Tidak semua benda yang dirancang selalunya menjadi. Dan tak semua yang berlaku itu menggembirakan, kadangkala ada yang memeranjatkan juga. Aku percaya ramai yang pernah mengalami situasi sebegitu.
Minggu-minggu selepas raya ni, macam-macam perkara pulak yang berlaku. Yang pastinya, ada dikalangan kita yang menepuk dahi (terutamanya kakitangan Kerajaan la kot) sebab duit gaji dah tinggal ciput. Almaklumlah, gaji masuk awal sebelum hari raya tempoh hari. Sekarang ni pulak masing-masing tengah pikir macamana nak dapatkan duit tambahan. Ada yang start berniaga semula, jual kain, tudung, baju dll. Ada juga yang ambik upah buat part time job, contohnya jadi photographer sambilan, menjahit pakaian, memasak dll.
Aku pon sebenarnya time ni agak sengkek jugak la. Tapi mujurlah aku telah mengambil langkah berjaga-jaga. (walaupun tak berapa nak berjaya). Duit gaji yang masuk awal hari tu, cepat-cepat aku transfer ke akaun lain dengan harapan aku tak menggunakannya. Alhamdulillah teknik tersebut berjaya. Tapi kalau dah tak pandai nak bajet, boleh terguna jugak duit tu...hehehe maklumlah, Hari Raya kan. Macam-macam benda kena pakai duit. Nak travel lagi, beli barang-barang lagi dan sebagainya.
inilah hakikat hidup seorang pemakan gaji. Sentiasa memerlukan ruang untuk hidup. Apa yang penting, kena pandai manage pendapatan kita supaya tidak sesak di kemudian hari. Tapi teknik yang kita nak gunakan tu jugak perlulah berbaloi. Disiplin diri jugak penting. Kalau tak, ko pindah la duit tu kat akaun mana pun, tetap jugak habis!!!
PEACE! Beringat sebelum kena.
janggel ; sengkek itu ade kebaikannye,tapi berpada2lah..hihi ;p
ReplyDeleteYup..tu la namanya sengkek bertempat! hahahha
ReplyDeletehahah.
ReplyDeletesituasi yg sama berlaku ngan aku.
sengkek dah ni bro..
ade wang lebih utk dikongsi? :D
bro Nuke~
ReplyDeleteAha! biasa la kan..tambah2 lepas-lepas raya memang waktu sengkek!
Uhuk wang lebih?? ngak ada...mau cari siapa yang mauk sponsor hehehe.;p
jom keje part time..aku pun tgh sengkek..lagi2 lps excident aritu..adoi..
ReplyDelete@:: Alif :: Dal :: Mim ::
ReplyDeleteJom..Jom..aku boleh mencuci, mengemas, dll lg.... huhuuh
tu laa
ReplyDeletetido petang byk sgt lemau jd bdn
HUHUHU~
tp apekan daya kan penat
Fik=
ReplyDeletehahaha apsal mcm salah entry jer nih???
mmg dah lemau sgt dah ni agaknyer kekeke~