Assalamualaikum!!!
[ Sambungan dari SINI ]
* * *
Ok jom sambung kisah aku di Jaipur. Hari pertama telah berlalu dengan jayanya. Penat tu toksah cakap la, berjaga dari jam 4.30 pagi gara-gara nak menunggu keretapi sampailah ke malam, balik dari Jal Mahal sampai hotel terus fengsan (ops... makan dulu). Hari kedua kami keluar dari hotel agak lambat, dah dekat pukul 11.00 pagi baru keluar gara-gara perut masing-masing dah mula buat hal. Hari ni kami dah start cerry berry dan aku yakin disebabkan oleh makanan yang kami makan semalam. Sempat jugak aku telan ubat untuk tahan sakit. Tapi nampak gayanya macam tak berkesan je. #pasrah.
Kami meminta Bhaijan (pemandu tuk-tuk kami) menunggu kami di luar hotel. Destinasi hari ni pon agak banyak juga, dalam keadaan tak berapa nak ok kami tetap gagahkan diri demi penerokaan di bumi Jaipur! Rugi woo kalau tak menggunakan peluang yang ada sepenuhnya. Hari ni jugak kami kena check-out dari Maya Niwas Hotel. Selesai urusan check-out kami meninggalkan beg-beg 'gajah' kami di bilik khas di Maya Niwas tanpa sebarang charge, alhamdulillah. Ye la, tak mampu kot nak angkut beg0beg bagak tu pergi jalan-jalan. Pekerja hotel tu pon nampak baik dan seperti educated. Jadi boleh dipercayailah dan tawakal je la pada Allah.
Lokasi pertama untuk diterokai hari ini adalah
Hawa Mahal. Tapi sebelum tu kami sempat singgah kat
Albert Hall Museum (sebenarnya kat depan muzium tu je) tapi malangnya muzium tu tutup pulak hari tu, takpe, pasrah. Kami hanya bergambar di depan muzium sebagai tanda kami dah penah tengok bangunan tu kekeke. Sayang kan, tak dapat nak
explore habis. Takpe la, kalo lain kali tersesat ke
Jaipur, aku nak singgah situ la.
|
Albert Hall, Jaipur. Tutup hari Khamis. |
|
Albert Hall yang cantek |
|
Keadaan di luar Albert Hall |
Ok berbalik pada
Hawa Mahal, apakebenda
Hawa Mahal ni? Bangunannya memang unik dan cantik, dan ia terletak di dalam
Pink City. Perjalanan dari
Hotel Maya Niwas ke
Hawa Mahal hanya mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit sahaja. Keadaan jalanraya seperti biasa lah, sesak dan berdebu. Memandangkan kami dah beli tiket secara pukal pada hari sebelumnya (di
Amber Fort dengan kos Rs300) maka kami masuk saja ke dalam kompleks
Hawa Mahal. Buat tak tau je pada beberapa orang tempatan yang
offer nak jadi
tour guide kat depan pintu masuk sebab kos nya dalam lingkungan Rs250!!! Huhuhu kami memang terpaksa berjimat sebab nak
cover balik kos-kos berlebihan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Nota: Hawa Mahal juga dikenali sebagai Palace of the Wind dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh dan merupakan sebuah bangunan setinggi 5 tingkat yang dibina sepenuhnya dengan batu mar mar! Sejuk giler dalam tu. Terdapat tingkap-tingkap kecil (lebih kurang 953 tingkap kecil) terdapat di sekeliling Hawa Mahal. Sebenarnya Hawa Mahal ni dibina untuk wanita-wanita kerabat di Raja yang waktu itu rata-rata wanita di sana diwajibkan memakai PURDAH. Tingkap-tingkap kecil yang dibina membolehkan wanita-wanita tersebut mengintai segala aktiviti yang berlaku di luar bangunan sekaligus melambangkan kebebasan mereka. Lagi cerita Hawa Mahal di SINI.
Masa kat
Hawa Mahal ni pon perut masing-masing asyik nak memulas je. Pasrah je la masa tu, pusing-pusing keliling bangunan sambil melepaskan angin tanpa dikesan hahahaha (apa punya cerita la aku tulis kat sini).
|
Pintu yang diukir cantik. |
|
Keadaan di tingkat atas Hawa Mahal. |
|
Cantik ukiran-ukiran kat dinding Hawa Mahal ni. |
|
Keadaan di tingkat atas. |
|
Bandar Pink City dari atas Hawa Mahal. |
|
Boleh nampak Jantar Mantar!!! Sebelah Hawa Mahal je. |
|
Hawa Mahal yang indah. |
|
Keadaan di luar Hawa Mahal |
Setelah habis menjelajah
Hawa Mahal yang indah, kami kembali ke tuk tuk di seberang jalan. Memang Bhaijan tu dah janji nak tunggu kat situ. Cuaca memang panas masa tu tetapi berangin dan kering. Tak berapa sedap nak berjalan kaki di tengah-tengah rembang dalam keadaan panas masa tu, dan badan aku memang tak sedap rasa macam nak demam. Nasib baik dah telan panadol dua biji pagi tadi.
Lokasi seterusnya adalah
Jantar Mantar (
calculation Instruments). Sebenarnya banyak J
antar Mantar di
India, ia merupakan kompleks astronomi (kaji bintang) seolah-olah muzium yang amat unik dan praktikal. Kompleks
Jantar Mantar di
Jaipur ni telah diiktiraf sebagai
World Herritage Centre oleh
UNESCO. Wow dah beberapa tempat
World Herritage yang aku dapat lawati,
best! Tiket masuk dah termasuk di dalam tiket
inclusive kepada 5 tempat yang kami beli di
Amber Fort semalam.
See untung kan! Walaupun harga bagi
tourist dan
local people sangat berbeza.
Sebenarnya ada kejadian menarik berlaku sewaktu di
Jantar Mantar, keadaan memang sangat panas dan dengan keadaan kami yang tak berapa nak sihat ni, salah seorang dari kami boleh memuntahkan hasil makanan dengan banyaknya di atas tanah sambil diprhatikan oleh tupai-tupai jinak yang banyak terdapat di kawasan itu. Kesian, memang kami dah keracunan makanan. Baik punya
port muntah, di hujung kawasan kekeke.
|
Keadaan di dalam Jantar Mantar |
|
Panas giler masa ni!!!! |
|
Kat luar Jantar Mantar. |
Cadangnya kami nak masuk ke
City Palace yang terletak berhadapan dengan
Jantar Mantar, tapi memandangkan tiket masuk pon mahal dan keadaan tak sihat kami pon meminta
Bhaijan membawa kami ke sebuah hotel murah yang katanya dekat dengan rumah dia. Memang kami dah tak ada pilihan lain selain dari
check in kat hotel dan berehat sebentar. Nama hotel yang kami singgah adalah
Moonlight Hotel. keadaan hotel memang memuaskan dan bersih. Di ruangan bawah tanah ada hostel dengan beberapa katil disediakan, tapi kami hanya mengambil bilik untuk berehat sebentar sahaja. Sewa hotel pon murah je lebih kurang Rs800. Sebenarnya takde la murah sangat tapi sebab dah tak larat sangat kami pon setuju je la untuk berehat sementara kat situ.Kami pesan pada Bhaijan untuk ambil kami semuala pada jam 4.00 petang. masuk je bilik aku terus telan panadol 2 bijik dan tidur. Pengsan habis, masa tu.Kami amat bertuah sebab dapat menyaksikan satu perayaan masyarakat tempatan. Aku tak tau apa nama perayaan tu tapi menurut Bhaijan, ianya perayaan makan makanan semalam (makanan basi ke???) entah. Makanan yang dimasak semalam akan dimakan hari ini. Ada jugak perayaan maca tu kan? Tapi meriah la dapat tengok ramai yang pakai cantik-cantik dan berarak entah ke mana hehehe.
Hotel Moon Light Palace
Contact Person: Naim Khan
S-34, Shanti Nagar, Nagar Labour Court
Opp. NBC, Jaipur - 302006 (Raj.) India
Phone: +91-141-2450753, 6508059
Mobile: +91-09828017814
|
Pintu masuk ke Moon Light Hotel. |
|
Perayaan makan makanan esok...erk boleh macamtu? |
Tepat jam 4.00 petang,
Bhaijan dah ada di hotel tersebut. Aku rasa dia tak pegi mana-mana pon, lepak-lepak je kat hotel tu sambil sembang-sembang dengan owner hotel. Entah apa la yang disembangkan. Kami meninggalkan beg di hotel dan bergerak menuju ke
Tiger Fort yang terletak lebih kurang 16 km dari hotel. Agak jauh juga dan perjalanannya mencabar.
Alhamdulillah badan pon dah ok sikit masa tu, cuma perut je
still memulas-mulas tapi masih boleh dikawal.
