Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Johor oh Johor...

Assalamualaikum.

Hari ni hari pertama masuk opis selepas dua minggu terumbang-ambing di lautan hahaha (bukan lautan sebenarnya, cuma pinggir lautan). Minggu lepas, selepas berhari raya korban aku telas ditugaskan ke Selatan Tanahair (Johor Bharu) untuk menghadiri satu kursus last minit. (ops...)

Bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), aku dan semua rakan sejawatan telah ditempatkan di Scholar's Inn, UTM yang merupakan sebuah appartment 2 bilik yang boleh menempatkan 3 orang peserta satu appartment. Hmm not bad juga fasiliti penginapan yang disediakan, semuanya lengkap kecuali dapur yang tak berasap je...

Sebenarnya aku tak pernah pon masuk dalam UTM ni, so sepanjang kursus tu aku pon mengambil kesempatan jugak la mengenal-ngenal UTM. Mujur jugak ada member sekursus yang ex-UTM, jadi secara automatik diorang la yang menjadi juru pandu aku dan kengkawan. Thanks alot.

Dan hampir setiap malam jugaklah kami merayau-rayau di sekitar Skudai dan JB. Paling best bila lepak kat Da…

Food Hunter: Laksa Pulau Pinang (Laksa Penang - Cek Suka!)

Assalamualaikum...
Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa Hari Raya Aidil Adha, aku request kat Mami aku untuk masakkan aku Laksa Penang (ni kes ngidam tak dapat makan Laksa Penang superb masa kat Penang hari tu). Dengan relanya mami aku pon memasakkan aku Laksa Penang yang sangat sedap. Aku cakap kat Mami nak bawak balik KL sebab ada kengkawan nak rasa (ni pulak kes aku dah promote kesedapan Laksa Penang mak aku kat diorang).

So, petang tu aku balik ke KL berbekalkan Laksa Penang buatan Mami. Sepanjang jalan tu semerbak ajelah bau kuah laksa dalam kereta aku, terus mata tak mengantuk. Bila dah dekat nak sampai KL aku pon meng'roger' HD dan KM untuk memberitahu lokasi memperabih laksa. Banyak jugak tempat yang dicadangkan akhirnya KM suruh aku tunggu di Tasik Titiwangsa, boleh berkelah katanya!

Bila dah sampai KL, aku pon menjemput HD kat opis dia sebab hari tu dia kerja. Jadi kami berdua pon bergegas la ke Taman Tasik Titiwangsa. Alangkah malangnya, sampai je kat Taman Tasik…

Makan-Makan Di Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung tahun 2010. Sekejap je rasanya dan rasanya jugak macam baru semalam je aku menyambut newyear tahun 2010 dengan kawan-kawan di Look Out Point hari tu..Hmmmm itulah percaturan hidup namanya.
Oh ya, rentetan daripada kisah percutian aku dan kawan-kawan di Pulau Pinang minggu lepas, aku nak bercerita sedikit pasal makan, termasuklah tempat makan....makanan apa yang dirasa di Pulau Pinng dan sebagainya yang berkaitan dengan makanan di sepanjang percutian itu.
Ok, kisah breakfast di hari pertama di Pulau Pinang, kedai makan yang aku kunjungi sebenanrnya memang sangat popular di Penang iaitu kedai Nasi Kandar Line Clear. Mungkin jenama ini bukan saja terkenanl di Penang tapi dah dikeali di seluruh Malaysia. Macam biasa lah, kalau nama kedai pon dah nasi kandar, memang yang dijual pon nasi kandar dan konco-konconya lah! Secara peribadi, aku memang tak makan nasi kandar, tak suka nasik-nasik bewarna dan kureng sikit dengan kari …