2010-11-19

Pulau Pinang Escapades (Part 1)

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha kepada semua Ummat Islam di Malaysia.

Mood di hujung-hujung tahun ni sebenarnya adalah mood lepak sambil makan angin, tapi makin banyak pulak kerja kat opis untuk dibereskan. Ahhhh ketepikan itu semua dulu, masa untuk memanja-manjakan diri perlu juga dipenuhi. Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Adha, aku dan beberapa orang teman [Kaki Jalan, Hang Dhamin, Kenon Mikhail dan Shaz] telah sempat mengabehkan boreh ke Pulau Pinang, ataupon orang dolu-dolu panggil Pulau Mutiara. Ini merupakan percutian kali pertama yang melibatkan kami berlima. Perancangan nak ke Pulau Pinang sebenarnya dah lama, rasanya sejak musim Raya Puasa haritu. Setelah mendapat persetujuan daripada semua ahli, maka kami pun proceed untuk ke Ipoh dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM). Ini merupakan kali pertama kami menaiki keretapi versi lama (bukan ETS yer) dan aku sangat teruja. Dua minggu sebelum tarikh perjalanan, aku dan HD telah membeli tiket keretapi di KL Sentral. Nak cari kaunter tiket pon menggagau-gagau jugak, maklumlah first time! Alhamdulillah, tiket ke Ipoh pada 12 November 2010 dengan harga RM 12 seorang telah selamat dibeli. Begitu juga tiket pulang dari Ipoh ke KL Sentral pada 15 November 2010.

The Journey Begins - Part 1

Memandangkan Aku, HD, KM dan Shaz masing-masing dari KL, maka kami berempat akan menaiki kretapi (KTM) dari KL Sentral ke Ipoh. Masa perjalanan adalah pada jam 9.45 malam (sebab hari Jumaat tu masing-masing bekerja). Perjalanan daripada KL Sentral ke Ipoh mengambil masa selama 3 jam!!! Lebih kurang macam naik kereta jugak la, tapi bila dah naik train ni, rasa macam naik bas pulak. Kami ambik seat ekonomi (yang murah je) jadi keadaan tak la sehebat mana, tak sehebat ambik tren kelas bisnes yang berharga RM 24 (tempat duduk lebih selesa dan ada tv). Sepanjang perjalanan, kalau tak menembak, kami tido...sampailah ke Ipoh.

Kami tiba di Stesen Keretapi Ipoh pada jam 1.00 pagi. Alhamdulillah, tak banyak masalah yang dihadapi sepanjang perjalanan. Di Ipoh, KJ sudah sedia menanti untuk menjemput kami berempat untuk pulang ke rumahnya. Kami perlu berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke Pulau Pinang seawal jam 6.30 pagi. Perancangan untuk pergi awal adalah untuk mengelakkan kerugian masa percutian. Maklumlah, kami hanya ada 2 hari saja untuk berjimba-jimba, jadi kenalah memenuhkan masa tersebut sebaik mungkin!.

Hari Yang Cerah - Part 2

Seawal jam 5 pagi aku dah bagun dan bersiap-siap untuk bertolak ke Penang. Paling bersemangat adalah SHAZ! Dia yang paling awal siap, tatkala orang lain masih berirama di alam mimpi. Kami bergerak dari Ipoh pada jam 6.30 pagi. Masing-masning memang semangat nak bercuti. Maka kelihatanlah sebuah kereta Proton merah meredah highway PLUS menuju ke Utara.

Sempat juga kami singgah di Hentian R&R Gunung Semanggol. Sebenarnya ada dua orang lagi kawan baru yang belum dikenali akan join kami ke Penang hari tu, Haidi dan kawan dia (sorry aku tak ingat nama), diorang pon bergerak dari Ipoh juga cuma tak sama masa dengan kami. Kalau ikutkan tentatif program, kami akan bersarapan pagi di Pulau Pinang, jadi kenalah tahan perut sampai ke Penang. Kami tiba di Terminal Ferry ke Pulau Pinang lebih kurang jam 9.00 pagi. Kalau ikut perancangan awal, kami akan melalui Jambatan Pualau Pinang tapi memandangkan ada perubahan jadual percutian di saat-saat akhir maka kami mengambil keputusan untuk menaiki Ferry ke Pulau Pinang. Best jugak naik Ferry ni, tapi belum sempat puas dah sampai pulau. Heheh sekejap sangat.

Sampai di Terminal Ferry, kami menunggu Haidi dan kawannya yang masih di belakang sebelum  sama-sama berpusing untuk mencari sarapan pagi.
Ok jom layan gambar dulu.. next entry aku cerita pulak aktiviti di hari pertama di Pulau Pinang.

PEACE!

At KL Sentral - Beli Tiket KTM (25 Oktober 2010)
 
Putrajaya Sentral 7.45 malam (12 November 2010)
Tren Ticket to Ipoh!!!! At KL Central 9.15pm
My travel buddies!
On the tren, all the way to Ipoh (My first time experience!)
Ticket collector..I like the uniform!
Sesak, becos of School Holiday
Ipoh, KTM Station at 1 am.
Menunggu Kaki Jalan
All the way to Penang - 6.45 am (13 November 2010)
 
At Hentian R&R Gunung Semanggol, Bukit Merah.
Di atas Ferry to Pulau Pinang
 
 


 



8 comments:

  1. wah! sanggup naik tren...uish..bravo

    ReplyDelete
  2. bile tgk gmbr2 ko ni kasi aku hobi baru..

    ReplyDelete
  3. yuhuuuuuu.... sila update dengan pantas lagi.... gue tak sempat wehhhhhhhhhhhhhhhhhh....
    nanti ari senin lagi satu tunggu gue, kita wat rancangan jahat jom????

    ReplyDelete
  4. amboi..sakan ye jalan..haha

    dh lama x naik train =_="..

    ReplyDelete
  5. Purplelurve:-

    Hahahahmaklumla belom penah naik ketapi...best!

    ReplyDelete
  6. Pencacai Alim -

    Wah apakah hobi barumu itu wahai pencacai alim????

    ReplyDelete
  7. Masmz-

    Hahaha sila sabo menanti..Capek seh mau upde.

    Apakah rancangan jahat??? JOM!

    ReplyDelete
  8. Hanie-

    Saya lagilah tak penah naik train hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS