2014-06-26

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan, so apa pencapaian korang setakat setengah tahun 2014 ni? Ada yang dah menambah ahli keluarga, yang menambah harta, yang menambah kengkawan dan macam-macam lagi ye tak? Yang penting, hidup mesti diteruskan. Pedulikkan apa orang nak cakap, jagan susahkan hidup orang sudah. 

Ok ayuh sambung kisah di Taman Negara Pahang. (Orang lain dah habis buat entry Taman Negara ni, aku still tak habis-habis lagi. Entah la, kalau ada yang sudi nak baca.... silalah)


Ok kalau di sebelah pagi dah gigih memanjat di canopy walk, sampai pecah-pecah kemera, so sebelah petangnya pulak merupakan masa yang paling aku tunggu-tunggu. Masa untuk menyelusuri Sungai Tembeling, menyaksikan pemandangan indah yang aku impikan sejak sekian lama! (ewah ayat tak boleh blah!). Kalau sebelum ni asyik tengok dalam kalender je gambo-gambo cantik kat taman negara tu, lalu tengah sungai sambil tengok canopy taman negara, tapi kali ni kompom aku dapat tengok live depan mata (drama!)
NOTA: Kos untuk naik sampan di Sungai Tembeling menuju ke Kelah Sanctuari adalah RM 60 / orang. 
Ok kami berkumpul di Jeti Kuala Tahan tengahari tu dalam jam 2.30 petang. Masa tu Madi dah pesan suruh bawak pakaian untuk mandi sekali. Huish dah gigil-gigil sebenarnya nak mandi sungai, sebab masa mandi sungai semalam tak puas, sekejap sangat. So macam biasa kami tunggu bot yang madi sewa untuk kami di jeti.

Tempat berkompol.
Eksaited baqhang!
Kami akan naik dua bot, actually sampan sebenarnya sebab satu sampan hanya boleh naik 3-4 orang saja. Katanya aras air sungai tengah cetek sekarang ni, so kalau naik ramai-ramai nanti bontot tenggelam, kena pulak turun sungai angkat sampan kalau tersangkut kat batu. Maka sebab tu la kami naik dua sampan,

Ayuh mulakan perjalanan!
Fuyuhhhhh!
So perjananan pun bermula, gila teruja masa naik sampan tu, masuk je kat kawasan Sungai Tembeling tu, mulut tak henti-henti cakap "whoaaaaa!!! ....whoaaaa~!" eh silap "subhanAllah~" sebab sangat kagum bila tengok pokok-pokok besar yang terjulur-julur kat sungai, lepas tu redah jeram, rempuh kayu-kayu mati...tunggul-tunggul pokok semua lah! Memang best dan terasa macam kat Hutan Amazon! Hahahaha berangan, kengkonon nak pegi Hutan Amazon kan, tapi hakikatnya kita berada kat Malaysia! Yes our own Taman Negara!.

Whoaaaa~!
Macam kat Hutan Amazon! (macam ko penah pegi je kan?)
Yang baju kuning kat depan tu jurumudi sampan kami.
Kalau sampan sangkut kat batu dia lah yang tolong tolakkan. 
Dia sentiasa standby dengan kayu tu.
Subhanallah...aku terharu tengok pemandangan camni hiks
Kami di bawa ke kawasan hujung, di mana sampai situ je sampan boleh sampai. Sebab kat sebelah atas tu dah jeram besar dan ada batu-batu besar. Katanya kat situ ada Lata Berkoh, nak ke Lata Berkoh kena pulak berjalan kaki buat jungle trekking dalam 20 minit. Menurut Madi, sekarang ni kawasan Lata Berkoh tengah diserang lebah, so kawasan tu sebenarnya ditutup untuk pengunjung. Tapi memandangkan lebah-lebah dah berkurangan, maka kami berkesempatan la menengok kawasan Lata Berkoh tu. Yang gigih mendaki masa tu hanya aku, Cawan, Pae dan MaMZ. Manakala Kak Tansree Coco, Chawana dan Aqilah duduk kat sampan tunggu kami balik.

OK dah sampai Lata Berkoh
Diorang semua park sampan kat sini.
Cendawan muda dan cendawan tua.
Trek nak ke Lata Berkoh tu takda la susah sangat, kebanyakannya landai je, dan memang dah ada laluan tersedia. Tapi memang masa tu lebah banyak berterbangan kat merata-rata. Memula te tensen sangat sebab lebah asyik nak hinggap kat muka, tau la muka aku ni manis kan. Tapi mengenangkan nak jugak tengok macamana rupa Lata Berkoh tu, maka gigih jugak la menapak.

Sampai jugak.
Ada la beberapa group mat salleh dan pelancung India yang kami selisih masa dalam perjalanan, nampak gayanya macam diorang tu beria nak mandi kat situ, siap bawak tuala bagai. Tapi mesti diorang tu hampa sebab banyak lebah dan keadaan Lata Berkoh tu sendiri yang merupakan jeram besar dan agak merbahaya kot bagi aku.

Alhamdulillah sampai jugak la ke Lata Berkoh. Dapat la amik gambar beberapa keping, sebenarnya jeram ni terdiri daripada formasi batuan yang sangat cantik dan mengereng ke satu arah. Kagum jugak la tengok. Dan memang aku takkan nak mandi kat situ pun sebab macam nak bunuh diri je kalau mandi kat situ hahaha (sambil tangan melibas lebah di muka).

Tengok la jeram tu. skeri.
Tapi cantik susunan batu tu kan?
Dalam sepuluh minit je kami duduk amik gambar kat situ, dan lepas tu kami berjalan semula menuju ke sampan. Puas la dapat jumpa apa yang dihajati. Ye la, kalau dah sampai situ, tak jengok memang rugi la kan.

Buat perangai dulu.
Tenang.
Lepas Lata Berkoh, sampan kami berpatah balik dan singgah di Kelah Sanctuary. Tempat beri makan kepada ikan kelah. Tapi sayang sebab air sungai masa tu agak keruh dan sukar nak nampak ikan-ikan kelah berenang-renang ke tepian. Bila campak je makanan ikan (dedak ayam) haaaa hambek ko berdoyon-doyon ikan kelah menyerbu. Dan time tu pun hujan turun la pulak. Tak dapat nak mandi kat Kelah Sanctuary, maka kami dibawa mandi kat satu lagi kawasan yang tak hujan. Hahah hebat kan, hujan dia sekerat-sekerat je, belah sini hujan, sebelah sana tak hujan.

Menuju ke Kelah Sanctuary.
memasing nak menembak.
Mendung pulak petang tu.
Ni la jurumudi kami!
OK time ni kene peluk kemera ketat-ketat.
Ok dah sampai Kelah Sanctuary.
Ada platform disediakan
Macam-macam jenis rupanya.
Naik ke atas platform.
Nampak tak ikannya?
Petang tu memang kami mandi-manda je kat sungai, berkubang ibarat mamalia mendapat air hahaha. Tapi sungai tu cetek sangat, tak boleh nak buat kuak lentang, kuak dada semua la. So duduk je la rendam bontot.

Jum mandi.
Cetek je sungainya.
Sementelaah pemandu sampan duduk bersembang atau mungkin mengumpat kami.
Secara keseluruhan, perjalanan menaiki sampan dari hujung ke hujung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Masa tu boleh la lelayan feeling bebas dari masalah dunia sambil-sambil angin bertiup ke muka. Seronok dan merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Sampai di Jeti Kuala Tahan, kami singgah makan malam pulak di salah sebuah retoran terapung yang banyak terdapat di situ. Sebelah malam nanti kami nak pergi join aktiviti Night Safari!

Nanti aku sambung lagi kisah Night Safari yang tak seberapa tu...huhuh.

WASSALAM.


14 comments:

  1. Bestnya. Really wish that i can go there and explore their beautiful things! Thumbs up!

    ReplyDelete
  2. bestnya....cita-cita sampai taman negara terlaksana sudah...


    hehehehe

    ReplyDelete
  3. Pencinta alam semulajadi katanya...

    Cuaca cantik dan perjalanan pun nampak smooth je...

    ReplyDelete
  4. Sememangnya anda adalah pencinta alam semulajadi...

    ReplyDelete
  5. Pojie

    InsyaAllah boleh pergi punya. Just have fun!

    ReplyDelete
  6. MKL

    Selamat berpuasa buat MKL juga!

    ReplyDelete
  7. Kak Anash:

    Alhamdulillah impian terlaksana!

    BOOM!

    ReplyDelete
  8. Mie

    Alhamdulillah cuaca semasa kami di sana sangat baik :)

    ReplyDelete
  9. baru plan nk g Taman Negara pas raya ni ngan geng2 bas sekolah..tetibe uols dah pergi dulu..weeeee..senang keje den nk buat research gini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayan:

      Hahah senang keje yer. Ha silalah pegi. best!

      Delete
  10. MKL;

    Ish takde la pencinta sangat, biasa-biasa je :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!