2014-12-30

Selamat Tahun Baru - Imbasan 2014

Assalammualaikum! 

Sedar tak sadar dah tiba di penghujung 2014, yang dikatakan tahun paling malang buat Malaysia, tahun paling penuh tragedi dan tahun penuh suka duka. Yeap aku mengakuinya, semuanya telah ditentukan oleh Allah untuk kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan sepanjang berkelana di muka bumi.

Ada yang berkata: "Teguran Allah sangat hebat tahun ini". Sesungguhnya memang benar, lihat saja bermacam peristiwa pahit yang melanda negara, sampai sekarang pun masih belum selesai, ke mana hilangnya MH370 dan QZ8501 dan pelbagai musibah lain, tanda Allah menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menerima qada' dan qadarnya.

Itu mengenai Malaysia, mengenai bangsa dan jati diri kita sebagai seorang rakyat. Untuk aku? 
  1. 2014 adalah tahun pasif (agaknya) sebab aku banyak menghabiskan masa sendiri, bukan bersama teman-teman rapat seperti selalu. Dari segi kerjaya, masih sama...tidak ada apa yang berubah, cuma makin busy, tanggungjawab makin besar dan masih menunggu peluang untuk melangkah ke bidang baru, mungkin. InsyaAllah. (Iya saya masih cuba menyukai kerja saya).
  2. Dan tahun ini jugak aku banyak kenal ramai kawan baru (Ramai ke? takdela ramai sangat, sekadar beberapa orang) yang boleh dibawa berbincang dan boleh di bawa bergurau. Juga boleh dikatakan tahun di mana kawan-kawan lama (yang sebelum ini menyepi) tiba-tiba muncul semula. Tak kisahlah, janji niat dan hubungan silaturrahim tu masih bersambung. Kekadang tu sedih jugak bila ada kengkawan yang dulu kita kenal, tapi sekarang ni dah jadi macam orang asing, bila jumpa pun dah jadi awkward dan paling sedih bila orang tu tak ingat pun apa yang pernah kita buat sesama dulu. Demmm nampak sangat yang aku ni tak penting kan? Tak apalah. 
  3. Walaupun kurang update blog tahun ni (sorry la sebab roh nak mengapdet tu jarang sampai) tapi aku still bersyukur sebab masih ada yang sudi singgah dan baca entry lama-lama yang tersimpan kat sini. Terima kasih di atas sokongan kalian. 
  4. Tahun pasif, yeap tahun ni aku tak adalah rancak sangat travel macam tahun-tahun lepas, mungkin sebab utamanya travelbuddy aku yang selalu paksa aku pi travel dengan dia dah berhijrah pi UK sana tu. Jadi aku banyak spend time dekat Malaysia je. Sedih! Hahah lagi satu mungkin sebab tak kaya sangat nak travel-travel ni (aku ni memang fail bab-bab duit). Dan salah satu sebabnya adalah aku buat mega trip ke South Australia yang memerlukan banyak belanja. 
  5. Tahun paling kurang aku lepak dengan TravelholicAwesome. Iyalah masing-masing pun busy dengan urusan sendiri dan ramai juga yang dah menyambut baby TA yang baru. Tahun ni saja ada 3 baby TA yang menjelma! Baby Ixora (Biqque), Baby Daneen (Maszuber) dan Baby Zafran (Chawana). Ya Ampun bila pulak baby Janggel nak keluar????
  6. Selain blog, aku banyak merapu dalam twitter dan Instagram. Pepandailah korang cari kat mana dan jangan menyesal follow...sebab aku memang suka release stress kat sana. Meroyan tak tentu hala, mengarut, merepek, meraban, marah-marah orang semua kat sana. Hewhewhew. Semoga bertabahlah wahai insan semua. 
Suka duka 2014
Apa lagi yang aku nak tulis, tak ada apa yang penting pun, semuanya biasa-biasa saja. Doakan tahun 2015 yang mendatang ni lebih jelas untuk aku, lebih fokus dalam hidup dan lebih berjiwa. Aku doakan yang terbaik juga untuk kalian. Semoga 2015 membawa lembaran baru untuk semua. Amin.
OH ya, aku ada macam terfikir nak buat contest kat blog ni sebab ada banyak souvenir yang aku simpan tatau nak buat apa. Tapi....ada ke orang nak join contest tu nanti? hmmmmm. pasrah tak glamer hahaha.
So sesiapa yang nak recall balik apa yang dah tertulis dalam tahun 2014 ni boleh ketik links kat bawah ye:
  1. MALAYSIA: #TravelholicAwesome Ke Kuala Gandah (Part 1): Deerland Park, Lanchang, Pahang.
  2. THAILAND: Bangkok Shutdown: Bangkok, Thailand (Sin City)
  3. MALAYSIA: Royal Belum Adventure With TA and Friends
  4. MALAYSIA: Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends
  5. INDONESIA: Lombok: Welcome to Lombok!
  6. AUSTRALIA: Kembara Selatan Australia: Adelaide - Canberra - Sydney - Melbourne
  7. THAILAND: Bangkok Again? Lopburi - Ayutthaya - Bangkok
Projek Teater tahun ni GAGAL! Huhuhu walaupun ada aku tengok beberapa teater tahun ni (sorry can't recall

Pssstt: Azam Blog tahun 2015 aku adalah nak rajin update blog dan habiskan semua entries yang tertangguh! Ayuh.

WASSALAM!

47 comments:

  1. Gitew kelas sgt.. Ade penutup tuh... Yep.. moge impian hapdate entry tertanguh jd kenyataan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Ofkos la kene ada entry penutop. HaHaHa!!! Amin semoga gigih update blog lepas ni!

      Delete
  2. firsttttttt!!!!!!!

    nak chop

    tak pe...tahun depan..kita mengembara lagi!

    ayuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Coco:

      Sorry akak bukan yang pertama! HaHaHa!!! Ayuh! Demi kembara gigil2!

      Delete
  3. selamat tahun baru 2015, Janggel.moga apa yang diimpikan akan jadi nyata...

    teruja baca bab baby tu *wahhh, hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla:

      Selamat tahun baru 2015 buat awa juga! Amin.

      Eh teruja bab baby yeee. Doakan ye.

      Delete
  4. bagi jelah souvenir tu kt aku....tayah la contest2 ni..muahahaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan:

      Bagi? Nntila aku pikirkan. hahaha

      Delete
  5. wahh.. nmpk semua program yg dibuat hebat2 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarulfarhana:

      Hihihi xda la hebat sangat. Alhamdulillah. Ramai yg lebih hebat.

      Delete
  6. yeay muka aku ada 3 kat situ walaupun aku paling jarang travel dgn ko =(( hahahah. thanks 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD:

      Gitew. Untung sangat ada gambo ko.

      Delete
  7. Hai Janggel..maybe tahun depan lebih ceria dari tahun ni..mana tahu tahun depan ada 'partner' baru utk travel bersama...who knows kan..Allah lebih mengetahui..

    Part byk sgt souviner tu..'lempar' kat sini sekeping..x perlu nk buat contest bagai :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM:

      Selamat tahun baru buat JM! Hiks bile nak jumpe? Hiks #tetibe

      Delete
  8. Rajin2 lah update entry yg tertunggak tu..JM still setia dgn blog ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM:

      InsyaAllah tengah usahakan mengapdet mana yang tertangguh. Thanks

      Delete
  9. Mohon publish twitter dan instagram :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazwan:

      Hahaha twitter dan instagram sama : Janggeltrekker

      Delete
  10. Ekceli sedang tunggu koala bear... hahaha all the best tuk 2015! Selamat berkenalan di 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umar:

      Amboi. Koala bear dah pupus. Tetibe. Selamat tahun baru!

      Delete
  11. Tahniah... Saya peminat setia anda... Tq krn menulis blog.. Byk mbantu saya travel ke mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL

      Terima kasih kerana setia membaca blog saya. ;) selamat tahun baru!

      Delete
  12. Great compilation of various stories! I enjoyed reading your 2014 journey! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poojie:

      Thanks beb. I enjoy reading your blog too. Happy New Year!

      Delete
  13. menanti sambung entry ostolia.. ^_^

    ReplyDelete
  14. Bila nak update australia???? TravelholicAwesome tu apa? boy band? kpopper? =p
    saya dah dapat hadiah kawan kawan lalalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin:

      Sabar ye yg ostolia tu huhuuu. Travelholicawesome adalah grup travel saya.

      Delete
  15. blog power! isi best! eh mana ada kau meroyan kat twider..

    ok. ak perkenalkan diri. ak haniekunie. blog takleh perkenalkan sebab terlampau merapu.. :D till next time!

    happy new year! semoga terus aman selamat dilimpahi rahmat allah. aamiin

    #gengpemanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habikunie:

      Hahahha thanks sebab sudi baca dan follow. Teitter tu tempat saya merapu. Sekian. HaHaHa!!!

      Happy new year buat awak juga. Thanks!

      Delete
  16. muka aku takde langsung! huh! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. John:

      Sah sah la muka ko takda! Ko mana ada travel ngan aku tahun 2014!

      Delete
  17. selamat tahun baru 2015 ren !
    harap banyak makan qu puteh eh bukan harap makan banyak peria untuk rajin update blog *sumber sains yang tak akan dapat dikenalpasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanatron:

      Selamat tahun baru juga! InsyaAllah sedang cuba. Hiks.

      Delete
  18. Eppi tawun baru 2015 ren!! may this year bring more cite jalan2 seantero lagi ye!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss:

      Selamat tahun baru mis! InsyaAllah. Teruskan membaca.

      Delete
  19. Replies
    1. Sab:

      Selamat tahun baru untuk awak juga.

      Delete
  20. Happy new year ren.. semoga 2015 membawa lbh rahmat kpd kita semua. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica:

      Happy new year buat awak sekeluarga juga. Amin!

      Delete
  21. #azamsama

    haha...nth boleh ntah idak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayung!

      #bertabahlahdemikerianganberganda!

      Delete
  22. Okay... moga tahun 2015 akan lebib rajin menulis di blog.. Saya sokong 100% anda kat sini huhuhuu.. apa pun thanks untuk beberapa perkara tahun ni dari jasa Janggel pd saya..

    Terima kasih juga membawa diri utk berkenalan dgn member TA yng hebat lagi awesome hahaha :D

    Apa pun.. Travel more and we learn something interesting all the time.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Selamat tahun baru 2015. Semoga kekal bersahabat dan dapat travel sama suatu hari nanti!
      Amin!

      Delete
  23. Bertabahlah. hehe.. sorry CN pinjam that word tanpa minta izin :)
    In shaa Allah 2015 akan lebih baik :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!