2013-08-05

Entry Pra-Raya: Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013 - Maaf Zahir & Batin

Assalammualaikum!

Pejam celik...pejam celik dah nak habis dah Ramadhan 2013 ni kan! So mesti ramai yang dah bercoti raya, balik kampung, masak lemang.. rendang bagai. Bagi yang masih bekerja tu, pura-pura la buat kerja walau hati dah melayang-layang tah ke mana.

Abaikan kerut di dahi kerna berfikir dimanakah puteri bunian saya.
Ok di kesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang megenali diri ini dan kepada sesiapa yang singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Maaf sekiranya ada yang terasa dengan gaya penulisan saya dalam blog ni dan insyaAllah saya akan terus memperbaiki kelemahan dari segi penyampaian cerita dan sebagainya.

Kepada yang selalu singgah kat belog ni, terima kasih daun keladi... duit raya tak dapat lagi. Semoga sentiasa setia membaca hasil penulisan saya yang tak berapa best ni. Yang baik jadikanlah teladan dan yang buruk tu buat-buat tak nampak je la ye.

Akhir kata, kepada yang nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. Kuih raya berbalang-balang, jangan lupa dibawa pulang! (ewah macam pantun 2 kerat pulak).

Salam Lebaran daripada saya si Janggeltrekker.

Psstt: Mak aku cakap baju raya tahun ni tak sempat siap sebab tailor demam... pasrah.

WASSALAM.

26 comments:

  1. Baju raya Rain apa? Baju Melayu ke? Kalau baju raya tak siap lagi, pakai jelah baju raya tahun lepas. Tahun lepas raya kat Jepun kan? Pakai baju Ninja atau kimono kot...he he he??? Balik Perak ke tahun ni?

    Selamat Hari Raya. Maaf zahair & batin.

    ReplyDelete
  2. baju raya yang dijahit oleh TAYLOR Lautner ke?

    haha..jangan marah beb,
    selamat hari raya, mahap zahir batin

    ReplyDelete
  3. Mencari puteri bunian katanya..heee

    Selamat Hari Raya Janggel..kalau ada tersilap kata atau sewaktu dengan nya semasa JM komen kat sini mohon maaf yer coz kekadang terlalu teruja time nk komen tu.

    Kome dah sampai kampung ke Yop..Lama ke cuti..kiranya blog ni pun cuti raya jugak lah yer..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya...hati-hati di jalanraya.... =D

    ReplyDelete
  5. "moga syawal kali nie diraikan dengan penuh kesederhanaan" ayat pasrah bila baju raya tak siap hehehe Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..mohon maaf kalau ada komen MS yg menguris hati!

    ReplyDelete
  6. lama tak komen kat sini...segan...hahahha Selamat Hari raya...hehehe

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya blogger femes! ;)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya blogger femes! ;) maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  9. Kak NA

    Baju Raya Melayu le kak NA. Tak tau warna apa sebab tema semua keluarga kat kampung yang decide. Nampaknya terpaksa jadi anak itik hodoh la raya ni... kekekeke

    ReplyDelete
  10. dzuchan:

    Haah taylor lautner tu kembar i tau! Jangan jeles! HAHAHAHAHa.

    Slamat hari Raya jugak la kat dzuchannnnn.

    ReplyDelete
  11. JM:

    Gitewwww...

    Selamat Hari Raya juga buat JM.
    Hati-hati di jalan raya.

    ReplyDelete
  12. DJ:

    Terima kasih DJ.

    Selamat hari raya juga buat DJ sekeluarga. Hati-hati dijalan raya.

    ReplyDelete
  13. Mrs.Smile:

    Hehehe tu la kan, pasrah le sangat kekeke entah2 esok pi beli baju baru pulak! eh?

    Selamat hari raya juga buat MS. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  14. Hamg Mumin

    Motif segan? Katanya dah kaya mestilah segan kan? HAHAHAHA.

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  15. Umar Kadir:

    Selamat Hari Raya! Chec, femes katanya.

    ReplyDelete
  16. Henry Fox:

    OMAIGODDDD ada retis masuk blog ni!!! Tinggal komen lagi! #pitam.

    ReplyDelete
  17. untungla blog femes
    hehe
    orang nyer pun femes


    salam aidil fitri buat orang yang dah balik tapah


    ReplyDelete
  18. Selamat hari raya untuk mu janggel.. mohon maaf zahir dan batin..
    raya jangan lupa main meriam buluh tau hahahaa..
    nanti datang rumah beraya hahaa :D

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya, Janggel. Maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  20. Kak Anash:

    Fames mendenyer... lainla akak tu, pegi Giant semua org tegur kikiki.

    Salam lebaran.

    ReplyDelete
  21. TT:

    Selamat hari raya jugak. Sekrg ni org main meriam buluh dalam ipad jer...

    Yer nanti kalou dijemput beraya ke rumah, aku pi la.

    ReplyDelete
  22. Zila:

    Selamatvhari raya dan maaf zahir batin juga kpd Zila. ;)

    ReplyDelete
  23. La.. ingat dia nak ajak dtg rumah dia hehehe..boleh main meriam buluh dalam ipad kihkikihkihkihh.. :P

    ReplyDelete
  24. TTB:

    Meh la datang kalau rajin hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS