2014-12-08

Kembara Selatan Australia (Part 2): Canberra City (Canberra Nara Park, Pancake Parlour, FLORIADE 2014)

Assalammualaikum!!! 

Ok agak lama pulak nak sambung tulis entry Australia aku ni. Takpe, aku akan cuba habiskan jugak. Tahun baru pun dah nak muncul tak berapa lama lagi, so KPI masing-masing dah tercapai ke? Atau masih ada yang suam-suam kuku je? Hiks bertabahlah yer, baut je mana yang termampu, jangan paksa diri kelak anda juga yang merana....hacamtu.


Usau solat subuh di Murrumbateman yang terletak lebih kurang 38.8 KM dari Canberra City, maksudnya memang kami dah nak sampai ke tempat yang dituju la setelah lebih 18 jam memandu bertukar ganti! So pagi tu Abu ambik alih tugas memandu sebab dia kan dah jadi orang OZ hahaha, sementelaah aku pulak duduk seat paling belakang, layan tengok kabus kat tepi-tepi jalan. Maklumla suasana kat luar tu walaupun jam 5 pagi, tapi terang dia dah macam pukul 7.43 pagi kat Malaysia. 

Masa tengah jalan tu kalau perasan di sebelah kiri ada satu museum dinosaur. Kami tak singgah pun sebab masa tu pagi sangat, muzium tu pun tak bukak lagi. Nama muzium tu adalah National Dinosaur Museum, Canberra. Sesiapa yang berkesempatan boleh la pegi situ. (Rujuk SINI untuk pautan terus ke website)

Murrumbateman ke Canberra City dalam 38.8 km.
Kami sampai di Canberra City awal, dalam jam 7.00 pagi. Masa tu memang semua semua kedai tak bukak lagi, dengan nak check in hostel pun tak boleh lagi jugak. Kami diberitahu waktu check in hostel adalah jam 2 petang! Hahah habis tu nak buat apa la kan pepagi buta tu kan? So kami singgah sekejap di Canberra Nara Park. 

Canberra Nara Park

Apasal pulak ada tempat nama Nara pulak kat Canberra ni kan? Bukan Nara tu kat Jepun ke? (Demm rindu kat Nara huhuhu). Sebenarnya Canberra Nara Park ini dibina bertujan sebagai simbol persahabatan di antara kerajaan Canberra dan sister city nya Nara di Jepun. Jadi ada lah beberapa monumen dan structure senibina jepun yang dibina di taman ini.

Memula tu macam best je tengok mercu tanda ni ada tulis NARA hiks.
NOTA: Developed within Lennox Gardens, Canberra-Nara Peace Park symbolises the close and growing friendship between Canberra and its sister city in Japan, Nara. The Park provides a complementary setting for the gift of two large stone lanterns - a large Kasuga lantern weighing five tonnes, and a large Yukimi lantern weighing three tonnes, as well as a polished granite menorial stone from the citizens of Nara, Japan's ancient capital to the citizens of Canberra, Australia's modern national capital. Design and construction was carried out by local designers and contractors who consulted closely with the city of Nara and the Embassy of Japan. The site was selected in April 1997 and celebrated with the visit to Canberra of a Nara delegation of 150 citizens lead by Mayor Ohkawa and former Mayor Nishida.  (Sumber Google)
Canberra Nara Park ni terletak di dalam kawasan Lennox Garden, satu taman yang besar. Kalau nak tahu, konsep bandar Canberra ni adalah lebih kurang macam Putrajaya, dan tujuannya pun sama jugak sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan, so ramailah pekerja-pekerja government yang tinggal di Canberra ni.

