh.
Apa yang uniknya pasal Kuala Woh ni???
Sumber google |
Sumber google |
- Ada sumber air panas! Jangan tak percaya, kalau letak telor kat dalam air kompom jadi telor rebus! Lokasi air panas terletak di tengah2 antara kawasan tumpuan utama. Kalo masa kecik-kecik dulu ada satu kolam yang dibina khas untuk orang-orang yang nak mandi ayor panas kat situ. Tapi, kolam tu dah ditutup sejak beberapa tahun dulu sebab tak terjaga, banyak sangat orang buang sampah! Haish takde kesedaran langsung!!!
- Ada sebuah titi gantung! Bagi aku titi gantung ni merupakan tarikan utama jugak sebab jarang kita boleh jumpa titi gantung di mana-mana. Dulu-dulu aku selalu main kejar-kejar atas titi gantung tu dengan sanak sedara, lepas tu bila da sampai tengah-tengah kami ramai-ramai goyangkan titi tu hahaha ngeri jugak!
Ops....ada 3 dara pingitan.... kekeke. TITI GANTUNG KUALA WOH - Kawasan camping! Ya memang ramai gila program camping yang dibuat samada oleh bebudak skolah, IPT dan agensi. Aku tak sure kena bayaran ke tak untuk sewa tapak tapi sila laporkan diri kat pihak pengurusan kat situ.
- Kat Kuala Woh juga ada beberapa chalet untuk disewa! Keadaan chlet amat memuaskan dan sesuai untuk sesiapa yang sukakan kedamaian dan alam sekitar.
Ok aku rasa 4 perkara tu je dah cukup untuk menarik perhatian orang ramai ke sana. Bukan saja orang tempatan, ramai jugak pelancong luar yang singgah situ, especially masa nak naik atau dah turun dari Cameron Highland!!!
Terasa nak suruh group #travelholicawesome buat trip pegi situ pulak la... Kompom meriah dan bergegar Hutan Lipur Kuala Woh tu!!! Wow tak sabarnya!!!!!
WASSALAM.
Moh kita ke Kuala Woh!!!! Mari2...
ReplyDeleteBlueEwoke:-
DeleteKo ni moh moh, dah penah sampai situ ke blom???? Hahahah moh kite. Aku teringin nak bawak korang gi situ sebenarnya.
tentang selingan tu, sudah tentu lah saya akan vote kan nanti ya...dan tentang Kuala Woh ni memang rasanya korang elok juga sesekali pi camping tempat cam tu....dan kalau letak telor kompom rebuskan so korang jangan rendam lama2 silap haribulan dengan telo2 korang sekali kena rebus hehehe.... jgn mrh... :)
ReplyDeleteAndaque:
DeleteThanks sebab Vote! Jasamu dikenang! :)
Hahahha memang boleh rebus telur kat situ. Bukan stakat telur ayam, apa² yg dinamakan telur jugak! Hahhaaaa...
:)
Vote.... sudah... moga berjaya.... :)
ReplyDeleteEkekekeke....
ReplyDeleteKawasan permainan ku jua....
MasMz:
DeleteSebok je... Pi main jejauh! Kekekekkee.
haah la... Air terjun Ledang tu pun dekat jer ngan kg aku. x plak aku wat entry... durhaka betul... huhuhuhu
ReplyDeleteIza:
DeleteKannnnnn!!! Ko memang mendurhakai tempat tu, mentang2 dekat!!! Nak yang jauh2 je korea la jepun la kekekekeke...
Sila sila.
dh vote..smoga menjadi juara cemerlang, gemilang dan terbilang..fuh2..ameen
ReplyDeleteAina:
DeleteThanks Aina! Tak kisah le menang ke tak, yg penting menang di hati peminat! Wakakaka #drama
saya teruja dengan blog anda, sungguh eco tourism! anda mmg patut menang!
ReplyDeletejap nak gelak...
KAHKAHKAHKAHKAH!
ok dah...so kuala woh kita?
Biqque:
DeleteLahanat! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ memang blog aku ditakdirkan menjadi eko tourism je sebb tak mampu nak g jepun ngan NZ kekekeke.
Jom kuala woh!!!! Jomm aku nak rebus telo.
Kat situ ada banyak rama-rama Rajah Brooke (Trogonoptera Brookiana)...
ReplyDeleteMie:
DeleteYa betul! Memang rama2 tu banyak kat sini. Kekadang bleh tengok depa berkumpul atas batu ramai ramai! :)
bila? bilaa?? bilaaaa nak ke kuala woh???
ReplyDeletesaya setuju dgn statement puan biqque kahkahkahkaha..
thn lps xjadik ke air terjun gunung ledang, hujung thn keluarga bahagia nk menuju ke selatan. kena singgah situ la gamaknye utk 'eco frenly' gak hahahhahaha
Ely:
DeleteKo ni kejap kelaut, kejap ke sungai! Bilenya nak jadi?????? Cer kabo!
Statemen cam harammmmmm hahhahaa.
Selatan takde kene mengena ngan tempat tu ye cik kak. Tempat tu di utara, sila kaji peta kekekekkeek....
Singgah la Mersing! Best woooo.
Voted..5 star for janggel hehehe..menang wat pulut kuning
ReplyDeleteHamra:
DeleteThanks!!! Susah-susah je kekeke. InsyaAllah. Semuanya belum diputuskan. :)
Salam ,bestmya blog awk ,indah pemnadangan .sejuk mata memandang ,saya da vote blog awk dalam contest
ReplyDeletesemoga berjaya awk ,good luck chaiyoo chaiyoo
ReplyDeleteSalma:-
DeleteThanks Salma! InsyaAllah ada rejeki menang ... Kalo takde, saya pasrah hehehee