Posts

Showing posts with the label Perak

PERAK: Melintas Kenangan di Victoria Bridge, Kuala Kangsar

Image
Petang tu, aku dengan mak dan ayah decide nak jalan-jalan kat Victoria Bridge, Kuala Kangsar. Untuk yang tak pernah sampai, Victoria Bridge ni terletak kat Karai, lebih kurang 15 minit je dari pekan Kuala Kangsar. Senang je nak cari, ikut je arah ke Enggor atau Google Maps confirm jumpa.   Sampai je sana, matahari masih cerah, angin pulak sepoi-sepoi bahasa. Jambatan lama tu memang nampak klasik gila, rasa macam balik ke zaman dulu-dulu. Mak sibuk ambik gambar sana sini, ayah pulak rilek je, dia jalan slow-slow sambil layan view Sungai Perak yang tenang mengalir kat bawah. Memang syahdu habis.   Masa matahari nak terbenam, langit terus jadi warna oren keemasan. Cantik gila! Cahaya senja tu pulak berkilau-kilau atas air sungai, macam lukisan alam yang hidup. Kami lepak kat tepi tebing, angin petang pulak rasa nyaman je. Memang feeling habis la masa tu.   Sedang syok layan sunset, tiba-tiba terdengar bunyi hon panjang. Rupa-rupanya ada keretapi lalu atas jamb...

FOOD HUNTER: Lepak Petang Kat Kedei Kopi Ceruk, Sungkai

Image
Petang tu, masa on the way balik Ipoh, perut dah start berkeroncong. Kawan aku pulak dok promote ada satu kafe kat Sungkai ni, unik gila katanya. Nama dia pun rare, Kedei Kopi Ceruk. Dengar nama je dah buat aku tertanya-tanya, ceruk mana pulak kedai ni.   Sampai je kat Sungkai, rupa-rupanya tengah-tengah pekan! Ingatkan betul-betul ceruk kampung ke apa. Kedai dia kecik je, tapi sumpah unik gila! Masuk-masuk je, terasa macam balik zaman tok nenek dulu. Mana taknya, penuh dengan barang antik, dari radio lama, jam dinding retro, sampai basikal tua pun dia gantung kat dinding. Memang vibe nostalgia habis!   Kami pilih duduk kat meja kayu dekat tingkap. Boleh la layan view orang kampung mundar-mandir. Menu dia simple gila, tak banyak pilihan dan ready made, roti bakar, mi kari, dengan nasi lemak bungkus daun pisang. Senang cerita, tak payah pening kepala nak pilih. Aku terus order roti bakar dengan kopi O. Feeling-feeling minum kopi kampung.   Bila roti bakar sa...

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Image
Assalammualaikum!!! Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni.  Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Reso rt atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha. OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak , tak jauh dari Pekan Kampar , dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha. Fun map bagi keseluruhan kawasan PATRO OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan la...

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Image
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,   Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 3): Air Terjun Sungai Ruok Dan Pulang.

Image
Assalammualaikum!!! Hujung-hujung minggu ni ramai pulak orang buat kenduri kendara, kawinkan anak kan. Penat weh minggu lepas sekali tiga kenduri kawin kazen sendiri nak kene attend . Maka terpaksa la pulak bahagi-bahagi badan sekejap kat utara sekejap kat selatan demi menjaga hati keluarga... itu lebih penting. Esok-esok aku kawin diorang jugak yang nak datang memeriahkan suasana tak gitu? OK... Mood untuk apdet cerita Royal Belum masih bersaki baki lagi, so ayuh kita teruskan perjalanan cerita yang tak seberapa ini.  [ Sambungan daripada Episode 2 ] Alhamdulillah , boleh tahan nyenyak jugakla tidur dekat atas bot ni waima beralaskan sleeping bag dan berbantalkan kusyen sahaja. Lepastu tidur bawah hammock Cawan pulak tu, buatnya dia jatuh tergolek, habis aku kene himpap. So pagi-pagi tu selepas solat subuh, kami pun ronda-ronda la kawasan sekeliling basecamp Sungai Tiang tu. Tinjau-tinjau sebelah atas sampai le ke hujung... lepas tu tak berani nak terus ke bela...