Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Selamat Hari Merdeka Ke 56 : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Assalammualaikum!
Salam Kemerdekaan ke 56 buat Malaysia! Entry ni tribute untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Kalau nak tahu, aku ni memang jenis yang patriotik sikit. Kekadang tu mudah tacing bile dengar lagu-lagu patriotik yang best-best (yang best-best aje tau). 
Untuk pertama kalinya seumur hidup aku telah terjebak untuk join menyaksikan sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 56 di Dataran Merdeka! Kalau sebelum-sebelum ni hanya tengok kat TV je, tapi akhirnya tahun ni dapat jugak merasa bersesak-sesak dengan orang ramai di Dataran Merdeka tu.

Aku, Henry Fox (Kaki Berangan - huh Henry Fox la sangat!) dan MasMZ (Kaki Jalan) masing-masing bergerak dari berlainan arah menuju ke Dataran Merdeka. Aku dan HF tiba di Dataran Merdeka lebih kurang jam 7.00 pagi. Ha gigih tau bangun subuh buta naik LRT bagai menuju ke Dataran Merdeka! Demi negara katanya. Pagi-pagi tu kelihata orang dah ramai giler kat tengah padang Dataran Merdeka tu. Kebanyakan peserta yang akan terl…

Sesi Photoshoot Di Hari Raya || Episode Akhir

Assalammualaikum! 
Bersua lagi kita di saki baki bulan Syawal yang mulia ni. Mesti semua bizi pergi open house kan. Maklumla masing-masing malas nak masak dan mengharapkan jemputan open house kengkawan (aku le tu hahaha). Sebenarnya tak habis-habis lagi nak cerita pasal hari raya ni. Hari tu pepagi buta (takde la buta sangat pon dalam lebih kurang pukul 8.00 macam tu) kami semua , yakni #travelholicawesome ada sesi videography untuk bakal penganten @MasZuber dan @DanArif untuk ditayangkan sempena majlis persandengan diorang nanti. Kiranya ni special gift daripada #travelholicawesome untuk diorang la. Tapi Video tu sang penganten sendiri yang buat kekeke.
Lokasi penggambaran adalah di wilayah jajahan aku yankni di Putrajaya. Lebih tepat di Taman Saujana Hijau, Presint 11. Sebenarnya taman tu tak ramai sangat yang perasan lokasinya sebab tak ada proper signboard kat situ. Kena banyak kali riki baru boleh jumpa, tapi kalau sesiapa nak pergi boleh Google atau Waze aje, kata kan zaman tekno…

Kisah Hari Raya - Kerja Demi Sesuap Nasi: Dari Kuala Lumpur ke Lekir, Singgah Sebentar Di Pekan Ipoh

Assalammualaikum!
Wah tajuk pon dah macam tulis satu perenggan entry kan.Ya mood raya masih menebal sehingga nak mengapdet entry di blog pon malas. Jadi terpaksalah cerita pasal raya lagi untuk kali ini. Taknak baca takpe, pi main jauh-jauh (sambil peluk balang kuih raya).
Nak dijadikan cerita, minggu lepas, yakni seminggu selepas raya aku, masMZ dan HD (diorang tu dari Geng Ungu) meneruskan misi mencari sesuap nasik di Perak. Lebih tepat lagi di Lekir, Perak. Sebenarnya pergi menziarah orang kawen, tolong tepek-tepek mekap, suruh penganten pose sana-sini dan sebagainya. Sebenarnya jugak, aku tak berapa gemor la kenduri kawen time-time raya ni. Bukan apa, kacau mood beraya sebenarnya (bagi aku la) sebab orang sibuk nak jalan sana sini beraya, pengantin dan keluarga terpaksa pulak sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen kan.

Pagi Jumaat tu terus gerak ke Lekir, cari-cari port menarik dulu untuk buat shooting outdoor! Katanya kat Lekir kan, manala aku tau ada tempat menarik ke tak kat situ…

Entry Hari Raya Aidil Fitri 2013 Di Hari Pertama Sahaja

Assalammualaikum!
Adoi lamanya tak berapdet kan.. maklumla busy dengan Hari Raya! Macamana sambutan hari raya korang semua? Mestilah meriah ye tak? Dengar cerita ada yang baru dapat coti pada hari raya ke -7? Hahahaha terpaksa gelak sebab raya ke 7 kot??? Nak beraya dengan sape tu? kekeke.
Ok just a quick update pasal hari raya aku tahun ni. Kiranya tahun ni agak sakan jugak la beraya walaupun tak berapa nak meriah sangat sebab ramai sedara-mara yang tak dapat cuti dan ada yang balik ke kampung mertua masing-masing. Tema raya keluarga aku tahun ni adala "Kelabu DiHati". Huh dengar tajuk tema je pun dah tempting kan nak tahu? Warna Kelabu la, ada ke yang tak tahu kelabu tu macamana? Kalau tak tahu sila Google.
Macam biasa, sehari sebelum raya mesti balik ke kampung embah (orang Jawa panggil nenek / opah tu adalah embah) di Selangor. Sempat la singgah beli lemang kat tepi jalan di Teluk Anson sebab nak memanggang lemang sendiri memang tak mampu. Dan macam biasa jugak, berbuka …

Entry Pra-Raya: Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013 - Maaf Zahir & Batin

Assalammualaikum!
Pejam celik...pejam celik dah nak habis dah Ramadhan 2013 ni kan! So mesti ramai yang dah bercoti raya, balik kampung, masak lemang.. rendang bagai. Bagi yang masih bekerja tu, pura-pura la buat kerja walau hati dah melayang-layang tah ke mana.

Ok di kesempatan ini saya nak mengucapkanSelamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang megenali diri ini dan kepada sesiapa yang singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Maaf sekiranya ada yang terasa dengan gaya penulisan saya dalam blog ni dan insyaAllah saya akan terus memperbaiki kelemahan dari segi penyampaian cerita dan sebagainya.
Kepada yang selalu singgah kat belog ni, terima kasih daun keladi... duit raya tak dapat lagi. Semoga sentiasa setia membaca hasil penulisan saya yang tak berapa best ni. Yang baik jadikanlah teladan dan yang buruk tu buat-buat tak nampak je la ye.
Akhir kata, kepada yang nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Kuih raya berbalang-balang, jangan …