Perjalanan menaiki bukit ke
Tiger Fort sangat mencabar, dan jalan laluannya sangat sunyi. Menurut
Bhaijan, ramai yang naik atas tu untuk bunuh diri! Hahahaha boleh pulak kan? Tapi masa kat atas tu memang terpegun melihat keseluruhan bandar
Jaipur yang padat dan juga dapat melihat
Jal Mahal dari jauh, cantik! Kami sempat melayan sunset kat atas
Tiger Fort tu, aku pon tak berapa tau apa fungsi
Tiger Fort ni, sebab
Bhaijan tu pon tak berapa cerita dan kami pon sebok je menembak, tala kemera ke sana ke sini. Aku
assume tempat ni sama macam
fort-fort yang lain, tempat kediaman pemerintah dulu-dulu. Cuma keadaan kat atas ni agak tak terjaga dan masuk pon bayar Rs 10 kalau tak silap aku. Murah je la.
|
Pemandangan Jal Mahal dari Tiger Fort. |
|
Empangan dari atas. |
|
Lagi pemandangan Jal Mahal dari atas. |
|
Bandar Jaipur! |
|
Nampak budak-budak tengah main bola dari atas ni. |
|
Cantik sebenarnya Tiger Fort ni. |
|
Besar ... |
|
Antara bangunan yang ada kat Tiger Fort ni. |
Terdapat sebuah kadang yang aku
assume ianya digunakan untuk mengurung harimau pada masa dulu. Dan terdapat sebuah restoran di puncak
Tiger Fort ni...kompom mahal nak mampos kalau nak makan kat situ. Tapi aku tengok ramai jugak pelancung asing yang naik kat restran tu. Lepas tu nampak juga satu kapel yang baru kawin tengah
shoot post wedding gamaknya...ngeee suka!
|
Ni la yang aku cakap tempat kurung singa / harimau tu,
|
|
Saje nak enterprem. |
|
Jom teruskan pendakian. |
|
Goodbye Tiger Fort |
|
Jal Mahal di waktu malam....cantik! |
Lama kami kat atas
Tiger Fort tu, sampai hari dah nak gelap.
Bhaijan ajak kami balik sebab laluan turun memang takda lampu, silap-silap terjun masuk gaung pulak nanti. Kami pon bergerak turun ke bawah. Kawasan
Tiger Fort ni ditutup pada waktu malam dan hanya pelanggan-pelanggan restoran saja yang boleh naik, polis siap jaga kat bawah kaki bukit tu.
Ok la, lepas ni aku cerita pasal melawat ke rumah
Bhaijan pulak. Sesuatu yang menarik! Tunggu...
WASSALAM.
Cantiknya gambar!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteHawa mahal cantiknye, ktiorg ari tu tak masuk dlm sebab dah tutup!
Weh dekat ke Hawa mahal ngn Jantar Mantar? Time aku pegi dulu mcm jauh je tuk tuk tu pusing! korang jln kaki ke weh?? ni aku sentap nihhhhhhhh
Korang buang angin merata2 kat india tu, menambahkan lagi air pollution okeh!!!bluekkk
omg!!! laju jek na komen! hahaha..
ReplyDeleteteringat pulak time ni dah start MasMZ muntah2 plus we all sume cherry berry. papepun, sume gambar cantik gilos!
Danny:-
DeleteKannn, dah la muntah depan orang tengah makan. Podahcittt hahahahah.
:)
BlueEwoke:-
ReplyDeleteCantik tau Hawa Mahal ni, aku rasa unik dan lain dari frt2 yang banyak kat sini.
Jantar Mantar tu sebelah je Jah oi....jalan kaki pon sampai. Tapi memandangkan kami dah sewa tuktuk tu sehari so naik je la kan...kekekeke.
Buang angin tu wajib kekekeke.
Salam Janggel,
ReplyDeleteI'm one of your silent reader.
Saya sgt suke Jantar Mantar!!! dulu2 kecik2 suke sgt astronomi kan? mmg jeles ok dah jejak ke sana...
btw kalo cerry berry, try cari charcoal bread / minum air teh o pekat tnpa gula. mana tau, blh ringankan skit perut tu. =p
teruskan menulis!
abbazeef
So maknanya kitorg pun kena tipu la yek, sb naik tuk tuk pergi merata alam dia bwak, pastu baru drop kat Hawa Mahal! Serius jauh weh!! bab* betul! hahahaha
ReplyDeleteBgnn di hawa n jal mahal ni cm dlm cite devdas je..masih cantik n tpelihara...tp bab buang angin tu mau berkulat kut dinding kat hawa mahal tuhh...abis tcemar hehe....
ReplyDeletehhahaahahaha ceesssss John / Danny,
ReplyDeleteJanggel tak bocor rahsia, ko yang kasik bocor!!!! Pasrah..... Seb sempat amek port.....
Na, nak berjalan pun boleh! Hahahahahaaaa......
Buang angin tanpa dikesan???? Bluerkkkkkkkk..... Sabar je lar....
Tiger Fort memang terbaik larrr..... Santekkkkk
Pemandangan Dari Tiger Fort memang cantique.
ReplyDeleteIa orang baru nak meraikan perayaan makan makanan esok, tapi engkorang dah merayakannya terlebih dulu tu pasal sampai keracunan makanan kut ... hehe :)
Abbazeef:
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.
Jantar Mantar? wow memang astronaut yang hebat la ni ye?
Yup ada jugak bawak ubat charcoal tu tapi berkesan sekejap je pastu jadi balik hehehehe
Thanks!
BlueEwoke:
ReplyDeleteLa yer ke?? ko pasti ke yg kat Jaipur ni? sebab tak silap aku kat Delhi pon ada jugak.
Kalau betol yang kat Jaipur memang kompom korang kene tipu kekekkee.
Bertabahlah.
Hamra:-
ReplyDeleteHahahahahha begitulah, diorang memelihara tapi agak terlambat kot sebab banyak yang dah musnah.
Buang angin suci la hahahaha
MasMZ:
ReplyDeleteOpsss nak bocor rahsia jugak la...kekekeke
Andaque:
ReplyDeleteWah ejaan cantique pon dah macam bunyique-bunyique nama u aje hahahahha.
Ye memang lawa kan..terasa kita berada di awangan kekeke.
Tu la...aku rasa pon camtu la sebab tak cukup basi makanan tu.
pic hawa mahal tak de dr belah depan ke? belah tpt permaisuri2 intai ke luar?
ReplyDeletemmng menarik perjalanan korang ni.. semua redah jek.. mmmng mencari jalan susah..
Cawan:-
DeleteHaah gambar dari depan mmg tak amek sebb tak berenti kat deepan tu. Tapi a day before dah amek dah dr depan kekekek kire ok la. Tu la mmg mencari jalan susah betol kami ni kekekekke
mcm buleh lompat kuar aje rimau/singa kalu duk dlm tuh..
ReplyDeletedpt ku bygkn cemana keadaan berjalan smbil sakit perut + muntah itu hihi
Ely:
DeleteHahahha tapi dinding dia tinggi tau, siap ada jaring2, so susah la rerimau tu nak melompat kekekeke.
Ye memang siksa kalo berjimba2 sambil saket perot.
alamakkkkkkkkkkkkkkkkk...
ReplyDeleteaku tak pegi pon belakang hawa mahal tueeeeeeee.....
cantik nyeeee...adoi rugiiiiiiiii
Maszuber;-
DeleteSiyes ko tak masuk Hawa Mahal tu??? Ruginya sebb cantek tau bangunantu.
@janggel
ReplyDeletedari kecik mmg minat astronomi. skang ni pon sainstis. =p. tp bidang lainlah. mmg dah kenal lama dah dgn bnda tu cume bila ko post gmbr tu terimbau kembali dulu2..haha
la..bawak ke? sian gile korng. xdpt byg ah dasatnya penangan dier.
sama mcm saya br balik dr indon dulu. 2 minggu CB teruk yg melampau! huh!
Abbazeef:-
DeleteOooo kisahnya. Memang peminat astronomi tegar lani. Ala tak kisahle keje bidang lain pon janji boleh jadi hobi kan kekekek.
Ye saya bawak ubat2 tu tapi makan tak berapa nak berkesan pon, sabo je la.
Biasa la travel , len kali jangan makan bukan² kan hahahaha.
cantik sungguh gambar2 India. An eye opener
ReplyDeleteAzuan;-
DeleteThanks.
Banyak tempat yang cantik di India.
Azuan:
ReplyDeleteTerima kasih. India banyak juga tempat yg menarik dan boleh diterokai. :)
bile la aku nak sampai cni??? sob sob sob...dengkinye
ReplyDeleteFatt:
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari nanti.