Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Emo~ Part II

Semalam aku ke One Utama, dengan hajat nak pegi serang kedai Focus Point yang telah menaburkan janji-janji palsu kat aku sejak 3 minggu yang lalu. Jadi semalam dengan ditemani oleh Deennasour, kami pon bergegas ler ke sana. [Deennasour tengah high sebab dapat motor baru!!!]. Sampai di OU, aku tak buang masa, sebab time tu pon dah dekat pukul 8.30 malam, takut kedai tu tutup pulak. So dengan pengetahuan terhadap penggunaan teknologi mesin pencari data yang banyak terdapat berhampiran tangga, kami pon search lokasi kedai Focus Point.

Oh ya, lupa pulak nak bagitau, ceritanya begini. Tiga minggu lepas, aku telah menempah sepasang cermin mata [eh betol kan penjodoh bilangan tu???] kat karnival Focus Point yang diadakan di ruang legar OU. Masa tu bakan main manis lagi mulut-mulut promoter tu mengayat aku ngan kawan aku. Ye la, nak kan customer la katakan. Aku ditaburi dengan janji-janji manis, senyuman manis awek penjual cermin mata tu, dan macam-macam lagi. Sehingga ada satu dialog yang tak…

Blander Oh Blander

Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, aku terperasan la yang jalan raya begitu lengang dan tenang. Oh apakah ramai manusia yang bercuti sempena DEEPAVALI esok? Adakah ramai kaum India yang tinggal kat kawasan rumah aku nih? Rupa-rupanya hari ini merupakan cuti sekolah. Hahah patutlah jalan lengang!

Yup, kalau time cuti sekolah, aku memang suka giler. Sebab jalan raya akan jadi lengang. Pergi opis, 15 minit dah sampai. Kalau hari-hari biasa, mau makan 25-30 minit jugak untuk sampai ke ofis. Rugi-rugi!! Sepatutnya aku keluar rumah lewat tadi, lepak-lepak minum kopi sambil makan muffin ker, atau pekena fresh oren dengan blueberrycake ker... Huhuh apakan daya semuanya telah terlambat.

Sempena Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu 17 Oktober 2009 ni, aku pon teringin la nak wish kat beberapa orang member yang beragama Hindu, "SELAMAT HARI DEEPAVALI"!!! Oh ya tak lupa jugak kepada makcik-makcik cleaner kat opis aku (kalau diorang ada baca blog aku nih???) yang rata-ratanya Ind…

Janji

Dah masuk minggu ke tiga bulan Oktober. Syawal pun dah tinggal sipi-sipi je, untuk sesiapa yang nak buat open house tu masih sempat la, boleh buat skali dengan Deepavali punya 'open house!' Barulah 1 Malaysia kan??? (In terms of Majlis rumah terbuka ya, tak nak sentuh soal lain, kang tak pasal-pasal jadi isu plak).

Ok, cukuplah pasal open house. Terus terang aku cakap, semua jemputan open house tahun ni aku tak dapat datang sebab setiap kali member-member buat open house, ada saja hal yang aku tak boleh elakkan. Hmmm apa boleh buat, dah tak ada rezeki. InsyaAllah kalau korang buat lagi tahun depan, dan kalau dipanjangkan umur, aku akan hadir (juga tertakluk kepada keadaan ketika itu nanti).

Ada satu perkara yang memebelenggu aku semenjak dua menjak nih. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang pernah mengalami apa yang aku alami. Apa perasaan anda bila perkara-perkara di bawah ini berlaku pada diri anda:-

Situasi 1.

Bila seseorang telah mengatur janji dengan kita, tapi janji ters…

Projek Teater: Muzikal Gamat ~Kiutnya Gamat tu!!!

Akhirnya setelah menunggu selama 3 bulan, semalam tiba jugak hari Finale pementasan Teater Gamat di Istana Budaya. Tiket dah beli sejak 3 bulan lepas [thanks to Kaki Jalan sebab tolong membelikan tiket guna kad kredit dia memandangkan kad kredit aku dah expired ketika itu harharhar]. So, semalam, dengan pantasnya selepas waktu pejabat, aku bergegas menjemput "deennasour" juga yang sama nak menonton Teater Gamat ni. Naseb baik jalanraya tak jem teruk, alhamdulillah sampai di Istana Budaya agak awal. Sempat lagi kami mencekik kat kedai seberang jalan depan IB tuh..Sedap gak makcik tu masak.

Teater Gamat yang digembar-gemburkan tersangat best tu sememangnya best! Ada kanak-kanak yang comel-comel, ada kostum-kostum yang menarik dan lagu-lagu yang mencuit hati dan sedap didengar [adik-adik yang nyanyi koir tu pun cun-cun belaka...untung aku duduk depan stage boleh ushar-ushar!!!;p]. Pendek kata, penuh warna-warni dan ceria. Sesuai la untuk kanak-kanak menonton. Memang malam tu po…

Sesuatu Yang Baru~(ahh....aku 'high' dengan benda tuh!)

Hujung minggu lalu, sekali lagi aku ditinggalkan seorang diri di rumah. Maklumlah, 2 orang housemate tu semuanya ada hal masing-masing, lagipon kampung halaman diorang pon dekat jer. Jeles!!!!

Pagi-pagi Sabtu, aku bangun awal. Cuaca pulak baik hari tu. Tetiber pulak datang rajin aku nak mengemas bilik. Sebenarnya aku ni fobia nak kemas bilik sejak insiden terbuang 'memory card 4 GB'handphone aku dulu!!! Tapi kali ni dengan penuh berhati-hati aku mengubahsuai semuala bilik aku. Alhamdulillah, nampak kemas dan lapang la pulak? hehehe sampai sakit-sakit jugak pinggang aku mengangkat almari dan katil. Berbaloi.

Lepas habis mengemas, aku bersiap-siap. Hari Sabtu tu, sememangnya aku dah plan nak pergi ke Plaza Low Yat[hmm entah betol ke ejaan macam ni???]. Aku nak pergi survey barang. Dah lama aku idamkan nak beli benda alah tu. Sampai tempat tu, bermulalah kisah pencarian sebuah kemera digital yang baru. Lama jugak aku duduk kat Plaza Low Yat tu, dari jam 12 sampai ke pukul 5 petang.…

PapaDom: Dimensi Baru Filem Melayu

Aku tertarik untuk mengulas pandangan aku terhadap sebuah filem Melayu yang aku tonton bersama rakan-rakan semalam, PapaDom. Uniknya PapaDom adalah pada tajuknya. Siapa sangka sejenis makanan yang popular dimakan bersama Nasi Kandar mampu menceritakan perjalanan hidup seorang pengusaha Nasi Kandar yang taksub dengan kasih sayang terhadap anak gadisnya yang satu. Itu jugalah yang menarik perhatian aku untuk terus melekat di kerusi panggung sehingga ke akhir cerita.

PapaDom mengisahkan seorang lelaki bernama Saadom (Afdlin Shauki) yang tekad memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga terkorban masa bersama keluarga. Seringkali dia terlepas saat-saat penting dalam sejarah hidup anak tunggalnya Miasara (Liyana Jasmay). Sehinggalah pada suatu hari, isterinya Munirah (NurKhiriah) terkorban dalam satu kemalangan jalan raya ketika menghantar anaknya ke sekolah. Kematian Munirah merupakan satu tanparan hebat kepada Saadom, sekaligus merubah kehidupannya daripada mementingkan kerjaya kepad…

@Dilema

Dalam hidup ini, kita selalu kena buat pilihan yang tepat terutamanya dalam mencapai sesuatu keputusan. Kadangkala keputusan yang kita perlu buat itu akan mendatangkan mudarat atau ketidakselesaan kepada orang lain. Tapi kita terpaksa juga melakukannya.

Atau, kadangkala, kita perlu memilih untuk mengorbankan sesuatu, bagi memberi laluan kepada sesuatu yang lain. Semua itu perlu mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya sebelum ianya dimuktamadkan. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Seringkali juga aku salah dalam membuat pertimbangan dan akhirnya keputusan itu mendatangkan musibah @ mudharat kepada diri aku. Tapi apa boleh buat, semua benda yang sudah berlaku tidak mungkin boleh berulang lagi. Apa yang mampu aku lakukan hanya menjadikannya iktibar agar ianya tidak berulang di masa akan datang.

Kalau difikirkan balik ke atas setiap keputusan yang penah aku lakukan sebelumini, satu yang dapat aku simpulkan, semuanya berdasarkan pengaruh dan kata hati yang k…

Letih @ Penat @ Capek

Semalam, sejurus selapas pulang dari kerja, aku rasa mata ni berat giler. Asyik nak terlelap saja. Penat dia mengalahkan orang bekerja membanting tulang 4 kerat kat sawah padi! Huhuhuhu tak boleh blah betol. Lalu sampai je rumah, aku terus kebabom terjun atas katil. Hasrat hati nak tidor sebentar sementara tunggu kawan-kawan serumah pulang. Tapi akhirnya aku boleh pulak terlena sampai ke pagi! Adoiiiii ngeri betol aku nih~ Naseb bek tak tidur terus!!! (Ngeri~!)

