2016-11-22

Rasa Macam Nak Pos Sikit Pasal South Island, New Zealand Lah!

Assalammualaikum!

Rindu saya tak? Hahahah. Biasalah mesti dah takde yang rindu sebab dah biasa tak update blog. Lols. Anyway, saja nak bagitahu, aku baru balik dari South Island, New Zealand!!! Yeay new contry checked!. 

Berdebor la jugak masa sampai tu, tetibe ada gempa bumi berskala 7.3++. Ha mau tak cuak, masa tengah lena bertemankan bintang-bintang Milky Way di Lake Teakpo tetiba banyak whats-app masuk, ada yang call juga tanya keselamatan kita di negara berawan panjang tu. Thanks korang sebab sayangkan diriku ini. Terharu tau, sugguh. Alhamdulillah (kiu lagu Sayangi Diriku - Fazura).

OK sebenarnya, saja je nak update ringkas, nak share beberapa gambar je, untuk entry penuh tunggu kerajinan diri ini ya. 

Tapi betullah apa yang aku dengar selama ni, kat NZ ni, ko pandang ke mana saja semuanya cantik! SubhanaAllah. 

Kalau pergi waktu spring, dah tentulah banyak bunga-bungaan yang mekar mewangi! - Akaroa Lake.
Lupins, bunga liar yang banyak tumbuh di sekitar Lake Tekapo.
Lupins ada banyak warnya, cantik!
Ke-turquoise-an warna air tasik, Lake Pukaki 
Snowcap mountain, sepanjang perjalanan ke Hooker Valley. 
Ni sepanjang trek di Hooker Valley.
Gunung -ganang di sepanjang Lindis Pass
Queenstown.
Sungai apa ntah, sepanjang jalan menuju ke Queenstown.
Banyak gambar yang aku share di Instagram, so kalau nak tengok boleh la follow Instagram aku: itsrenjer.

WASSALAM.

2016-09-27

Eat, Travel, Write & Doodle X Citrawarna 2016

Assalammualaikum!

Pada 24-26 September 2016 yang lalu telah berlangsung program Eat | Travel | Write and Doodles 2016 (ETWD 2016) buat julung kalinya kedua-dua program Eat | Travel | Write dan Eat | Travel | Doodle digabungkan menjadi satu! Anjuran semestinya dari GAYA TRAVEL MAGAZINE dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Citrawarna Kuala Lumpur 2016, MYMOTAC, Tourism Malaysia, Starbucks Malaysia dan banyak lagi.
Official Sponsors of ETWD 2016!
Objektif utama program ETWD 2016 ini adalah untuk membawa para Bloggers dan Media (social media influencers) melihat tarikan-tarikan TERKINI di sekitar Kuala Lumpur dan bersempena dengan program Citrawarna Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada masa yang sama.

Kali ini, pengamal media dan blogger dari negara-negara Asean yang turut serta adalah dari Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak pengajur antaranya melawat KL Birds Park, menonton teater MUD KL, dan pelancaran program ini telah dilaksanakan di Restoran Rebung KL oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Bin Hasbullah. 

Malangya aku tak sempat nak join aktiviti untuk hari pertama program ETWD 2016. Aku hanya menyertai program pada hari kedua. Dan kebanyakan aktiviti di hari kedua adalah aktiviti yang belum pernah aku join sebelum ini. eksaited jugak la sebab tak pernah masuk dalam Upsidedown House Kuala Lumpur!

Eh KL pun ada Upsidedown House ke? Yang macam di Tamparuli, Sabah, Melaka, Penang dan Port Dickson tu? Iya ada!!! Ini merupakan tarikan terbaharu Kuala Lumpur. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, Rumah Terbalik ini dibuka secara rasminya pada bulan Jun 2016 dan merupakan yang tertinggi di Malaysia! 

OK abaikan muka yang sembab itu.
Pose lah apa lagi.
Sebenarnya lama dah nampak iklan pasal Rumah Terbalik Kuala Lumpur ni, cuma tak berkesempatan je nak pergi. Memandangkan program ETWD 2016 ada nak ke sana, apa lagi, janganlah melepaskan peluang! Dapat masuk free pulak kan, ko rasa? Hahaha. 

Maklumat Penting mengenai Rumah Terbalik Kuala Lumpur:

Masa Operasi : 9:00 Pagi hingga 7:00 Malam
Harga Tiket:

Dewasa : RM 15.00 (MYKAD)
Kanak-Kanak : RM 10 (MYKAD)

Katanya Rumah Terbalik Kuala Lumpur adalah berbeza dengan rumah-rumah terbalik lain di Malaysia. Antara kelainnya adalah:

1. Anda boleh tangkap gambar
2. Anda boleh rakam video
3. Rumah betul-betul terbalik dan bukannya di dalam shop lot

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Terbalik Kuala Lumpur, boleh ke website/Facebook: www.klupsidedown.com .
Add caption

Boleh acah-acah menari tiang? Hahahaha
Spider woman!
TA's!
Usai menerjah ke KL Upsidedown House, kami berangkat pula ke lokasi seterusnya iaitu the newly opened Starbucks Ampang Drive-Thru untuk program Coffee Explorer Session! Boleh google di mana lokasi Starbucks Ampang ni, mudah bukan?

