Assalammualaikum!!!
Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO
Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO
* * *
Amacam dengan tajuk entry kali ni? Ada keserashian tak? Ok Itu adalah fakta! Not everybody know facts jadi aku pon bagitaulah kepada orang-orang yang tak tahu hehehe. Back to the story...nak buat cecepat jugaklah macam entry Chawana, siap ada 'Fast Foward' bagai.
Kisahnya bermula dengan "Satey Wak Tor"... siapa pernah dengar pasal Satey Wak Tor ni? Kononnya sangat femes di Pasar Malam AU2, menjadi pojaan ramai termasuklah geng #travelholicawesom yang pernah saban minggu berulang membeli satey untuk sesi mengumpat bual bicara. Maka selepas itu timbul pula kisah Satey Pak Ian, kemasyhurannya di sekitar TEPEN (Taiping) sehingga menjadi rebutan berbilang bangsa, pernah ada kenduri kawin orang Hindu tempah Satey Pak Ian sampai 4,000 cucuk! Begitulah kehebatannya.
Bile dah dengar kehebatan itu, maka anak kepada empunya nama pon bersuara, nak mengajak geng #travelholicawesome pi makan satey free di Tepen. Seperti kerabat pulang ke istana pucuk dicita ulam mendatang, maka perancangan untuk menerjah satey Pak Ian pon diteruskan. Tu yang berkonvoi-konvai kami ni dari KL ke Tepen.
Ahli mesyuarat tingkap kali ni hampir lengkap! Tahniah, bukan senang nak dapat kompol semua, malahan siap ada orang baru yang join dari DanArif.com (pi la terjah blog dia juge). Kami bertolak dari KL pada jam 12 tengahari, dengan penuh drama!!! Sebelum tu aku pi kutip sorang-sorang kat rumah dan kami bersarapan pagi di Restoran Santai, TTDI. Memang banyak pilihan lauk pauk di situ, dan ramai giler orang pegi sarapan pagi kat situ. Pendek kata, memang femes la restoran ni.
Dah puas bersarapan (ada yang sarapan sepinggan nasilemak, 3 biji karipap dan sebiji kuih lopeh: you know who you are) aku dan geng lain (2 kereta) memulakan perjalanan. Geng Biqque dan Chawana dah bertolak sehari awal ke Ipoh, maklumla masing-masing nak jumpa mak bapak yang dah berbulan-bulan tak jumpe.
Destinasi pertama adalah TAPAH, Perak. Singgah makan tengahari di kampung aku, mak aku dah masak lauk punyalah banyak dan pelbagai jenis hidangan. Kami makan dengan bersungguh-sungguh, sementara Chawana dah gelisah menanti di Tepen. Dalam pukul 3 petang baru kami bergerak ke Tepen. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Tidak hujan tetapi panas membahang! Hayooooo sangat luar biasa Tepen kali ni, selalunya hujan.
Kami sampai di Taping dah dekat pukul 6 petang, terus kami ke Taman Tasik Taiping. Seperti yang aku katakan, cuaca sangat menyukai kami. Semua berkumpul di situ dan bermulalah sesi suai kenal dan beramas mesra! Macam-macam perangai ada, dan semuanya happening. Oh lupa, Icam dah kurus!!! *dengki.
Lepas habis buat hal di Taman Tasik Taiping, kami ke Hutan Paya Bakau di Matang. Aku pon tatau apa nama sebenar tempat ni tapi memang kawasan hutan paya bakau la, siap ada chalet dan jeti di situ. Memang cantik la tempat tu. Kengkononnya nak tengok sunset, tapi tak berapa nak sunset la sebab matahari dilindungi oleh pepokok bakau yang banyak di sepanjang sungai. Tapi sumpah, memang cantik.
03-8891 5000
Dah habis bersunset di hutan paya bakau, kami pergi makan Mee Udang Mak Jah pulak. Ye tak ye jugak, Kuala Sepetang ni memang terkenal dengan mee udangnya. Semangkuk penuh dengan udang sampai 5-6 ekor! harga mee udang biasa adalah RM 7. Di samping mee udang, kami makan mee goreng udang jugak! Lazarts! Sebenarnya banyak kedai jual mee udang di sepanjang jalan, cuma kami tatau mana satu yang sedap, so pada ketika itu kami singgah di Kedai Mee Udang Mak Jah dan rasanya sedap..kalau kami singgah kat kedai Mee Udang Abu ke, Mee Udang Mak Leha ke atau mana-mana je, dan rasanya sedap, sure kami akan promote jugak.
Dah habis melantak, kami pulang ke homestay, lokasi homestay tak berapa jauh dari bandar Taiping, dekat je dengan Sinpang Empat. Nama homestay adalah Homestay Mesra, murah je sewanya, RM 180 semalam, ada 3 bilik dan sangat besar. Seronok kalau nak main lari berganti-ganti dalam tu.
Dah mandi dan menunaikan kewajipan, maka kami pun pergi la ke gerai Satey Pak Ian. Acara kemuncak katanya, habis 400 cucuk satey kami makan!! Paling banyak makan adalah Danny (44 cucuk), orang lain semua makan belas-belas je hehehe.
