Assalammualaikum!!!
Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun dah, cepat
pulak rasa masa berlalu. So amacam dengan azam tahun 2014, tercapai ke KPI
semua? Tepuk dada tanya usaha, cukup ke tidak ye tak. Ok orang bukan nak baca
aku mengarut membebel kat sini, so kita sambung entry Australia Part 3 ye.
Setelah selesai ronda-ronda, pusing-pusing di
Floriade 2014
yang berlangsung di
Commenwalth Park, kami pun bergerak semula ke bandar. Sebenarnya
nak habiskan masa sementara tunggu pukul 1 petang untuk
check in hotel.
So kami
pusing-pusing bandar
Canberra. Tempat pertama yang kami pergi adalah melawat
kawasan Universiti . Kuikuikui sebenarnya kan nak
fefiling jadi
student OZ,
so
kami
request kat
Abu bawak kami jenjalan dalam
Australian National Universiti.
Kengkonon macam mengimbau kenangan lama la belajar kat universiti dulu. Ceh
hahaha. Macam-macam
pose jugak la kami
buat kat sekitar
ANU tu, siap baring-baring bagai atas rumput buat perangai tak
senonoh semua. Geleng kepala agaknya kalau
student-student sana tengok, mujur
masa kami pegi tu tak ada orang pun kat kawasan-kawasan tu.
|
Ok jom berangan jap. |
|
Keh keh keh dah macam citer hindustan pulek. |
|
Yang ni aku tatau motif apa kemam bunga rumput berjemaah. |
|
bergambo kat signboard je. |
Dah puas pusing-pusing dalam kampus
ANU,
Abu bawak kami ke
Parlimen House pulak. Sekali tengok susun atur bandar
Canberra ni teringat
pulak macam kat
New Delhi bila kedudukan
India Gate tu selari dengan bangunan
kerajaan dia. Kat
Canberra ni pun lebih kurang sama. Kami
park kereta kat bawah
bangunan
Parlimen tu dan naik bergambar kat depan bangunan
Parlimen. Tak lama
pun kat situ sebab tak ada apa sangat yang nak di tengok, tapi merasa la jugak
bergambar depan
Parlimen House. Cuma tak terserempak dengan
PM dia je hiks.
|
Parliament House, Canberra. |
|
Pose la dulu! |
|
Wefie kat depan Parliament House, Canberra |
Lepas ke
Parlimen House, kami menuju ke
Australia War
Memorial. Tak jauh pun daripada
Parlimen House tu. Kat
Memorial tu kami
terserempak pulak dengan dua orang askar
Malaysia yang tengah kursus kat situ.
Diorang pun tengah dibawa jalan-jalan oleh penganjur program. Sempat pulak tu
begambar dengan diorang hahaha. Lupa pulak tanya nama, lols.
|
Wefie kat depan Australian War Museum. |
|
Ok tatau nak cakap apa pasal gambo ni. Hiks. |
|
Bersama beberapa orang tentera yang tengah kursus. |
Memandangkan jam pun dah dekat pukul 1 tengahari masa tu, dan sangat la lapar, sementelaah Is dan Abu pun ada nak beli something untuk kawan diorang, maka kami singgah kejap kat Canberra Centre. Sesambil shopping tu, kami singgah makan kat foodcourt bawah bangunan tu, alhamdulillah ada la beberapa kedai halal yang boleh dicuba.
|
Kedai TYPO ni aku rasa seswai sangat dengan sesaorang tu. hiks. |
|
Lunch tengahari aku, tak habis pun sebab banyak sangat. Sebenarnya ada roti benggala, tak sempat nak amik gambo. Hiks. :) |
Lepas makan, kami terus bergegas menuju ke
YHA
Hostel (Australian Backpacker and Youth Hostel Accommodation and Travel) di
Canberra City. Untuk keterangan lanjut boleh
rujuk http://www.yha.com.au/hostels/nsw/canberra/
|
Register dulu. |
YHA Hostel, Canberra ni kira besar jugak la dan ini
merupakan pengalaman kedua aku tinggal di
YHA Hostel, dulu aku tinggal di
YHA
Hostel di
Perth. Semua urusan booking dibuat oleh
Is, so kami datang
check in
je. Memandangkan kami datang dalam satu
family yang besar (6 orang) jadi kami amik
bilik yang boleh sumbat enam orang sekaligus. Harga satu bilik adalah
AUD 45/seorang. Yang tak
bestnya kat sini, takda
wifi free, kalau nak
wifi kene
beli
AUD 5 untuk satu hari.
|
Bilik ni memang besar! Boleh guling-guling atas carpet lagi. |
|
TV yang 24 jam kene pasang cartoon demi keriangan anak-anak hiks. |
|
Katil double decker. |
|
Bilik ayor. |
Bila dah masuk bilik, apa lagi memasing terbongkang tidur
ok!!! Maklumla penat
drive 18 jam sejak semalam tak habis lagi,
lunch pun
belum, tidur lebih utama.
So bayangkan kami rehat dari pukul 1.00 sampai pukul
4.00 petang. Lepas tu baru siap-siap nak keluar balik. Sebenarnya juga, kami
dapat jemputan makan malam dari kawan
Is yang belajar di
Canberra. Alang-alang
dah sampai
Canberra, maka ni lah peluangnya menziarah kengkawan kan. Maklumla
memasing di perantauan,
so kene la rajin-rajin berhubung. Yang penting nya
sebab
DAPAT MAKAN MALAM FREE HAHAHAHA.
So dalam pukul 4 petang kami gerak dari Hostel ke rumah
kawan
Is. Aku tak ingat kat mana rumah kawan
Is tu, tapi macam jauh jugak la.
Nasib baik ada GPS. Sampai je depan ruma tu dah gelap, maklumla time ni ka
cepat gelap, dah macam pukul 11 malam dah keadaannya paduhal baru pukul 6
petang kot masa tu.
|
Alangkah bahagianya bila dapat makan lauk cenggini dikala sejuk-sejuk dan kelaparan kan? |
|
Sembang-sembang, sambil makan. Lepas tu balik dan tido! |
Seronok betul diorang bersembang, sampai-sampai je terus
serbu dapur, makanan dah terhidang atas meja. Memang habis la semuanya maklumla
masing-masing tengah kebulur. So malam tu kite orang sembang-sembang je dengan
kengkawan, nak pegi jalan mana-mana pun macam takda tempat yang boleh dipegi,
sebab gelap dan banyak yang dah tutup. Maklumla, bandar gomen kan.
Usai makan dan sembang, kami pun balik semula ke hostel.
Penat sebenarnya, mata pun asyik nak terpejam je. Canberra City ni kami singgah
sekejap je, sebab macam tak banyak sangat tempat yang kami nak pergi. Cukup la
sekadar kaver Floriade 2014, dengan beberapa main attraction kat bandar tu.
Sebenarnya banyak lagi la tempat menarik, muzium segala bagai, Cuma kami tak
sempat nak pegi.
Esok pagi-pagi kami dah nak gerak ke Sydney! OMJ tazzabar
nak tengok Opera House semua tu lah. Ok nanti aku sambung kisah ke Sydney pulak.
...bersambung.
WASSALAM.
syoknya... luas jgk bilik dia kan
ReplyDeleteZarulfarhana:
Deletehaah bilik dia mmg sangat luas boleh masuk 7 orang
makn nasik laok paok kat negara asing memang laain fefeeling nyer kan..? he..he.. mcm lebih sedap dan nikmat rasanya... sempat kome bergmbr dngn askar2 ya...? tp semua x mcm org putih pon kan....
ReplyDeleteFarikica:
DeleteYa Auloh nikmat sngat dapat makan masakan melayu camtu kat negara omputeh hehehe. Tu bukan askar australia, tu askar Malaysia dengan negara Asean.
Aksi ala Hindustan tu macam real pulak rasanya...hehe.. Best dapat makan makanan kita kat negara orang...sure licin punya...
ReplyDeleteMie:
DeleteHahaha memang hindustan habis dah tu. Kompom mmg licin makanan tu.
wah...best tu....selamat tahun baru 2015
ReplyDeleteMKL
DeleteSelamat tahun baru 2015 juga buat awak!
Ngaper asik sebut KPI jer......seghabut peghut yong pikior...boleh hilang mood berangan....hehe
ReplyDeleteASP
DeleteHahah tepaksa la sebut sebab KPI tak tercapai tahun lepas hehehe,.
KPI fullfill 50 % jekk.. leh gitu... Wooooooo Alumni ANU rupenyer.. hiks... :p
ReplyDeletePae:
DeleteHahaha gitewwww. Mestilah!
Thank you very much. Your posting is very greet.
ReplyDeleteBosnia-Herzegovina
Hpm Bosnia:
DeleteThank you.
Baiklah.. CN tertinggal kan kisah kembara south aussie ni. huhu... perlu mula baca dari part 1 ni. hehe...
ReplyDeleteHeheheh silalah baca ye ;)
DeleteRen.....
ReplyDeleteaku stress...sbb aku baru perasan, masih ada gmbr2 yg korg x transfer abis (contohnya dgn asekar tu) etc.
huwaaaa....kejammmm!!!!
Hahahhahahha bangga tak ko aku reply komen ko tahun 2020? ;)
Delete