Bile aku fikir-fikir balik, kenapa kalau dah time balik kerja memang perasaan malas, mengantuk dan penat terlampau sering berlaku. Kalau dulu, rajin jugak aku pergi beriadah petang-petang, paling tidak pon ada saja aktiviti yang dirancang seperti tengok wayang la, lepak-lepak dengan kengkawan la dll. lagi. Tapi sekarang ni, semua tu dah jadi tak penting, yang pasti kalau balik kerja saja aku akan terus balik ke rumah dan tidor~ Huhuhu memang tak sihat lagsung. Aku rasa antara faktor yang menyebabkan keletihan melampau itu adalah…

Sengkek

Tidak semua benda yang dirancang selalunya menjadi. Dan tak semua yang berlaku itu menggembirakan, kadangkala ada yang memeranjatkan juga. Aku percaya ramai yang pernah mengalami situasi sebegitu.

Minggu-minggu selepas raya ni, macam-macam perkara pulak yang berlaku. Yang pastinya, ada dikalangan kita yang menepuk dahi (terutamanya kakitangan Kerajaan la kot) sebab duit gaji dah tinggal ciput. Almaklumlah, gaji masuk awal sebelum hari raya tempoh hari. Sekarang ni pulak masing-masing tengah pikir macamana nak dapatkan duit tambahan. Ada yang start berniaga semula, jual kain, tudung, baju dll. Ada juga yang ambik upah buat part time job, contohnya jadi photographer sambilan, menjahit pakaian, memasak dll.

Aku pon sebenarnya time ni agak sengkek jugak la. Tapi mujurlah aku telah mengambil langkah berjaga-jaga. (walaupun tak berapa nak berjaya). Duit gaji yang masuk awal hari tu, cepat-cepat aku transfer ke akaun lain dengan harapan aku tak menggunakannya. Alhamdulillah teknik tersebut be…

Lagi, Lagi dan Lagi~ Jom!!!

Masih cerita tentang bulan Syawal. Rata-rata sana-sini masih ramai yang dijemput menghadiri rumah terbuka, yang buat rumah terbuka pon ramai gak, yang kawin pon ramai juga termasuklah yang nak bertunang pon ada. Semua berebut-rebut nak berlangsung dalam bulan yang mulia nih. Alhamdulillah..cari keberkatan agaknya.

Minggu lalu, salah seorang makcik aku yang rumahnya di sekitar Lembah Kelang juga, telah menjemput aku sekeluarga menyertai rombongan meminang untuk anak terunanya (teruna ker???weakakaka). Jadi sebelum tiba hari tersebut, aku dah berangan-rangan dah nak beraya rumah saudara mara dan berkumpul bersama sepupu-sepupu sengalz aku tu sejak hari isnin lagi. Sepanjang minggu macam-macam aktiviti yang aku dah plan sampai kerja kat opis pon tak berapa lalu nak buat. hehe. (mood raya masih menebal)

Tiba hari Jumaat, aku terpaksa pulak ke Melaka, sekali lagi sebab ada kerja di sana. Adoiii spoil my mood la. Dah ler jauh, hari Jumaat pulak tu! Aku dah plan kengkononnya hari Jumaat lepas …

Kisah Raya Janggel~

Sedar tak sedar, hari ini telah masuk hari ke 12 menyambut Syawal 1431H.Alhamdulillah, aku diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Cukup Meriah!! Sudah pasti ramai di antara teman-teman aku juga turut merasai kemeriahan Lebaran saban tahun.

Seperti biasa, bila tiba time nak balik kampung untuk beraya, pasti aku yang menjadi orang terakhir yang akan meninggalakn rumah. Dua orang housemate??? awal-awal lagi dah bercuti dan pulang ke kampung! Semangat giler! Aku pulak tahun ini hanya pulang kekampung 2 hari sebelum hari Lebaran tiba. Fuh naseb baik jalan raya tak jem! Alhamdulillah~ Sejurus lepas berbuka puasa, ditemani hujan yang sangat lebat ketika itu, aku pun bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Dalam hati, risau. Risau lambat sampai ke rumah. Dah la semua yang aku plan hari tu tak menjadi. Nak pergi basuh kereta...Fullhouse!!! Siap abang kedai cuci keter tu merayu-rayu mintak aku balik ...hmm aku paham dia pon penat, berpuasa d…