2013-08-14

Entry Hari Raya Aidil Fitri 2013 Di Hari Pertama Sahaja

Assalammualaikum!

Adoi lamanya tak berapdet kan.. maklumla busy dengan Hari Raya! Macamana sambutan hari raya korang semua? Mestilah meriah ye tak? Dengar cerita ada yang baru dapat coti pada hari raya ke -7? Hahahaha terpaksa gelak sebab raya ke 7 kot??? Nak beraya dengan sape tu? kekeke.

Ok just a quick update pasal hari raya aku tahun ni. Kiranya tahun ni agak sakan jugak la beraya walaupun tak berapa nak meriah sangat sebab ramai sedara-mara yang tak dapat cuti dan ada yang balik ke kampung mertua masing-masing. Tema raya keluarga aku tahun ni adala "Kelabu DiHati". Huh dengar tajuk tema je pun dah tempting kan nak tahu? Warna Kelabu la, ada ke yang tak tahu kelabu tu macamana? Kalau tak tahu sila Google.

Macam biasa, sehari sebelum raya mesti balik ke kampung embah (orang Jawa panggil nenek / opah tu adalah embah) di Selangor. Sempat la singgah beli lemang kat tepi jalan di Teluk Anson sebab nak memanggang lemang sendiri memang tak mampu. Dan macam biasa jugak, berbuka puasa dengan segerombolan sedara mara di bawah rumah adalah satu kemestian di hari terakhir puasa.

Juadah berbuka seumpama buffet dinner di hotel meriahnya.
Esoknya, masing-masing melaram dengan tema 'Kelabu DiHati' tadi. Macam biasa juga, lepas solat sunat Aidil Fitri, duduk berkompol bawah rumah, baca tahlil untuk arwah atok dan sedara mara yang dah meninggal dunia. Lepas itu acara air mata, bersalam-salaman dengan semua orang dan acara memberi duit raya kepada bebudak sahaja.

Cer cari dimanakah daku??? Eh ada pulak yang sesat pakai kaler Pink? Hahahaa
Jemput melantak ye semua!
Bila dah selesai semua di atas tu, barulah kami semua ber'baraan' (berkonvoi kata omputeh) beramai-ramai menziarahi rumah sedara mara terdekat. Seronok sangat masa ni sebab perangai sengai sekor-sekor dah keluar.


Baraan di Kg Sg. Limau :)

Haaaa tu je la kisah raya pertama di kampung... aku coti pon 7 hari jerrrrr (jer tu tak bleh blah). Hari ni dah start masuk kerja balik sampai esok. lepastu hari Jumaat ni aku sambong cuti raya lagi!!! Yess sila jeles ye semua. 

Ok lah, tu saja kisah raya aku tahun ni... kira qado raya tahun lepas le sebab takde kat sini kan... 

Tajuk Album: Nganga Luas-Luas.

Ucapan Selamat Hari Raya daripada Cucu Embah yang Sengals.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITR
Pssttt: Rindu pulak beraya dengan Kak Mah, Pak Agus dan Ajeng di Tsukuba last year... ish sangat sweet memory itu.... :)

WASSALAM

20 comments:

  1. ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! tetiba rasa gerun kalo makanan tak cukup kalo berpuluh2 motor dtg skali harung! hahahaha!

    sporting nyer big family ko sume nak kaler sama2 ek? sempoi...

    selamat hari raya janggel :) maaf zahir batinnnnnn!

    ReplyDelete
  2. Biqque:

    Ha tu la Biqqq. selalunya memang kami dah standby kuh raya dalam sepuluh bekas yang bulat2 boleh isi macam2 kuih tu. Air pulak pakai air botol je susun siap2 .. sebelum sampai rumah, dah boleh dengar warning kat rumah sebelah kekeke.

    Haah memang tetiap tahun mmg kena paksa punya hahaha.

    Selamat hari raya Biqque dan Shahrul.

    ReplyDelete
  3. huntungla keluarga besar...meriahuolls raya..
    jeles aku sebab bilangan family aku boleh dikira dengan jari tangan je..haha


    mana Taylor lautner..mana..mana?

    ReplyDelete
  4. untungla sepapan kain sama beli
    senang

    iya..baraan tuh...kat muar pun ada...

    memang suspen kalau kalau kuih tak cukup nak hidang

    heheh

    ReplyDelete
  5. Woow..meraih betul..keluarga besar..puas terbeliak biji mata cari janggel..kelabu dh mata hitamku heee

    Wooooww lamanya coti..JM satu hari jek

    ohh..thn lepas raya di perantauan kan..so thn ni balas dendam lah eh...jgn nganga lua2 nanti lalat masuk..opss.. ada lalat ke kat umah

    Sweet pic last tu...oh mak ai..panjang nya komen

    ReplyDelete
  6. meriahnya raya..best ada keluarga besar macam nie!
    mencari janggel tapi tak jumpa..sah MS kena pakai kaca mata pasni

    ReplyDelete
  7. Bestnya raya. Tema kelabu pun menarik. Seronok mendengar cerita Rain beraya sakan dgn keluarga. Dah tu banyak persamaan cerita dengan saya. Saya pun cuti raya 7 HARI !!!!!! Baru start kerja semalam.

    ReplyDelete
  8. sepakat betul ber'kelabu di hatiku'..haha..klu family sy nk suh pakai baju kaler sama pun kemain payah lagi..best ah sporting cenggitu, baru meriah raya, nk kuar g beraya pun senang nk cam clan embah janggel..heeee

    ReplyDelete
  9. gitewww untunglaaa family besar yg amattt!!! lama gilos cuti! hahaha aku masih bergolek2 atas katil. hiks.

    ReplyDelete
  10. waaa... haapppyy family sgt2.. kumpul ramai2 mcm tu..
    tak sangka warna tema kita same lak tahun ni ek hahaha..
    ramai nyer orng bermotorsikal dtg beraya .. cukup ke stoke dlm store? hehheee...
    bila tgk gambar saudara janggel.. terasa mcm nak panggil abang janggel pulak hahahah :P

    ReplyDelete
  11. dzuchan:

    Haaa huntungla apa lagi!
    Tak jumpe ke Taylor Lautner tu??? nampak tak tu tu??? sambil juih mulut ke blakang.

    ReplyDelete
  12. Kak Anash:

    Takdenya sepapan, tu dah berpapan-papan tu, nasib baik kaler kelabu tu ada pelbagai tona... (wah tona gitew)

    Kalau dah namanya masyarakat Jawa, kompom ada la baraan tu di mana-mana.

    ReplyDelete
  13. JM:

    Haaaaaa kecikkan lagi mata tu betul2, sampai nampak yer.

    Haaaa memang meriah la kalau semua ahli keluarga balik, tapi tahun ni tak ramai yang balik...so tak ramai sangat la tu.

    Heheh gambo sengal memang macam tu.

    ReplyDelete
  14. MS:

    La tak jumpa jugak ke? ada tu nampak tak tuuuuu???

    ReplyDelete
  15. Kak NA:

    Heheh sekadar mencoret kisah hari raya je... Wah banyak persamaan yer, kekek dah namapon raya kan, kompom pegi balik pegi balik makan lemang ketupat rendang semua kekeke.

    ReplyDelete
  16. Yayan:

    Haah senang nak kenal clan memasing kalau pakai baju sama... tapi awas jangan sampai tersilap laki/bini pula kekekkee

    ReplyDelete
  17. Henry:

    Motif, ko tu cuti lagi la lama, ngalahkan orang cuti kawen... eh keerrr memang balik kawen??? jeng jeng jeng... awas, nanti ramai yang nanges.

    ReplyDelete
  18. TTB:

    Hahaha sama yer baju raya kiter? Boleh la pakai sama beraya di rumah terbuka Kak Anash nanti! Hahahha

    Abang Janggel? Abang pon abang la... janji bukan kakak.

    ReplyDelete
  19. huh kak anash nak buat rumah terbuka yesss.. mmg akan dtg nyer lah hahaha..

    ReplyDelete
  20. hoit..memandai kata akak buat open house?????



    *blur*


    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS