HAPPY DEEPAVALI kepada penganut-penganut agama Hindu seluruh Malaysia. (Ada ke yang baca blog aku nih?) Never mind..blog cacamarba bukan ada orang nak tengok wakaka. Anyway entry kali ni agak berinformasi sedikit ya (nampak sangat entry sebelum-sebelum ni banyak main)
Minggu lepas, pada hari Deepavali aku telah berkesempatan untuk menghadiri satu sesi pembelajaran menembak yang sangat singkat. Tak lama pon hanya 15 minit saja tapi dengan masa yang singkat itu aku telah mengetahui banyak perkara asas yang sangat bermakna!
HOW TO USE 'M'?
M? Apakah?
Bagi kaki tembak tegar mesti tau apakah M, tapi bagi orang-orang kebanyakkan macam aku ni agak blur la jugak kalau pertama kali mendengar orang sebut M. Sebenarnya M yang dimaksudkan adalah MANUAL Mode. Kalau anda perasan, pada senjata anda ada perkataan M, AV,TV, A-Dept, P, Auto dan sebagainya mengikut jenis-jenis senjata yang dimiliki. Dan kebanyakan penembak junior seringkali mengambil langkah mudah dengan menggunakan Mode Auto sebagai cara mudah untuk menembak. AUTO memang mudah, segala-galanya sudah tersedia, tapi apabila menggunakan M, banyak ilmu yang anda kene tahu dan yang paling asas adalah keperluan menetapkan nilai Aperture (????) dan Shutter Speed(???) di tempat yang betol. Wah makin banyak pulak terms yang pelik-pelik bukan?
Ok bagi aku terang kan satu-persatu. Aperture?
Sebenarnya dalam bahasa mudah, yang aku fahami APERTURE adalah jumlah keluasan bukaan lens menerima cahaya. Semakin besar bukaan maka semakin banyak cahaya masuk dan gambar akan lebih jelas dan terang. Untuk menghasilkan gambar BOKEH (subjek sharp dan background blur) sebaik-baiknya menggunakan Aperture yang paling besar, sebagai contoh F 3.5 (kitlens sahaja- saper kata kitlens takbleh buat BOKEH???) tapi kalau ikut lens paling mahal berharga RM 18k, aperture paling besarnya mencecah F1!!! Tapi untuk menghasilkan gambar yang sharp pula, kita boleh menggunakan Aperture kecil (lebih narrow) jadi gambar adalah lebih sharp, sebagi contoh F 11 dan seterusnya.
Ps- BOKEH tu adalah gambar yang blur di belakang..Alamak macamana nak terangkan yer? tengok gambar je yer di bawah nanti.
Next adalah Shutter Speed.
OK, kalau Aperture adalah keadaan luas bukaan sesuatu lens, Shutter Speed pula adalah kelajuan penutupan pintu lens (hahaha kelako je terms aku ni..takpe janji aku paham). Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/60 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
OK, berbalik kepada Mode M tadi, bila kita dah setkan Aperture mengikut keadaan cahaya dan kehendak penembak itu sendiri (nak bokeh atau nak sharp atau sewaktu dengannye) so kita boleh adjust shutter speed dengan melihat ke dalam View Finder di senjata anda. Untuk mendapat shutter speed yang betol, pastikan metering di dalam view finder berada pada kedudukan kosong (0) yakni ditengah-tengah meter tersebut. Nah mudah bukan, untuk memastikan metering berada pada kedudukan kosong, kita kena ejas-ejas shutter speed tersebut sampai ke meter 0. Sepelas itu kita bolehlah menembak. Gambar yang dihasilkan pasti menarik. Itu adalah asas sahaja, banyak lagi nak kena belajar, tapi dengan mengetahui asas segalanya akan menjadi lebih mudah.
Sebenarnya, setelah melalui proses pembelajaran hari tu, barulah aku tahu rupa-rupanya dengan menggunakan Mode M itu adalah mudah. Tak sesulit seperti yang aku alami sebelum ini. Thanks to Paksu Manual (Otai) di atas kesudian menurunkan ilmu yang sangat berguna itu. Saya pasti, ilmu itu akan berkembang dan terus berkembang, dan pahala yang Paksu Manual dapat sesungguhnya akan terus menular ke segenap pelusuk negara. Amin~.
Sorry entry kali ni agak banyak terms yang agak jarang didengari. Takpa itu namanya belajar.
PEACE!
Contoh gambar BOKEH |
Lagi gambar BOKEH. |
Ahli baru Geng Ungu? hahaha |
Ni pon salah satu teknik baru yang aku belajar ZOOM BURST. Menarik jugak.. |
hebat..hebat
ReplyDeletePencacai Alim-
ReplyDeleteTakde le hebat mana pon.. baru tau gitu2 jer. basic.
yang penting gambar aku first...dan tona kulit aku TAN...hahaha..mcm itali tak?
ReplyDeleteHang Dhamin-
ReplyDeleteItu bukan Tan sebab berjemur dibawh mentari yer yg macam mat salleh selalu buat tu, tapi itu adalah natural kaler kulit anda. hahahaha!
sbb natural la bangge...........apa daa...x perlu bersusah pyh...haha
ReplyDeleteHang Dhamin -
ReplyDeleteYer aku paham.
tq for sharing...
ReplyDeleteEdy -
ReplyDeleteHanya apa yang saya tahu saja. Sharing is caring hehehe.
betul2...sharing kat aku yg tak tau apa2 no...jahil sungguh..huhu
ReplyDeletegmbar ke-3 tue memang smart spe pakai topi tue ? kim slm
ReplyDeleteEdy-
ReplyDeleteYup . InsyaAllah kalau ada ailmuq (Baca dengan kolkolah) akan saya kongsikan bersama.
Nikamirul-
ReplyDeleteErk yang mana? ada dua insan bertopi disitu dan kelihatan seolah-olah 2-2 biasa jer hahahahah!.
Hampeh nyer komen.