2011-09-15

Rehat Otak

Assalamualaikum!!!

Mode : Lega dan Happy (sambil humming lagu SMURF "lalalalalal sing a happy song~")

Seminggu dua ni aku sangat sibuk dengan kerja sampai kadangkala kerja hakiki tak terbuat sebab tepaksa buat kerja yang tak hakiki ni...Apa benda kerja tak hakiki tu? Sebenanya aku sibuk dengan Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat Wilayah Persekutuan. Haish tak sangka pulak panjang langkah group aku. Syukur sampai peringkat Wilayah. Dah nama pon ketua, jadi memang tanggungjawab nak pastikan persembahan kumpulan aku berjalan lancar tu sangatlah besar. Stress jugak bile pikir benda-benda ni. Takpelah dah rezeki sampai ke situ kan. Ada 22 kumpulan bertanding dan kumpulan aku buat persembahan yang pertama! Adoi apa punya naseb la tangan aku pergi pilih no 1 masa cabut undi haritu...Pasrah.

Alhamdulillah pertandingan dah selesai pagi tadi dan seperti dijangka kumpulan aku tak menang pun ke Peringkat Kebangsaan bulan depan. Takpelah bukan rezeki kami. Banyak lagi yang kami perlu belajar. Apapun Konvensyen KIK Peringkat Wilayah Persekutuan (Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur) dah kami jengah, kalau ada rezeki boleh sampai ke peringkat Kebangsaan tak tahun depan? InsyaAllah kalau aku diberi tanggungjawab ini lagi, aku akan buat yang terbaik.

Sekarang ni dah boleh releks-releks sikit sebab pertandingan dah habes cuma bulan depan ada pertandingan lain pulak.Apa-apa pon, aku nak bercuti sekejap dari dunia maya buat beberapa hari, nak tenangkan fikirian, amik semangat baru dan meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Doakan kejayaan kami!!!!

Buat teammate, Syabasss!!! Kita dah buat yang terbaik walaupun tak menang. !!!

Psssttt: Babai - nak naik keretapi dan menyelusuri beberapa buah negeri ke satu destinasi... Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ya! :)

PEACE!

Pentas sangat besar membuatkan aku GIGIL TAHAP PAKINSEN tau!!!

 JOM LAYAN LAGU KOIR DARI KUMPULAN KOIR KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR. SEDAP JUGAK DIORANG NYANYI.

;

~SENYUM~





10 comments:

  1. gi mana pulak ni pakcik?
    have a safe trip!

    ReplyDelete
  2. kena buat ape kt konvensyen nih? dijangka tak menang huyuh jgn la mcm tu haha..

    2-3 ari nih dok lalu kat convention ctr kt KLCC ade pecipta. rasenye tu cam bebudak U or higher learner yg masuk etc. nmpak sgt aku nih kepoh aku pon dok sebok jengok2 ape yg dorg ciptakan (aku assume mencipta something la kan) haha

    ReplyDelete
  3. Ely Hasrul:

    Kat konvensyen ni kene present hasil inovasi kami,. Wah inovasi bebeno la sangat kan! Kiteorang pon cipta2 barang jugak tapi more to system bukan barang.

    Dah kompom kalah dah pon sebab result dah diumumkan smalam.

    ReplyDelete
  4. MasZuber:

    Oh yer ker? Sekarang ni memang musim org buat KIK kot. KPKT tu peringkat apa dah? Peringkat kementerian eh?

    ReplyDelete
  5. janggel...
    KIK nih sama cam ICC ker??...(and yet ICC stands for Innovative ..ntah apa...-blurr..)
    sebab opis anta wakil ke Jepun minggu lepas..n dengar deme menang award ...tunggu ajela kot masuk sokabar sok...
    ...ooo..nih musti plan dgn KJ...
    tunggu gambo dgn citer aje la dari deme sume...happy journey...(kirim salam kapkek pada KJ)

    ReplyDelete
  6. janggel..tgh mendaki gunung lg ke??

    ReplyDelete
  7. Anash:

    Yup, KIK ni macam ICC, ICC untuk swasta dan KIK untuk gomen.

    Hahaha bacalah entry yang bakal menemui anda selepas ini dan anda akan tau kisahnya.

    Selamat !

    ReplyDelete
  8. Kemang:

    Hahaha aku dah balik dah. :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!