2009-10-09

PapaDom: Dimensi Baru Filem Melayu

Aku tertarik untuk mengulas pandangan aku terhadap sebuah filem Melayu yang aku tonton bersama rakan-rakan semalam, PapaDom. Uniknya PapaDom adalah pada tajuknya. Siapa sangka sejenis makanan yang popular dimakan bersama Nasi Kandar mampu menceritakan perjalanan hidup seorang pengusaha Nasi Kandar yang taksub dengan kasih sayang terhadap anak gadisnya yang satu. Itu jugalah yang menarik perhatian aku untuk terus melekat di kerusi panggung sehingga ke akhir cerita.

PapaDom mengisahkan seorang lelaki bernama Saadom (Afdlin Shauki) yang tekad memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga terkorban masa bersama keluarga. Seringkali dia terlepas saat-saat penting dalam sejarah hidup anak tunggalnya Miasara (Liyana Jasmay). Sehinggalah pada suatu hari, isterinya Munirah (NurKhiriah) terkorban dalam satu kemalangan jalan raya ketika menghantar anaknya ke sekolah. Kematian Munirah merupakan satu tanparan hebat kepada Saadom, sekaligus merubah kehidupannya daripada mementingkan kerjaya kepada seorang yang sangat protective terhadap anak tunggalnya itu. Setiap gerak geri Mia dibayangi Saadom, sehingga tiada ruang kosong di antara mereka. Situasi ini berterusan sehinggalah Mia memasuki Universiti di Kuala Lumpur. Setelah berjanji yang dia tidak akan mengganggu anaknya di Universiti, Saadom nekad dengan perancangan-peancangan rapi, menyamar sebagai seorang tukang kebun Universiti, semata-mata mahu memastikan anaknya sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam perjalanan hidupnya.

Di situ jugalah munculnya watak-watak Mat (Que Haidar), Shasha (Scha), Hisham (Farid Kamil) dan Prof. Balqish (Vanidah Imran). Watak-watak ini yang mewarnai cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Saadom dalam melindungi anak kesayangannya itu sehinggalah rahsia penyamarannya terbongkar akibat satu insiden yang sangat menyentuh hati dan perasan.

Apa yang aku lihat?

  1. Nilai kasih sayang yang padu daripada seorang ayah. Aku sedikit tersentuh dibabak-babak akhir cerita kerana para pelakon berjaya membawa watak dengan baik sekali. Tetiba aku terkenang ibu dan ayah di kampung.

  2. Jalan cerita yang lancar dan santai. Tiada aksi-aksi terlampau oleh setiap pelakon. Masing-masing mempunyai idea tersendiri dalam mengolah skrip dan diterjemahkan ke dalam cerita ini.

  3. Lokasi penggambaran yang Menarik (Pulau Pinang) dan konsep budaya yang dimuatkan di dalam filem ini memang sesuai sebagai pelengkap cerita. Lagu-lagu latar yang sempoi dan bersahaja juga menarik perhatian aku untuk mendengar dengan lebih khusyuk.
Bagi aku, Filem PapaDom adalah satu karya terbaik yang aku tonton pada tahun ini (bagi kategori filem Malaysia). Syabas buat semua yang terlibat. terutamanya kepada pengarah filem ini Afdlin Shauki. Tak sia-sia PapaDom menang 5 anugerah dlam Festival Filem Malaysia ke 22 tempoh hari.

Wajib Tonton!

Anugerah yang dimenangi oleh PapaDom pada Festival Filem Malaysia ke 22:

  • Filem Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki)
  • Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay)
  • Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki)
  • Skor Muzik Asal Terbaik (Pacai)
PEACE!!!


14 comments:

  1. PAPADOM...begitu enak di makan begitu saja



    hehhehehehe

    ReplyDelete
  2. Yanie:

    Ha ah..Guna jari pon boleh kekekeke;)

    ReplyDelete
  3. woiiii cepatnya ko g tengok papadom!!!

    ReplyDelete
  4. CikMAs:

    Hahahah bertindak pantas! Weh ko pg la tengok citer tu..best giler seyh... aku rekomen giler2 punya.

    ReplyDelete
  5. wah....komen yg memberansangkan nieh...nak g tgka r...mekaceh ek..

    ReplyDelete
  6. Iva:

    Thanks. Benda best mestilah disebar-sebarkan supaya semua dapat merasainya.
    Hehehe.

    ReplyDelete
  7. aku dah tgk citer ni semalam
    takde la bagus sngat
    semua klise la..
    dah la permulaan pun dah boring
    entah apa apa filem ni
    nyesal aku ruigikan rm10 beli tiket

    ReplyDelete
  8. cookie jar:

    apa2 jer lah... janji filem ni tak sebodoh MOMOK THE MOVIE~

    ReplyDelete
  9. hoyeeee gue udah nengok!!!! best giler! cayalah!!!

    ReplyDelete
  10. papadom best siot!!!!
    aku dh tgk dua kali citer nie....

    ReplyDelete
  11. Faraha:
    Yup btol tu. Aku pun dah tgok 2 kali.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS