Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Eksplorasi Stong: FINALE

Assalamualaikum!!!

Kembali ke Kota Lumpur...Sambungan dari SINI.

Selepas kejadian Kepala Air semalam, keadaan kembali tenang hari ini. Pagi-pagi seperti biasa kami dapat juga bertenggek di tebing air terjun Jelawang untuk menyaksikan sang mentari menyinsing! Mula-mula tu takut juga nak ke sana selepas melihat sendiri apa yang berlaku semalam. Tapi dengan keyakinan yang tinggi dan bila dah nampak ramai orang yang siap bertenggek sama kat sana akhirnya kami pon gagahkan diri menenggekkan diri di puncak Jelawang.

Seperti semalam, keindahan suasana subuh memang tiada tolok bandingnya! Syukur sangat sebab aku berpeluang menyaksikan lagi keindahan alam di atas puncak yang tinggi ini. Terasa tenang bila melihat kepulan awan menutup pemandangan sayup di bawah gunung, seakan-akan lautan kapas yang tiada penghujungnya. Subhanallah.

Pagi ini, kami siap bawa dapur dan mee segera untuk bersarapan di atas tebing. Di tambah pula dengan air teh o panas, memang membuka selera! Kami juga mempelawa beb…

Eksplorasi Stong Part 6: Air Terjun 7 Tingkat & Kepala Air

Assalamualaikum!!!

Masih berada di Selatan Tanah Air. Adoiiii rindu KL!

Sambungan dari SINI.

Lepas dah habis menembak-nembak kabus pagi dan bersarapan pagi. Kami pon beramai-ramai menuju ke Kolam Air Terjun Permaisuri untuk mandi pagi. Pagi-pagi tu ramai jugak orang dari kemah lain yang sama-sama mandi, sejuk jangan cakap la, air direct dari puncak gunung la katakan!

Tak lama membasuh badan, Che'Mud selaku ketua kumpulan meminta kami semua bersiap sedia, katanya nak naik ke tingkat tujuh air terjun Jelawang! Dekat je katanya, mendaki dalam 15 minit sampai ler. Lepas tu, kami dengan selambanya pon pergilah melenggang dengan pakaian mandi sambil pakai selipar mendaki. Gile betol mendaki macam nak pergi bersiram, siap ikat tuala kat kepala.

Rupa-rupanya, pendakian kami memang sangat mencabar! Macam-macam hal berlaku, ada yang jatuh terduduk la (tergelincir), kena memanjat cerun batu ala-ala Cat Woman la, rock climbing guna tali la, dan yang paling tragis, siap ada yang kena sengat pe…

Eksplorasi Stong Part 5: The Sunrise

Assalamualaikum!!!

Bersiaran dari seberang tambak! Gigih tau aku pepagi buta pukul 5 pagi naik bas join para Bangladeshi dan Pinoy masuk tambak hahaha.

Ok sambung semula kisah Stong dan Jelawang. Sambungan dariSINI.

Pagi pagi buta, seawal jam enam pagi kami dah set jam nak bangun. Kali ni dengan misi penting untuk melihat matahari terbit di puncak Jelawang! Setelah bersiap-siap ala kadar akhirnya jam 6.30 kami bergerak ke tebing batu iaitu puncak air terjun Jelawang. Memang scary kalau sekali tengok tapi bila dah ada ramai orang dari kemah lain pon dah selamber je lepak-lepak kat tebing tu sambil minum kopi dan masak megi, rasa takut aku terus hilang.

Apa yang boleh aku katakan, SUBHANALLAH!!! Sungguh indah bumi ciptaan Allah! Tak terkata keindahannya bila aku lihat kepulan-kepulan awan menutup pemandangan kampung-kampung di bawah sana seolah-olah aku berada di Kayangan! Wah! Kalau ada sesape teringin nak merasa berada di atas awan, memang di situlah tempat dan masanya.

Kami semua po…

Eksplorasi Stong Part 4: Mandi-Manda di Puncak Jelawang!

Assalamualaikum!!!

Mode: Malas nak pergi out station.

Sambungan dari SINI.

Sebaik saja tiba di Kem Baha, masing-masing dah tersenyum riang, maklumlah lepas ni dah takde mendaki-daki, memanjat-manjat lagi dah...kalau ada sure aku ngesot-ngesot sampai ke destinasi. Kami mencari tapak perkemahan yang bersesuaian untuk mendirikan kemah banglo kami. Setelah berkira-kira keadaan yang sesuai, akhirnya kami bersetuju untuk mendirikan kemah di seberang sungai sebab kawasan di sana lebih aman damai dan tak ramai sangat orang.
Kedudukan kemah kami betul-betul di tebing menuju ke sungai, jadi urusan mengambil air sangat senang lah kiranya. Kemah kami berkonsepkan kemah terbuka, ala-ala rumah terbuka la sempena Hari Raya la katakan. Memang takde dinding, supaya semua orang boleh nampak apa yang kami buat hehehe. Kalau hujan memang tempias boleh masuk ke dalam kemah la. Nak dijadikan cerita, sebaik saja kemah didirikan, hujan pon turun tapi tak lebat sangat la. Jadi terpaksa kami membuat sistem perp…

Eksplorasi Stong Part 3: Mendaki ke Kem Baha

Assalamualaikum!!!

Tak senang duduk aku, asyik teringat-ingat je kat Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan semuanya.

Sambungan dari SINI.

Selepas selesai mandi-manda di kaki Air Terjun Jelawang, kami pon memulakan langkah untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun yang berketinggian 303 meter tu. Lepas ni dah takde tingkat-tingkat air terjun dah, direct sampai ke puncak. Jadi terpaksalah aku menggigihkan mental aku supaya jangan lemah semangat. Maklumlah bile dah lebih muatan ni mudah sangat nak give up. Alhamdulillah semangat aku kuat.

Kami mula mendaki tepat jam 9.40 pagi. Masa ni dengan pakaian basah terus je redah hutan belukar, takde salin-salin baju dah. Denai yang kami lalui agak seram jugak la dengan batu-batu licin dan gelap. Alhamdulillah ada di kalangan kami yang dah pernah sampai ke puncak, jadi diorang la yang tolong jadi guide. Kami melalui kawasan air terjun sehingga masuk ke kawasan hutan belantara. Beberapa minit perjalanan, aku masih ok tapi bile dah dekat setengah…