Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

PART 2: Kota Kinabalu Dan Pulau-Pulau Di Sekitarnya

Assalammualaikum!!!
Ok mood rajin datang lagi! Kali ni nak sambung kisah di Kota Kinabalu dengan trip island hopping. Untuk makluman, di KK juga ada gugusan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada beberapa buah pulau antaranya Pulau Sapi, Manukan dan Mantanani.
Untuk ke pulau, terpulang samada nak ambik pakej dari syarikat-syarikat pelancongan atau beli tiket naik bot saja lepas tu sampai pulau pandai-pandai sendiri. So aku pilih beli tiket je untuk ke dua buah pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. 
Lokasi nak beli tiket bot: Jesselton Jetty, KK (Kat sini ada banyak kaunter jual tiket, so pepandailah pilih)
Harga Tiket: RM 35/orang (tiket pergi dan balik untuk dua pulau) Lokasi: Pulau Sapi dan Pulau Manukan Bot berlepas dalam jam 9.30 pagi dan kami akan diambil pulang jam 3.00 petang. So memang puas la kalau nak enjoy mandi laut. 
Oh by the way kalau nak layan sunset silalah ke Tg. Aru atau ke Teluk Likas! Memang superb ye sunset dia! Sumpah tak tipu.
OK selebihnya layan

PART 1: Trip To Kota Kinabalu - Firstime Ke Kundasang Ni! a

Assalammualaikum!!!
Mood rajin kembali lagi, kali ni nak update pasal trip aku ke Kota Kinabalu minggu lepas. Lama dah plan sebab kononnya rindu Sabah! Hahahaha tapi memang rindu pun, sebab kali terakhir aku tinggalkan sabah pun adalah 3 tahun lepas. Sobs.
Ok trip kali ni aku repeat  ke Beaufort untuk naik train ke Tenom. Ingat lagi trip Keretapi Tenom yang aku pernah buat dulu? So sebab John dan Sharule tak pernah merasa naik keretapi klasik ni so aku pun bawak la diorang. Cumanya kalini tak sampai ke Tenom pun, tengah jalan kami patah balik ke Beaufort sebab ambil masa 3 jam ye kalau total perjalanan dari Beaufort ke Tenom. Harga tiket masih sama RM 2.70 sehala.
Next kami ke Kundasang! Memang kami looking forward ke tempat ni. Sepanjang aku bertugas di Sabah 2 tahun, tak pernah langsung jejak Kundasang hahahaha sedih!
So kami memang sewa kereta Viva (RM 120 sehari - boleh call atau whatsapp 019-5594009) dan bermalam di Sulap Homestay (RM 180 Semalam). Lokasi Sulap Homestay ni terletak …

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Assalammualaikum!!!
Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni. 
Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Resort atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha.
OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak, tak jauh dari Pekan Kampar, dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha.
OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan ladang mangga sahaja dah 1200 ekar. yang lain-lain tu termasuklah kawasan resort,…

Hello! Happy New Year - Phuket Trip

Assalammualaikum!!!

Anda terkejut? Hahaha aku pun lagi terkejut sebab tetibe macam ada nafsu nak update blog!!! Hahaha apa khabar semua? Rindu aku tak? Sorry sebab lama tak menjengah di blog aku yang kian sendu ini. Apa boleh buat, dah pencen... #GengBloggerPencen. Salute la to geng blogger yang masih rajin berkarya. Jangan ingat aku tak baca! Hahaha.

Sempena tahun baharu ni, aku nak update la sikit pasal trip-trip yanbg pernah aku buat beberapa bulan dan tahun yang lalu. Sorry malas nak tulis panjang-panjang...so korang layan video je lah ye.
Enjoy! Ni pasal trip aku ke Phuket.

Ok cukuplah setakat ini buat kali ni.

WASSALAM