Assalammualaikum!
Salam Kemerdekaan ke 56 buat Malaysia! Entry ni tribute untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Kalau nak tahu, aku ni memang jenis yang patriotik sikit. Kekadang tu mudah tacing bile dengar lagu-lagu patriotik yang best-best (yang best-best aje tau).
Untuk pertama kalinya seumur hidup aku telah terjebak untuk join menyaksikan sambutan hari kemerdekaan
Malaysia ke 56 di
Dataran Merdeka! Kalau sebelum-sebelum ni hanya tengok kat TV je, tapi akhirnya tahun ni dapat jugak merasa bersesak-sesak dengan orang ramai di
Dataran Merdeka tu.
|
Menara Jam Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur |
Aku, Henry Fox (Kaki Berangan - huh Henry Fox la sangat!) dan MasMZ (Kaki Jalan) masing-masing bergerak dari berlainan arah menuju ke Dataran Merdeka. Aku dan HF tiba di Dataran Merdeka lebih kurang jam 7.00 pagi. Ha gigih tau bangun subuh buta naik LRT bagai menuju ke Dataran Merdeka! Demi negara katanya. Pagi-pagi tu kelihata orang dah ramai giler kat tengah padang Dataran Merdeka tu. Kebanyakan peserta yang akan terlibat dengan persembahan Hari Kemerdekaan dah sedia berbaris di tengah padang. Kagum aku, entah pukul berapa diorang ada kat situ. Kalau tak silap aku para peserta persembahan semuanya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah sekitar KL dan Putrajaya, Institut Pendidikan, Felda dan INTAN. Yang lain tu kurang pasti pulak.
|
Pentas utama. |
Aku dan
HF pon gigih la cari
port baik punya, sampai la ke depan stage
VVIP! Syukur la merasa jugak duduk depan stage
VVIP tu walaupun tersepit-sepit dengan kumpulan media dengan kemera gedabak masing-masing. Apa yang penting, boleh la nampak tetamu-tetamu
VVIP sampai, dan persembahan-persembahan yang akan dijalankan.
|
Tu diaaaa human billboard katanya. |
|
Ish mesti panas kan bebudak ni pakai baju macam ni. |
|
Diorang ni tengah standby tunggu Agong |
|
Para pembacar Ikrar Rukun Negara |
Tepak jam 8.00 pagi,
YMM Agong pon tiba. Masa tu pun bermulalah persembahan hari kemerdekaan. Macam biasa la ada nyanyian lagu
Negaraku, lagu
Jalur Gemilang, dan banyak lagi lagu patriotik yang lain. Masa tengah nyanyi-nyanyi sambil tengok persembahan budak-budak tu tetiba rasa tacing pulak. Sebab tak sangka semua tu boleh berlaku depan mata ... tetiba rasa sayang sangat kat
Malaysia kekeke. #drama.
|
Tun M, my idol! Hehehe |
|
Tun Siti Hasmah , idolaku jua hehhee. |
|
Kereta berhias TM. |
|
Kami ! |
|
Ramai kan rakyat Malaysia! heheh |
Ok layankan aje...
seronok nyer turun dataran merdeka.. tadi nak pi tapi ada aktiviti mngemas rumah lak huhuhuu..
ReplyDeleteBudak2 sekolah to confirm panas terbakar la..cian.. and yes syukur Tun Dr Mahathir masih sihat.. :D
Selamat hari Merdeka.. :D
manis je tgk permaisuri agong pakai tudung....
ReplyDeleteTTB:
ReplyDeleteRajunnya mengemas rumah kekeke
Haah kompom panas tu...
takky
ReplyDeleteHaah kan. manissss
hamboiiii rajin betul hangpa pi dataran yee...Selamat hari merdeka! jemput mkn kuih rayaa
ReplyDeleteChawana:
ReplyDeleteGitew... maklumla semangat Patriotik menebal dalam diri kekekeke.
Jemput jemput...
janggel,
ReplyDeletetgk rupe permaisuri sejak2 bertudung ni ade iras2 tan sree coco..
cer tengok...cer tengok...
serius gigih! tabik la kat korang sanggup bangun pagi awal2 meredah lautan manusia dan bermandikan peluh hahahaha!
ReplyDelete(smile)
ReplyDeleteUntung jadi rakyat masia kan..makmur, aman, pelbagai jenis makan (mewah ada sampai membazir)..bila harga minyak naik..opssss.....kalau tgk harga minyak di aussie boleh fengsan
ReplyDeletemana alamatnya..sampul dh terisi tu :-)