Kami bersembang sampai pukul 12 malam...lepas tu sambung lagi kat homestay sampai pukul 4 pagi. Gigih kan, maklumlah macam-macam isu berbangkit kena dibincangkan. Oh lupa, sebelum tu singgah pegi mengintai bapok di Taman Liathambi. HAHAHAHA Biqque kata, acara melihat bapok ni adalah sebahagian daripada aktiviti keluarga!!!! Sengals
Keesokkan hari, misi lawatan sambil belajar ke kilang membuat arang! Sumpah seumur hidup aku tak pernah pegi kilang arang, nasib baik Pak Ian dah arrangekan semuanya. Kami pun pusing-pusing satu kilang arang, tapi masa tu owner dia tak ada. Buat macam kilang sendiri la jawabnya.
WASSALAM.
5 bintang sbb letak gambo suci kt sini menunjukkn keluarga bahagia tompang mkn free hihihi tp part mkn mak masak dgn bsungguh2 tuh mmg menyakitkn ati lah!
ReplyDeleteEly:
ReplyDeleteYeay dapat 5 bintang! Naseb bek aku gigih amek gambo Suci tau!
Hehehe len kali meh la jemput datang rumah saya kat kg, kompom saya suh mk saya tolong masak sedap2 hehehe.
400 cucuk sgt dusta!!! biqque ckp 250 cucuk jekkk! hahaha
ReplyDeletetp aku makan 44 cucuk tu adalah benar sekali! hahah awesome!
nk buat hal lagi laaa...alalala
Jong:
ReplyDeleteHahaha are u sure 250? aku YAKIN biqque salah kire sebab ko je dah makan dekat seratus kakakakakakakakakakkaa.
Sila ajak aku kalo nak buat hal lagi!
Hahahahaha memang drama sgt korang nih..cair mekap aku tunggu korang..aku benci korang dikala itu.. so terpaksa aku tenyeh lagi lipstik masa korang sampai hahahahah..
ReplyDeleteRupa aku cun la masa kat lake garden tu ..mcm tak percaya *puji diri sndiri*
Gambar aku kat kilang arang, nampak sgt aku fake gile muka cam tu!
Yang org lain pun muka semua drama cerekarama cessss
BlueEwoke:
ReplyDeleteHahahhA kesian korang tepaksa tacap lipsetik banyak kali muahahahhahaa....
Ops kesan lipstik fushion tu je tu....
400??? huyuh! sape makan lagi 150 tuh??? hahahahaha! exaggerate but i loikeee!
ReplyDeleteBest gler wat xtvt sihat bramai2 (xkisah la mkn sorg bpe cucuk satay)hehe..ape2 pun travelholic mmg owesome..
ReplyDeleteBiqque:
ReplyDeleteHahaha bukan 400 ker?? I tot John je dah makan seratus hahahahaaa
Hamra:
ReplyDeleteHai Hamra...yer kalau reramai memang syok....solo tak syok sebab takleh nak share kegembiraan on the spot, alih2 tercengang sendiri hehehe.
:)
Agreed***tgh angguk2..sharing is caring.perut kenyg senang ati..hehe. .sy ade kes itam mkn sate..punyala lahap sampai tcucuk..alih2 kene jmp doc..n berani nurse tu gelakn..mau myorok bwh meja je time tu..hehe.ape2 xpenah serik mkn sate...
ReplyDeletepenat jugak akak baca entry nih laju-laju
ReplyDeletestill, kan kena cover 2 entry...hahah
sehari seentry...
tatau le si Danny bape episod nak letak...
over tau letak gambo akak yg gelak tu...dan juga gamba akak yg comel tu jugak.....hahahah..akak overst
bile tgk semua2 org dlm gambar ni penuh dgn keceriaan, tersenyummmm memanjang..
ReplyDeletekeluarga bahagia betul laaa..
Hamra:
ReplyDeleteYa ampun leh ke tercucuk lidi satey camtu???muahahaahaha!!!!
Jangan pernah serik makan satey!
rindunya tepennnnnnn.....
ReplyDeleteKak Anash:
ReplyDeleteHaaaa mengah kan!!! Takpe saya ada sediakan kerosi kaT tengah2 entry untuk akak lepak.
Denni tu saya rasa emtry dia mau cecah 12episode tu! Hahahaha.
Overst tau akak!!!!!
Cawan,,
ReplyDeleteKannnn kite ibarat sebuah keluarga yang besar! Suka!
Keluarga #travelholicawesome!
Hanie::
ReplyDeleteAter kalo dah rindu tu sila la dtg slalu! Hahhahaa
wow! superfastforwardsungguhsampaitakcukupnafasnakmembacanya!!! Hahahahahaha
ReplyDeleteJohn aka Danny tu sebenarnya mesti lebih dari empat puluh empat cucuk, *kes campak lidi satay kat tempat orang lain! hahahahaaa.... Biqque, 150 cucuk yang unknown tu John larr tuh makan tuhhhhh
MasMZ:
ReplyDeleteKan!!!! Kite nampak dia letak kat tempat orang seblah2 dia. Yakin lebih dari 44 cucuk!!!!