Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2014

Assalammualaikum! 
Sedar tak sadar dah tiba di penghujung 2014, yang dikatakan tahun paling malang buat Malaysia, tahun paling penuh tragedi dan tahun penuh suka duka. Yeap aku mengakuinya, semuanya telah ditentukan oleh Allah untuk kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang berkelana di muka bumi.
Ada yang berkata: "Teguran Allah sangat hebat tahun ini". Sesungguhnya memang benar, lihat saja bermacam peristiwa pahit yang melanda negara, sampai sekarang pun masih belum selesai, ke mana hilangnya MH370 dan QZ8501 dan pelbagai musibah lain, tanda Allah menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menerima qada' dan qadarnya.
Itu mengenai Malaysia, mengenai bangsa dan jati diri kita sebagai seorang rakyat. Untuk aku?  2014 adalah tahun pasif (agaknya) sebab aku banyak menghabiskan masa sendiri, bukan bersama teman-teman rapat seperti selalu. Dari segi kerjaya, masih sama...tidak ada apa yang berubah, cuma makin busy, tanggungjawab makin besar dan masih menunggu p…

Kembara Selatan Australia (Part 3): Pusing-Pusing Bandar Canberra dan YHA Hostel, Canberra

Assalammualaikum!!!
Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun dah, cepat pulak rasa masa berlalu. So amacam dengan azam tahun 2014, tercapai ke KPI semua? Tepuk dada tanya usaha, cukup ke tidak ye tak. Ok orang bukan nak baca aku mengarut membebel kat sini, so kita sambung entry Australia Part 3 ye.
[ Sambungan daripada Part 2 ]
Setelah selesai ronda-ronda, pusing-pusing di Floriade 2014 yang berlangsung di Commenwalth Park, kami pun bergerak semula ke bandar. Sebenarnya nak habiskan masa sementara tunggu pukul 1 petang untuk check in hotel. So kami pusing-pusing bandar Canberra. Tempat pertama yang kami pergi adalah melawat kawasan Universiti . Kuikuikui sebenarnya kan nak fefiling jadi student OZ, so kami request kat Abu bawak kami jenjalan dalam Australian National Universiti. Kengkonon macam mengimbau kenangan lama la belajar kat universiti dulu. Ceh hahaha.  Macam-macam pose jugak la kami buat kat sekitar ANU tu, siap baring-baring bagai atas rumput buat perangai tak senonoh se…

TEASER: Berpusing-Pusing Sejenak Di Thailand

Assalammualaikum!!!


Ya ampun, sorry le sebab tak sempat nak habiskan entryAustralia tu...(jeling kat laptop, jeling balik kat diri sendiri)... Tapi sementara tu korang layan la short teaser dari short trip aku dan kengkawan ke Bangkok-Lopburi-Ayutthaya minggu lepas! It was fun! Tunggu entry penuh tahun depan ye! Hiks.
Pssst: Sorry tak sempat nak blogwalking bagai. Nanti aku buat marathon blogwalking kat blog mengkeme semua eh. ;(


WASSALAM.

Kembara Selatan Australia (Part 2): Canberra City (Canberra Nara Park, Pancake Parlour, FLORIADE 2014)

Assalammualaikum!!! 
Ok agak lama pulak nak sambung tulis entry Australia aku ni. Takpe, aku akan cuba habiskan jugak. Tahun baru pun dah nak muncul tak berapa lama lagi, so KPI masing-masing dah tercapai ke? Atau masih ada yang suam-suam kuku je? Hiks bertabahlah yer, baut je mana yang termampu, jangan paksa diri kelak anda juga yang merana....hacamtu.
[ Sambungan daripada Part 1 ]
Usau solat subuh di Murrumbateman yang terletak lebih kurang 38.8 KM dari Canberra City, maksudnya memang kami dah nak sampai ke tempat yang dituju la setelah lebih 18 jam memandu bertukar ganti! So pagi tu Abu ambik alih tugas memandu sebab dia kan dah jadi orang OZ hahaha, sementelaah aku pulak duduk seat paling belakang, layan tengok kabus kat tepi-tepi jalan. Maklumla suasana kat luar tu walaupun jam 5 pagi, tapi terang dia dah macam pukul 7.43 pagi kat Malaysia. 
Masa tengah jalan tu kalau perasan di sebelah kiri ada satu museum dinosaur. Kami tak singgah pun sebab masa tu pagi sangat, muzium tu pun tak…