Bagi kereta ni rehat dulu, jauh dah berjalan seharian.
Selfie pertama di Canberra! Hiks
Mengadap Lake Burley Griffin.
Acah-acah cute.
Sementara nak tunggu kedai-kedai bukak, kami lepak sekejap kat Canberra Nara Park ni, ambil angin sambil posing-posing selepas bangun tidur. Sambil menyaksikan pemandangan pagi di sekitar Lake Burley Griffin, salah satu tasik utama di Canberra. Kalau nak tahu, di Canberra ni saja ada banyak tempat rekreasi disediakan. Kalau nak diceritakan kat sini memang panjang berjela-jela lah kan. Sesambil tu jugak, sambil gigil-gigil tahan sejuk, aku tengok selamba je beberapa orang mat salleh ni jogging siap pakai short pants lagi tu. Depa ni dah immune kot dengan cuaca kat sini, #villagepeople macam kami ni je yang pakai baju sejuk segala bagai, kengkonon macam sedang menghadapi winter. Hahaha.

Sakura?
Acah-acah Autumn In My Heart.
Lompat dengan harapan ada daun-daun gugur.
Sesat?
Tak lama kami di Canberra Nara Park tu, kemudian kami terus ke City Centre untuk breakfast. Maklumlah, makan malam tadi tu pun megi tepi jalan je kan, kompom la dah lapar balik. So kali ni kami nak memenuhi permintaan Puan Is yang katanya mengidam nak makan pancake. Jadi pagi tu kami ke Pancake Parlour! Fuyuh, sampai-sampai Canberra terus makan pankek kekdahnya! Memula tu tatau apa benda la nama restoran 'Pancake Parlour' tu kan maklumlah #villagepeople, tapi ikut jelah depa-depa tu, nanti kena tinggal pulak. So kami park kereta kat tepi-tepi jalan, dan jalan kaki ke restoran Pancake Parlour tu, hmm sebenarnye suprise le jugak, pukul tujuh pagi restoran ni dah bukak. 

Menurut kata Is, kat sini ada macam-macam jenis pancake, so try la mana yang berkenan. So dengan rasa terujanya kami pun pilih la mana-mana menu yang rasanya boleh di makan dengan jayanya, ditambah pulak waktu tu memang dah lapar sangat kan. Macam-macam jugak le ordernye.

Nak tahu pasal Pancake Parlour boleh check kat SINI.

Keluarga Gumbira berdiri depan kedai.
Ok boleh check offer hari ni.
Jom menuju ke meja makan! Lapar.
Lengang. Cantik kedai ni.
Sementara nak order tu moh le main kaler-kaler dulu ye anak-anak.
Bile memilih asyik tak reti je. Belasah je la.
Akhirnya makan le lempeng dengan aiscream ni. Sedap!
Acah-acah cute entah kali keberapa  entah.
Para pelanggan lain pun dah mula datang bile kami datang. 
Habis makan pancake dan bergedik-gedik bergambo dalam restoran, kami sambung jalan-jalan kat sekitar bandar Canberra ni. Sebenarnya bandar dia macam kecik je la, tak besar mana pun (walaupun jalan kaki tetap penat). Banyak shopping mall dan parks. Is kata, kat situ ramai orang tua-tua duduk, hiks. Ye la kan bandar orang kerajaan, lepas tu orang-orang pencen pun ramai yang duduk situ. Dan satu lagi, katanya kos hidup kat situ tinggi. Hmmm ok tamau duduk kat Canberra, kita cari city lain pulak yer!

Pusing-pusing bandar. Mana ntah bas tak sampei-sampei.
Tadaaaaa... posing untuk kali ke berapa ntah.
Ternampak Posh Beckham tengah jenjalan bawak anak dia dua orang.
OK lepas jalan-jalan pusing-pusing kat taman dekat-dekat bandar tu (kami singgah kat Glebe Park untuk buat photoshoot happy family), sekarang tibalah masa kemuncak tujuan sebenar kami ke Canberra, yakni untuk melawat FLORIADE 2014!


Glebe Park.
Bunga Poppy yang bersepah-sepah.
Main aci nyorok jap.
Ya Auloh ada lagi! Sabo jap eh.
Kami juga temui teknik selfie terbaru!!! Hiks.

FLORIADE 2014, Commonwealth Park.

Sebagai rekod, Floriade 2014 berlangsung setiap tahun (September) dan tahun ni kebetulan pulak festival bunga-bungaan ni berlangsung masa kami sampai di Canberra. Jadi takkan la kami nak lepaskan peluang ye dak. Dari City Centre tadi kami terus bergegas ke Commonwealth Park. Parking kereta kat situ pon free je, tapi kena datang cepat la sebab tak nak berebut parking dengan orang. Maklumla event Floriade ni adalah satu event yang besar, macam Floria kat Putrajaya jugak la, berdoyon-doyon orang datang! Dan yang paling best, masuk ke kawasan Floriade ni adalah percuma! Kalau Floria kat Putrajaya tu siap kena bayar RM3 pulak tu.

Laluan ke Floriade di Commonwealth Park.
Beburung bercengkerama.
Entrance.
Itik ke ayam ntah, tengah bersepah-sepah.
Little Explorer Adib.
Jadinya bila dah nampak banyak sangat bunga-bungaan di taman, makanya apa lagi. Snap-pose-snap-pose je la kerja kami. Mujur jugak kami sampai awal, masa ni tak ramai sangat orang yang datang, dan ada la beberapa persembahan koir, pancaragam bagai sedang berlangsung. Seronok, diorang semua santai-santai je. Maklumla sejuk kan, kalau panas leting macam kat Malaysia ni mampu ke nak santai-santai tengah padang camtu? Hahahaha. Sabo je la.

Kite penat la, duduk kejap ye. Hiks
Bebunga tulips pon bersepah ruah.
Kelihatan Posh Beckham lagi ... dia ikut kite ke?
Gnomes.
Tulip Kuning pulak.
Tu dia Posh Beckham duduk tepi jalan.
Wefie beramai-ramai dengan retis.
Lepas tu pegi tengok performance bebudak ni.

VIDEO: Layan jugak tengok bebudak ni nyanyi. Sedap.

Lama jugak la kami duduk berlegar-legar kat Floriade ni. Sedar-sedar je jam dah dekat pukul 1 petang! Dah boleh Check in hostel dah! Tapi sebelum sampai hostel, ada beberapa tempat lagi kami menyinggah. Seperti yang aku cakap tadi, Canberra City sebenarnya tak besar sangat so pusing-pusing pun boleh habis sekejap je. Tapi kalau pegi outskirts dia banyak la jugak tempat yang boleh dituju.

Ok nanti aku sambung lagi. Banyak pulak gambar tepek kat sini terus jadi panjang entry ni. Hahaha, korang bukan nak baca sangat pun kan?

bersambung....

WASSALAM.

12 comments:

  1. oh pancake parlour tu memang sedappp!aku suka giler pancake n maple syrup dia tu weh....sedap giler!hehehehe

    kat melben ada tulipss festival...kat canberra ada floriade eh...menarik tuh!

    ReplyDelete
  2. Orang cute di tempat yang cantik...oseemmm....

    ReplyDelete
  3. salam. i'm azim. From paka Terengganu (kena introduce diri sendiri dulu kan kalau tak tidak dilayan. heheh)

    Tengok entry australia ni, teringat yang tak buat lagi review trip ke Brisbane bulan 8 arituh..

    Nice post and nice pics too!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Axim

      Waalaikummussalam.
      Hahah ok terima pengenalan diri tu. Australia mmg best dan banyak tempat cantik kan.
      Thanks sudi baca.

      Delete
  4. Aquarius Morius

    Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  5. kahkahkah.
    teknik selfie terbaru.....
    yeahhh!

    ReplyDelete
  6. Salam. im ainaa frm selangor. inshallah kalau tiada halangan sy dan keluarga akn pergi, byk refference sy ambil dr blog ni. Terima kasiH.

    Lg satu bnd yg sy nk tny, dkt mana your wife beli long coat kaler khaki tu ye? Cantik sgt. Kalau beli di Malaysia sy nk thu kedai mana ye. Terima kasih

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS