2014-06-02

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 1)

Assalammualaikum!!!  

Hi semua, amacam rindu aku tak? Hahaha perasan sangat ada orang rindu kan padahal tak siapa pun kisah pasal aku ni kan. Lols. Ok la seminggu dua ni busy sikit, dengan kerja dan sakit, demam, batuk, seleseme sampai hilang suara (suara dah macam Cakra Khan dah seminggu). Harap-harap cepat la pulih seperti sedia kala, tak sabar dah nak menyumbangkan suara sendiri di pusat-pusat karaoke berhampiran.

Ok mari aku cerita kisah #backtonature kali ini bersama beberapa orang kawan #travelholicawesome dan kengkawan lain.

Kami ke Taman Negara Pahang!

Al-kisah, bermula perancangan untuk menjejak Taman Negara Pahang selepas selesai program #backtonature di Hutan Simpan Royal Belum pada pertengahan April dulu. Idea asal adalah daripada Chawana, katanya teringin sangat nak pergi ke Taman Negara Pahang. Aku pulak memang dah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah menengah lagi nak menjejak kaki ke Taman Negara Pahang ni. Terbayang-bayang dah naik sampan lalu bawah pokok-pokok macam kat Hutan Amazon, yang depa dok tunjuk dalam tv dan iklan-iklan Tourism Malaysia tu. 

So bincang punya bincang, akhirnya ada beberapa orang je yang sanggup nak join misi ke hutan ni memandangkan yang lain semua busy dengan keluarga memasing. Makanya pergilah kami bertujuh yakni aku, Na, Cawan, Aqilah, Kak Coco, MasMZ dan Pae. Pae pulak gigih drive dari JB ke Putrajaya seawal jam lima pagi DEMI nak menyertai misi ke hutan ni. Ha tengok, takde alasan tau.

Pepagi buta hari kejadian tu jugak aku gigih bangun pukul lima pagi sebab nak masak nasik lemak. Entah mana datang gila tetiba teringin nak makan nasik lemak pulak tu kan, makanya pepagi tu masak la sambal tumis udang dan rebus telur (yang jadi separuh masak je) serta tanak nasik atas dapur kayu. Alhamdulillah nasik lemak Janggel berjaya disiapkan dalam tempoh 2 jam.

Operasi mencandat udang dalam kuali
Hidangan tersedia...cukup le untuk 6 orang mankan...
Seperti biasa, rumah aku jadi port tempat letak kereta-kereta semua sebab parking free dan berbumbung. Kak Coco datang ambik aku dan Pae pagi tu dan kami terus pecut menuju ke RnR Genting Sempah. Nasib baik tak ada kejadian sesat sampai ke Dengkil oleh Pae demi mencari rumah aku yang terletak di pelusok Putrajaya tu. Alhamdulillah.

Maka, dalam pukul 10.30 pagi macam tu kami pun sampai di RnR Genting Sempah, berkompol dengan satu lagi kereta yakni kereta MasMZ yang ditumpang oleh Na, Cawan dan Aqilah. Kami singgah untuk breakfast, makan la nasik lemak dan kuih keria Mak Jah. Tak de la nak lepak lama-lama kat situ memandangkan perjalanan masih jauh.

Singgah breakfast dulu....
Aqilah hantu kuih keria hahahaha.
Simpan sikit buat makan tengahari hikhikhik.
Lepas siap sarapan, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Jerantut. Sebenarnya sorang pun tak tau jalan, kereta MasMZ pulak lenyap entah diorang ikut jalan mana pun tatau. Maka terkulat-kulat la tengok peta, tengok nak keluar exit mana, sampai mana semua blur... alhamdulillah nasib perjalanan lancar dan tak ada sesat-sesat.

Lawa pulak signboard ni kaler pepel.
OK sampai dah Kuala Tahan.
Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 1.30 tengahari. Fuh panas weh masa tu, terus tuju ke kedai Madi. Siapa pulak Madi ni? Madi ni adalah pemandu pelancong yang kami dah appoint awal-awal dari KL dan jugak merupakan kawan kepada MasMZ. So senang la, semua arrangement kat Kuala Tahan ni telah diuruskan oleh Madi. Kami singgah dulu kat kedai Madi dan makan tengah hari. Lepas makan kami di bawa balik ke Chalet dan check in.

Makan tengahari dulu.
Ni la kedai Madi tu.
Lepas makan kami check-in.
Best jugak chalet ni, murah je. Kami ambik 2 dorm di mana satu dorm ada lima katil. Yang paling best chalet ni ada wifi! Hahahaha lega. Rasa cerah sangat dunia bila tau berita ni. Eh lupa nak bagitau, nama chalet tempat kami sewa untuk 3 hari 2 malam ni adalah Mahseer Chalet, Kuala Tahan. Untuk info lanjut mengenai Mahseer Chalet boleh rujuq di FB mereka di SINI. Cari kat TripAdvisor pun ada. Harga untuk satu malam penginapan di dorm yang kami sewa adalah RM 15 saja. Murah nak mampus kan? Dah la bilik ada AC!!! 

Red Mahseer Chalet (8 Units)
Red Mahseer Room with AC (4 Units)
Red Mahseer Hostel
Contact Person: Mr. Nasiron
Emel: mahseerchalet@gmail.com 
Contact Info: 0193832633 / 092662563

Posing dulu depan chalet.
Belakang tu hostel kami.
Kawasan chalet.
Tempat lepak berjemaah, wifi kuat kat sini heheh.
Keadaan dalam dorm.
Ok selesai urusan check-in, kami pun tak sempat nak relax-relax... Madi dah pesan suruh standby untuk aktiviti Rapid Shoot petang ni. Apekebenda ntah Rapid Shoot tu? Dia pesan supaya pakai pakaian yang boleh masuk air. Aqilah pun dah standby dengan baju Vietnam dia dan siap tayang dia punya sandal Hello Kitty yang baru dibeli. Bukan main lagi diva kecik sorang ni.

Kami diminta berkumpul di jeti Kuala Tahan petang tu jam 3.00. Jarak antara jeti Kuala Tahan dengan Mahseer Chalet ni tak jauh, jalan kaki dalam 10 minit saja dah sampai. Tapi kena la gigih turun dan panjat tangga. Sepanjang tebing Sungai Tahan dan Sungai Tembeling tu ada banyak restoran terapung, so tak payah nak risau pasal makan.

Sign Board masuk ke Taman Negara.
Aqilah pon dah tak sabar tu.
Restoran-restoran terapung. Hujung seberang sungai tu adalah Mutiara Taman Negara Resort.
Sampan-sampan yang bakal kami naik.
Tempat berkompol.
Sempat lagi tu posing....muka cuak. hahaha.
Kami kemudian di bawa menaiki bot panjang, nasib baik muat sumbat tujuh orang satu bot. Risau jugak kalau-kalau tersangkut bot tu kat tengah sungai, mau kena turun pastu angkat bot, sebab sungai sekarang tengah cetek akibat musim kemarau. Tapi alhamdulillah, takda kejadian kene angkat bot, rasanya tak cukup gagah lagi kot nak angkat bot bagai.

Kemain masing-masing menghayati keindahan alam.
Menyelfie dulu... (eh ada ke?)
Kami di bawa menyelusuri Sungai Tembeling! Punyalah eksaited nak mampus naik bot tu sambil tengok pemandangan sekeliling. Memula tu ingat kami ni dah masuk la dalam Taman Negara, rupanya ada kat sipi-sipi Taman Negara je, belum masuk betul-betul lagi! Hahaha lawak sungguh, belum masuk dah eksaited, tak tau la kalau dah masuk nanti macamana.

Pemandangan hari ni memang superb... tapi air sungai Tembeling ni keruh la pulak.
Ramai pelancong silih berganti.
Sepanjang tebing Sungai Tembeling tu ada banyak perkampungan Orang Asli. Sebenarnya boleh je kalau nak singgah kat mana-mana perkampungan Orang Asli kat situ dan menderma, tapi memandangkan misi Orang Asli kami dah buat kat Hutan Belum dulu, maka misi kat Taman Negara ni kami fokus pada mandi sungai je hehehe.

Anak-anak Orang Asli tengah mandi manda.
Tu dia arus kemain deras... cuak gak masa ni, peluk kemera ketat-ketat.
Anak-anak Orang Asli tengah main panjat-panjat pokok.
Bot kami ni punyalah meredah jeram bagai, eksaited gila masa tu. Lalu kawasan cetek, lalu kawasan dalam...semua ada. Bila part lalu jeram tu rasa macam naik water rafting yang kat Sungkai tu pulak (paduhal ko tak pernah naik pun white water rafting tu). Sampai di hujung, bot kami berpatah balik dan singgah di satu tebing. Kat situ ada banyak lagi bot yang singgah, dan ada ramai yang tengah mandi manda. Yang paling best adalah aktiviti bergayut di akar pokok dan terjun dalam sungai! Sumpah weh best, pestaim kot aku gayut-gayut macam tu walau hanya jatuh di gigi air hiks. Sorang demi sorang dipaksa bergayut, termasuklah Kak Koko dan Pae. Jangan memain, walau pun tak terjun dalam air, terjun atas pasir tepi gigi air pun bolehla...hahahaha.

Lama jugak lepak-lepak mandi sungai kat situ. Sungai Tembeling tu kat tepi-tepi je cetek, bila kat tengah sikit terus menjunam dalam. Scary la jugak, nasib baik terer buat kuak lentang. Aqilah pulak, memula tu bukan main tak nak masuk sungai, takut ada buaya katanya... tapi bila dah masuk terus taknak keluar pulak. hehehe. Ada la satu kejadian tu, sebelum kami semua turun bot nak ke tebing sungai, tetiba bot bergegar dan ada bunyi benda jatuh dalam sungai! 

PANIKKKK!!! Adakah gempa bumi berlaku????

Rupa-rupanya Pae jatuh dalam sungai! Hikhikhik cemana tu? 

Kisahnya Pae tanya kat abang drebar bot, dalam ke sungai tu? Abang drebar bot tu pun kata cetek je tak dalam. Dengan kompidennye Pae pun melangkah la keluar dari bot tanpa perlu lalu ikut depan bot... hah ambek ko, hulur kaki je terus tak jejak tanah! Cetek katanya apa lagi, gedebush la buat kuak lentang dalam sungai tepi bot tu... nasib baik tak dengan beg kemera bagai. ops sorry Pae, tercerita pulak.

Errr napa Pae ada kat dalam sungai tu lebih awal????
Terjun baek punya!!!
Gayut lagi, gayut!!!
Dah selesai mandi sungai (walaupun tak puas sebenarnya), kami pun balik semula ke Jeti Kuala Tahan. Sampai di jeti, perut pun dah lapar, maklumla semua jenis kuat makan... kami pon pergi ke salah sebuah restoran terapung yang ada kat tepi-tepi tebing tu. Pilih je la mana-mana restoran yang korang suka. Alhamdulillah, harga makanan kat situ pun quite reasonable jugak, takda lah mahal sangat.

Dah sampai jeti, jom cari makan petang.
Akhirnya kami makan kat restoran ni.
Kami pun lepak minum-minum petang dalam kebasahan, tak dan nak tukar baju terus cari makan ni. Petang tu kami balik semula ke chalet (terkinja-kinja sebnarnya sebab nak kejar wifi heheh). Sebelah malam tak ada aktiviti, kami hanya lepak kat chalet sebab penat. Kononnya nak buat aktiviti night safari, tapi sebab penat sangat seharian berjalan, maka kami tangguhkan dulu aktiviti night safari ke malam esok. So malam tu, Madi bawak kami keluar makan di satu food court tak jauh dari jeti. Katanya kat situ lagi murah dan ok kualiti makanannya. Aku ikut je la dah orang nak bawak kan.

Lepas makan, kami balik semula ke chalet dan berehat. Ada jugak yang cuba nak ambik gambo bintang, entah jadi ke idak entah...tak nampak pun hasilnya. hahahaha.

Ok nanti aku sambung kisah di hari kedua pulak.

...bersambung.

WASSALAM.

29 comments:

  1. Wah... Tour itu berapa harganya? Macam best je

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah saudara. Seronok bc entry saudara ni membuatkan saya nak pegi jugak taman negara ni. InsyaAllah akan menjadi rujukan saya nanti.

    ReplyDelete
  3. best gak eh..masuk hutan..dah lama tak buat aktiviti mcm ni..

    ReplyDelete
  4. best gak eh..masuk hutan..dah lama tak buat aktiviti mcm ni..

    ReplyDelete
  5. oh maiii.. ade gambar bukti... bagaimana boleh ade.. hahahahaha. aku tiap kali teringat mesti gelak sendiri... lawak tul..

    ReplyDelete
  6. terkinja -kinja dgn WIFI tu yang tak dapat nak selamatkan
    dah semua tergedik2 upload status

    hahaha....

    *cepat like...like!!*
    sempat pulak ada gambo bukti pae masuk sungai awal dari kami?

    ReplyDelete
  7. Cerita gempa bumi tu tak boleh tahan hahahaa.. kesian pae huhuhuu :D

    Tak rasa rugi tak pi taman negara tapi rasa rugi sebab tak dapat makan nasi lemak air tgn tuan janggel :P

    ReplyDelete
  8. omai pae!!..xpe xpe anggap buat senaman selam dulu...thehe..cam best ja sambal tu!! cam best ja..

    ReplyDelete
  9. yeaaay aqilah dimana mana..dia yg paling fames antara semua :P

    amboi..tergugat tengok sambal udang tu lagi tergugat sebab lelaki yang masak!

    sesekali aktiviti macam nie memang best, teringat zaman kecik2 mandi sungai cengitu lah gayanya..bergayut di tali terus terjun dlm sungai

    ReplyDelete
  10. vavavvaaa..mula2 nak komen makanan dulu..wooww masak pkai magik pan rupanya...timun pun cantik dipotong..kalu aku jangan harap lah!!hahaha..kulit pun aku bior je tau!hahahha..bagus la ibunda ros dah turunkan ilmu yg baik..heheh..

    Kalu nak masuk taman negara kena ada guide ke?

    ReplyDelete
  11. vavavvavaaa..nasi lemak tuu...bravoo... kalu nak masuk taman negara mesti ada tukang guide ke?

    ReplyDelete
  12. MKL:

    Tour tu seperti yang saya nyatakan kat atas, bayar sorang RM210 je (excluding makan dan duit minyak kereta)

    ReplyDelete
  13. John:

    Walaikum salam...Dah study ke? Yakin boleh lulus? AWAS!

    ReplyDelete
  14. Norh:

    Sesekali kene la berharmoni dengan alam sekitar ye dak, bukan asyik nak mengagung2 kan negara orang heehe.

    ReplyDelete
  15. Pae:

    Sementelaah ko jatuh tu, aku terus tala kemera kat lokasi kejadian ok! Hahahaha.

    ReplyDelete
  16. Kak Anash:

    Kannnn, wifi ibarat nyawa gitew.

    Bukti mestilah ada, hehehe.

    ReplyDelete
  17. TT:

    Erk saya tak pandai masak.

    Sekian. hahahaha

    ReplyDelete
  18. Miss:

    Pae kata dia buat QC, tengok sungai tu ok ke tak untuk kami mandi.

    Sambal udang tu memang sedap, tengok la sapa yang masak! Hahaa

    ReplyDelete
  19. Mrs Smile

    Aqilah adalah maskot blog ni hahahaha. Tetibe.

    Sambal udang tu biasa-biasa je, diorang tu yang puji lelebih hahaha,

    Seronok kalau masuk hutan ni, tenang dan segar. Pastu boleh eksesais hehe.

    ReplyDelete
  20. Beautifullife:

    Hahahah dah lama tak buat potlak tu yang gigih nak memasak tu. Bangun pun awal, siap pegi pasar lagi tau beli udang! Hahahaha.

    Nak masuk tu sebaik-baiknya ada guide sebab dia nak uruskan permit masuk ke Taman Negara

    ReplyDelete
  21. salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  22. Salam Ren,

    Wah sejak dua menjak ni memang eco tourism habis ya... Syiok eh..? Besar dah Aqilah..Ada gak nampak2 die bila baca blog mamanya... dulu kecik je...Bila balik kg tu, nampak2 ja signboard Hutan Royal Belum melambai2... he..he.. tp x pernah p lg...

    ReplyDelete
  23. Ingin juga merasa pengalaman ke taman negara ni... tapi takde member yang berminat...

    Baca pengalaman Ren pun cukuplah...hehe

    ReplyDelete
  24. Rose Azadir:

    Salam kenal juga. Terima kasih kerana sudi baca blog saya!

    ReplyDelete
  25. Farikica

    Eco je la yang termampu huhuhu. Ha apa lagi boleh la singgah Royal Belum lepas ni :)

    ReplyDelete
  26. Mie:

    Insua Allah satu hari nanti Mie pun boleh merasai pengalaman tu.

    Heheh baca blog ni tak sama macam pegi sendiri

    ReplyDelete
  27. Salam. Hee sungguh seronok masuk hutan taman negara.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS