Semalam, sejurus selapas pulang dari kerja, aku rasa mata ni berat giler. Asyik nak terlelap saja. Penat dia mengalahkan orang bekerja membanting tulang 4 kerat kat sawah padi! Huhuhuhu tak boleh blah betol. Lalu sampai je rumah, aku terus kebabom terjun atas katil. Hasrat hati nak tidor sebentar sementara tunggu kawan-kawan serumah pulang. Tapi akhirnya aku boleh pulak terlena sampai ke pagi! Adoiiiii ngeri betol aku nih~ Naseb bek tak tidur terus!!! (Ngeri~!)
Bile aku fikir-fikir balik, kenapa kalau dah time balik kerja memang perasaan malas, mengantuk dan penat terlampau sering berlaku. Kalau dulu, rajin jugak aku pergi beriadah petang-petang, paling tidak pon ada saja aktiviti yang dirancang seperti tengok wayang la, lepak-lepak dengan kengkawan la dll. lagi. Tapi sekarang ni, semua tu dah jadi tak penting, yang pasti kalau balik kerja saja aku akan terus balik ke rumah dan tidor~ Huhuhu memang tak sihat lagsung. Aku rasa antara faktor yang menyebabkan keletihan melampau itu adalah, bila kite berada di pejabat, kita menggunakan sepenuh tenaga untuk menahan diri daripada mengantuk, dan menjalankan kerja-kerja (mana la boleh nak tidor-tidor kat opis kan melainkan pada waktu rehat). Jadi keseluruhan tenaga yang digunakan itu adalah secara maksima walaupun kita berada dalam keadaan yang sangat letih. Sebab itu bila habis sahaja waktu kerja, otak kita disetkan untuk menerima kelegaan daripada menanggung kesengsaraan itu dan hasilnya ...keletihan terlampau yang ditahan-tahan terpaksa diubati dengan tidur~
Tidup petang memang tak elok sebenarnya, tapi kalau dah letih tahap gaban adakah anda mampu menahannya lagi??? Kadang-kadang ada yang kata, "ko ni mengalahkan orang keje kat site pulak. Padahal duduk kat opis je~" Ha korang tak tau, sebenarnya bila duduk kat opis tu, dalam keadaan statik pulak, menahan diri daripada terlena dan memerah otak memikirkan penyelesaian kepada kerja-kerja yang berlambak, sebenarnya adalah lagi membebankan kepala otak kita. Sebab itu letih dia semacam aje (siapa setuju?). Lagi satu, aku ni pulak bukan jenis tidur siang (waktu lunch)...
Kesimpulannya, jangan cakap orang kejer membanting tulang 4 kerat jer yang letih bekerja, orang kejer kat opis pon letih jugak! (erk betol ke falsafah aku ni?? bedal saja lah~ itu yang aku rasa).
Lepas ni..kalau ada sesiapa yang nak ajak buat aktiviti petang, ajaklah aku..kalau aku free la....Nak elakkan tidur hahahahah.
PEACE ~
janggel ; mmg tido petang ta baek,dgr if tido petang sentiasa selama 40 hari berturut2 boleh jadi gile! hihi
ReplyDeletekeje kat opis same ar cam kitaorg yg stil blaja nih,statik je,klu kelas tuh happening bolehlah gelak2,klu tak,mamailah jawapnyer ;p
ermm,btw,ambil mase tuk g beriadah,klu tak stress sgt plak,terjejas produktiviti keje,hehe! XD
wahh,aku cm dr. fadzilah kamsah dah XD
zAYEr:
ReplyDeleteHahahha takdelah aku tido 40 hari berturut2...takut gak kang giler susah pulak.
Tengah cari teman beriadah..kakakak cam lawak jer bunyiknya...
Tq bagi nasihat yg sangat berenas.
Tido aje. Kang naik badan ko tu.
ReplyDeleteDr. House:
ReplyDeleteMemang dah naik dah pon....;p
HAHA!
ReplyDeletetahu xper
tido petang lemah badan jd
tu yang jd nak tido jee
;)
Fikri:
ReplyDeleteHahahaha memang letih badan pon.. rasa mals jer..rasa nak terus jer guling2 atas katil ... tambah2 kalau ada bantal peluk.tu lagi best! ;)
wa..dan xhijau lagi la..da lain la template die..azam baru ke?hehe
ReplyDeleteHiroshi:
ReplyDeletedah taknak dok dalam hutan dah..dok umah papan plak..
tapi nanti bile ada rejeki lebih..nak pindah umah batu plak. kekekeke~
tu namanya peningkatan.
haha. entri ni aku suka.
ReplyDeletesbg sorg pekerja yg duduk dlm ofis yg sejuk, aku bstuju ngan ko bro! haha. penat dowh mnahan ngantuk dan kebosanan mngadap pc.
Nuke_Rude:
ReplyDeleteYup betol! Kalau yg lain tak pcaya, try la keje dlm ekon dan mengadap PC macam kiter kan??