2009-10-12

Sesuatu Yang Baru~(ahh....aku 'high' dengan benda tuh!)

Hujung minggu lalu, sekali lagi aku ditinggalkan seorang diri di rumah. Maklumlah, 2 orang housemate tu semuanya ada hal masing-masing, lagipon kampung halaman diorang pon dekat jer. Jeles!!!!

Pagi-pagi Sabtu, aku bangun awal. Cuaca pulak baik hari tu. Tetiber pulak datang rajin aku nak mengemas bilik. Sebenarnya aku ni fobia nak kemas bilik sejak insiden terbuang 'memory card 4 GB' handphone aku dulu!!! Tapi kali ni dengan penuh berhati-hati aku mengubahsuai semuala bilik aku. Alhamdulillah, nampak kemas dan lapang la pulak? hehehe sampai sakit-sakit jugak pinggang aku mengangkat almari dan katil. Berbaloi.

Lepas habis mengemas, aku bersiap-siap. Hari Sabtu tu, sememangnya aku dah plan nak pergi ke Plaza Low Yat[hmm entah betol ke ejaan macam ni???]. Aku nak pergi survey barang. Dah lama aku idamkan nak beli benda alah tu. Sampai tempat tu, bermulalah kisah pencarian sebuah kemera digital yang baru. Lama jugak aku duduk kat Plaza Low Yat tu, dari jam 12 sampai ke pukul 5 petang. Huhuhuh, berkampung jugak la kat situ. Akhirnya setelah berpuas hati dengan kelentong penerangan tukang-tukang kedai kat situ, akhirnya aku pon ter'angkat' lah juga sebuah kemera DSLR berjenama Canon. Harga pon agak berpatutan jugak la. Memandangkan aku dah memang niat nak beli kemara baru, so aku ignore aje harga tu kehkehkeh. Huhuhuhu gementar giler bila kemera tu berada di dalam dakapan aku. Setelah sekian lama aku mendambakannya. Akhirnya tanggal 10 Oktober 2009 aku memilikinya.

Ramai jugak yang tanya kenapa Canon??? Ntah, sebab aku rasa aku suka Canon kot?? lagipon aku bukannya expert sangat pakai DSLR ni, masih dalam pembelajaran. Dan ada jugak ramai member yang cakap, DSLR Canon sesuai untuk ambik gambar2 nature. Jadi memandangkan aku ni jenis banyak menghabiskan masa kat luar jadi itu merupakan salah satu sebab kenapa aku amek Canon. Sebenarnya aku buat banyak perbandingan dengan jenama-jenama lain terutamanya Nikon. Sebetolnya Nikon D90 adalah dambaan aku, tapi itu mungkin lain kali la pulak aku beli hahahhaa.

Skarang ni we are still in the process of learning and knowing each other. heheh. Harap-harap bila dah pro nanti, leh la aku eksen dengan kegkawan yang telah mengeksenkan diri mereka kepada aku sebelum ini!! Kehkehkeh.

PEACE!

[erk ini netry paling tehapa-hapa agaknya kan????] aku takde idea!!!

10 comments:

  1. Amboi Amboi. Pakai DSLR dah ko ye. Lepas ni leh la menembak gambo2 menarik.

    ReplyDelete
  2. Salam bro...dah agak dh..mesti angkat kamera baru punya...=)

    ReplyDelete
  3. janggel ; first bace title entri ko,mak aih,lucah! ke aku yg kuning sgt,haha XDD

    n then start bace n bace,ouh g low yat! betol lah ejaan tuh!

    n bace lagik! siyeslah aku cemburuuuuuuuuuuuu!!

    haihhh,nak jugak dslr camera!

    nape aku sorg je yg takkan dpt camera tuh??!!

    jeles nih =/

    ReplyDelete
  4. zayer:

    Hahahah sajer jer aku buat tajuk2 lucah camtu supaya org nak baca entry aku yang hampeh nih hehehe.

    Naseb bek betol yer eja Loyat tu.

    Ala nape lak ko takleh dapat kemera tu, mersti boleh punya. Usaha tangga kejayaan. Teruskan usahamu itu! hahahahahah~

    ReplyDelete
  5. Aie=

    Hahaha mmg sajer taknak bagitau awal2..nanti takut tak jadi plak..
    :P

    ReplyDelete
  6. Dr. House=

    Yup aku meng'DSLR' pulak skg.. Nak cuba sesuatu yg baru~ Jom la join menembak!

    ReplyDelete
  7. aku benci kau bro! hahahahhahaha

    boleh hadiah kan daku satu DSLR juga? silalah boleh!

    ni yg aku rasa nk mngumpul duit dgn banyak ni!

    btw, tahniah sbb dah ada kenalan baru! ;)

    ReplyDelete
  8. Wow..ada canon!kalau beli D90 tu, leh sama...ahakz

    ReplyDelete
  9. ADAM = HaHAHAH caner nak amek gambor kemera nih??? kekekek

    Nuke = Hahaha janganlah dikau membenci daku ini. Daku tidak bersalah.. Hhahaha berusahalah bersungguh2 yer semoga berjaya memilikinya satu hari nanti. :)

    Anap = Huhuhuh tak dapek jadik geng NIKON kehkhekeh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!