Assalammualaikum!
Wah tajuk pon dah macam tulis satu perenggan entry kan.Ya mood raya masih menebal sehingga nak mengapdet entry di blog pon malas. Jadi terpaksalah cerita pasal raya lagi untuk kali ini. Taknak baca takpe, pi main jauh-jauh (sambil peluk balang kuih raya).
Nak dijadikan cerita, minggu lepas, yakni seminggu selepas raya aku, masMZ dan HD (diorang tu dari Geng Ungu) meneruskan misi mencari sesuap nasik di Perak. Lebih tepat lagi di Lekir, Perak. Sebenarnya pergi menziarah orang kawen, tolong tepek-tepek mekap, suruh penganten pose sana-sini dan sebagainya. Sebenarnya jugak, aku tak berapa gemor la kenduri kawen time-time raya ni. Bukan apa, kacau mood beraya sebenarnya (bagi aku la) sebab orang sibuk nak jalan sana sini beraya, pengantin dan keluarga terpaksa pulak sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen kan.
Gambar dalam keter yang bernama WAHYU, bau kedai pualk tu. |
Pagi Jumaat tu terus gerak ke Lekir, cari-cari port menarik dulu untuk buat shooting outdoor! Katanya kat Lekir kan, manala aku tau ada tempat menarik ke tak kat situ. Riki-punya riki terlalu la depan satu tanah perkuburan ni, fuyoooo tertiba terpana tengok kawasan tu macam cantek je ada pokok nan sebatang dikelilingi dedaunan lalang kat situ. Ok sepakat kami bertiga kata akan buat shooting outdoor kat situ heheh.
Acara menikah penganten bermula sebelah petang, lepas solat Jumaat. Memula tu nebes la jugak, sebab dah lama tak menembak. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak sempat pon nak jamah makanan kat umah penganten, sebab kejar masa. Dah tamat majlis nikah barulah culik penganten bawak pergi kawasan tanah perkuburan tadi. Ish ngam-ngam pulak masa tu cuaca elok, memang bersyukur sangat la kan.
Dah selesai shooting, kami balik semula ke Ipoh. Malam tu memang melepek habis la.... sebab penat katanya tapi sempat jugak lepak kat Dataran MBI, Ipoh sambil makan satey. Lama dah tak lepak kat dataran tu, memang dah lain sangat dah dulu dengan sekarang. Tapi satu je nak bagitau, satey kat situ MAHAL. Tak payah beli kat situ, ada satu lagi port satey yang sedap dan agak murah, yakni di Medan Gopeng, bersebelahan dengan gerai jual beger bakar. Terbaik! (eh tercerita pasal makanan pulak)
Keesokan harinya, kami bersarapan di Medan Selera Dato' Sagor. Kat mana lokasinya? Terletak bersebelahan dengan Masjid Negeri je. Apa yang special kat situ? Untuk pertama kalinya aku makan Roti Telur Goyang! Ha tak caya? Cer tengok dalam gambar tu, memang nampak je pon dah tempting, rasa pon sedap. So kalau sempat singgah kat Medan Selera Dato' Sagor tu silalah rasa Roti Telur Goyang tu... Terbaik!
Ada satu lagi tempat menarik tapi bukan di Lekir, tapi di Sitiawan. Ada satu tempat tu namanya Taman Paya Bakau terletak di tepi jalan simpang Sitiawan nak ke Lumut. Kalau sesiapa perasan tempat tu, boleh singgah kat situ, tapi awas... tempat tu banyak monyet, dan monyet tu pantang nampak makanan, kompom kene serang kalau korang tak bagi kat mereka. Hehehe (ada sejarah hitam kat situ).
Sebelah malam pulak, kami lepak di Kinta Waterfront! Sumpah, aku tak pernah tahu wujudnya tempat tu kat Ipoh! Memang tempat ni pon agak baru jugak la, ada muzium bijih timah, ada deretan pokok-pokok berlampu macam kat I-City Shah Alam tu, dan disepanjang Sungai Kinta tu ada la banyak kedai-kedai makan dan menjual cenderamata. Tempat ni boleh dikatakan spot baru untuk pelancong yang datang ke Ipoh la. Kalau dijaga betul-betul boleh gamit lebih ramai pengunjung.
Aksi raya entah ape-apa entah. |
Gambar promosi pakaian Raya. |
Psttt: Gambar-gambar lain boleh tengok kat FB- TheStyliss Photography yer. :)
WASSALAM.
untungla professional photographers katanya!
ReplyDeletekan????
ReplyDeleteuntungla akak ade kawan cam derang...
tau!!!
best gak Perak nih bannnyak nooo tempat tak explore
yes lepas ni boleh jadi photographer open house rumah kak anash hahahaha :P
ReplyDeletebest dapat makan roti jala :P
SHR Janggel...
ReplyDeleteNtah2 rumah pengantin tu dekat dengan rumah kawan saya di Sg Limau, Lekir...
Roti goyang tu tak boleh tahan... keke
hampeh tul TTB nih tau!!!
ReplyDeletesume komen blog dispam dgn roti jala????
cis...
(tolak keluar TTB )
bila baca ayat ni :
ReplyDelete"Acara menikah penganten bermula sebelah petang, lepas solat Jumaat. Memula tu nebes la jugak"
ingatkan nebes sbb nk salam tangan tok kadi..suspen je tau..ahahaha
Roti telur goyang yang tahan tengok tu..first time dengar dan tengok kena merasa pulak lepas ni bila singgah ke perak!
ReplyDeletehehehe telor goyang.. ekekeke :P
ReplyDeleteHenry Fox:
ReplyDeleteHAAH untung sangat!
Kak Anash:
ReplyDeleteHaah Untungla dapat kawan ngan kami...
Perak memang best pon....
TTB:
ReplyDeleteMMg nak sangat jadi photograper rasmi open house rumah kak anash, tertama dapat ambik gambar gerry(ies)
Mie:
ReplyDeleteHa ntahle tatau la pulak kan.
Kekek memang kelako la bile tengok balik gambar roti goyang tu.
Kak Anash:
ReplyDeletehaip biar la dia suka makan roti jala kekeke.
(tarik balik masuk sini)
JM:
ReplyDeleteAmboi tetiber dia pulak yang suspen yer; kekeke.
MS:
ReplyDeleteHahahaha tu la kan. lenkali terai la.
Umar Kadir:
ReplyDeleteWoit suka pulak dia yer dengar telor goyang tu