Apa benda program Coffee Explorer ni? Program ni merupakan program coffee testing + food pairing yang akan dikelolakan oleh Starbucks Coffee Master, Starbucks Malaysia's Icon iaitu Miss Ayesha dan Senior Manager Mr. Salleharon

Starbucks Ampang DT.
Cozy place.
Buatlah macam rumah sendiri.
Coffee Testing Session.
Coffee Master Miss Alesya dan Encik Salleharon
Paying attentions!
Peserta-peserta ETWD2016
ETWD 2016
Semangat nak jawab kuiz!
ETWD2016
Coffee pairing.
"Now you know right?"
Icon popular Ed Junaidi.
Satu perkongsian yang sangat-sangat berguna, dan baru aku tau, coffee Starbucks boleh diminum dengan pelbagai cara !!! Wow!, thanks for the sharing. Starbucks Ampang DT rasanya akan menjadi satu port lepak yang best sebab lokasi dan keluasannya yang baik serta selesa. Good Job Starbucks Malaysia!

Miss Alesya.
Test test!
Mestilah kena ada gambar Ikon!
Para pemenang kuiz!
Orang-orang kuat Gaya Travel dan Starbucks Malaysia.
Akhirnya dapat juga jumpa Pojie yang popular tu.
Di sebelah petang pulak, kami diberi peluang untuk menyertai program Jalan-Jalan At Kampung Bharu (guided walk)! Huh jalan-jalan kat Kg. Bharu? Apa yang ada kat sana? Itu merupakan impression pertama bila baca tajuk tu. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang menarik mengenai program ini.

Bermula di Kelab Sultan Sulaiman, kami dibawa menyelami sejarah penubuhan Kelab Sultan Sulaiman dan pembukaan Kampung Bharu. Sejarah dan budaya Masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Semuanya diterangkan dengan jelas oleh guide yang membawa kami petang. Memang menarik la. Sesiapa yang nak cuba, boleh ke Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bharu dan menyertai program jalan-jalan sejauh 1-2 km sekitar Kg. Bharu.

Our tour guide Ms. Nor.
Antara rumah Melayu yang awal dibina di Kg. Bharu.
ETWD 2016
Ke Pasar Raja Bot, Chow Kit.
RAW!
Selesai program Jalan-Jalan At Kg. Bharu, kami akan ke kemuncak program ETWD 2016 iaitu Citrawarna Kuala Lumpur 2016! Kami ke Dataran Merdeka  menaiki LRT.

Perasmian Citrawarna Kuala Lumpur dilakukan oleh YBhg. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan beliau membaca watikah perasmian Citrawarna 2016 diikuti persembahan gimik perasmian. 

Seawal 4 petang orang dah membanjiri Dataran Merdeka.
Citrawarna Kuala Lumpur 2016!
Makan dulu sebelum program bermula! Kami tapau di Kg. Bharu.
Eksaited!
The ETWD 2016 Participants.
Perasmian oleh YB Menteri.
Pengacara Majlis.
Persembahan Sang Kelembai
Citrawarna Kuala Lumpur 2016 tahun ini adalah bertemakan Myth and Folklore! Sesuatu yang menarik untuk ditonton! Persembahan dari setiap negeri di Malaysia dengan cerita-cerita mitos dan dongeng masing-masing dipersembahkan dengan cukup hebat! Antara yang menarik perhatian adalah persembahan Naga Tasik Chini dari Negeri Pahang, Cempaka Sari dari Negeri Perak , Humminodun dari Negeri Sabah dan paling aku suka adalah persembahan dari Masyarakat Orang Asli Malaysia, yang bagi aku sangat WIN!

Warna warni Citrawarna 2016
Warna warni Citrawarna 2016
Warna warni Citrawarna 2016
Warna warni Citrawarna 2016
Warna warni Citrawarna 2016
Warna warni Citrawarna 2016
Terbaek dar Persembahan Masyarakat Orang Asli Malaysia!
Paling seronok bila semuanya berlaku jelas depan mata, sebab semua peserta ETWD 2016 ditempatkan khas di depan pentas utama Citrawarna 2016!

Pemenang persembahan terbaik Citrawarna Kuala Lumpur 2016 adalah Negeri Sabah yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 8000, tempat kedua adalah dari Negeri Perak dengan hadiah wang tunai RM 5000 dan pemenang tempat ketiga dalah dari Negeri Johor dengan wang tunai RM 3000. TAHNIAH! Sabah Juara bah!

Persembahan bunga api.
The Finale
Peserta ETWD 2016.
Bye!
Citrawarna 2016 berkahir dengan persembahan konsert dari artis-artis tempatan. Secara keseluruhan, aku dapat melihat kejayaan program ini hasil titik peluh dan idea urusetia dan penganjur. Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Teruskan usaha dan semoga lebih sukses di masa akan datang!

#HebatBukan!

WASSALAM.

POPULAR POSTS