2009-10-16

Blander Oh Blander

Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, aku terperasan la yang jalan raya begitu lengang dan tenang. Oh apakah ramai manusia yang bercuti sempena DEEPAVALI esok? Adakah ramai kaum India yang tinggal kat kawasan rumah aku nih? Rupa-rupanya hari ini merupakan cuti sekolah. Hahah patutlah jalan lengang!

Yup, kalau time cuti sekolah, aku memang suka giler. Sebab jalan raya akan jadi lengang. Pergi opis, 15 minit dah sampai. Kalau hari-hari biasa, mau makan 25-30 minit jugak untuk sampai ke ofis. Rugi-rugi!! Sepatutnya aku keluar rumah lewat tadi, lepak-lepak minum kopi sambil makan muffin ker, atau pekena fresh oren dengan blueberry cake ker... Huhuh apakan daya semuanya telah terlambat.

Sempena Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu 17 Oktober 2009 ni, aku pon teringin la nak wish kat beberapa orang member yang beragama Hindu, "SELAMAT HARI DEEPAVALI"!!! Oh ya tak lupa jugak kepada makcik-makcik cleaner kat opis aku (kalau diorang ada baca blog aku nih???) yang rata-ratanya India, semoga bergembira menyambut DEEPAVALI tahun ni! (Yey semangat Satu Malaysia!!!).

Nak dijadikan cerita jugak, hari ni Opis aku akan mengadakan jamuan hari raya! Akhirnya, dapat jugak aku merasa pergi jamuan raya (kehkehekeh setelah banyak open house aku tak pergi). Tapi, jamuan raya ni kena bawak makanan sendiri (potlak). Huh diorang awal-awal dah suh aku masak!. Ceh padahal masakan aku tak ler sesedap mana, standing Chef Wan jer. Tapi memandangkan semuanya menaruh harapan yang tinggi, maka aku pon mempersembahkanlah masakan aku yang special itu, Ayam Masak lemak Cili Padi! Senang je buatnya. Aku pon dah kompomkan dengan ibu aku kat kampung, memang sama la cara masakan aku dengan dia!

Memang semua staff kat opis aku wajib bawak sekurang-kurangnya satu masakan. Erk?? sebenarnya kalau beli pizza lagi senang kan?? Tapi pizza mahal wooooo! kalau nak bagi makan satu opis mampuih den! So tu yang aku rasa-rasa macam nak masak je, lagi murah dan jimat walaupun...tak sedap wakakaka.

Nak dijadikan cerita lagi, masa aku tengah prepare barang-barang nak menumis, aku pon guna la blander canggih kat umah aku tu, adoiai baru setengah jalan tetiba tupssssssssss senyap! Hah??? Dah la aku takde lesung batu nak menumbuk, blander ni pulak buat hal. Apa lagi Emergency!!! Aku belasah je masak guna barang barang yang separuh blander tu. Naseb la korang yang nak makan yer. Ampun dan maaf dipinta..Selamat Hari Raya.

Jadi kat sini aku nak pesan awal-awal, kalau tetiber terasa tak sedap atau nampak tak cantik Ayam Masak Lemak Cili Padi aku tu, KORANG SALAHKAN BLANDER AKU YER! Hahahah bukan salah aku. Aku dah cuba buat yang terbaik.

AMIN~

P/s= motif entry ni nak kasitau blander aku rosak...tolong saper nak belikan blander baru kat aku????? hahaha.

8 comments:

  1. lain kali..sediakn lesung batu sblm blender rosak..
    hehehe~

    ReplyDelete
  2. Hanie =

    Ha ah la... pengajaran untuk masa akan datang hahahaa.

    Erk..alhamdulillah..kenyang sudah..

    ReplyDelete
  3. Amboi2 cik Jang, sedapnyer. Bak ckit. Leh la buat catering aku nanti hehe...

    ReplyDelete
  4. Dr.House=

    amboi kenduri??? biler tuh? bak mai aku cek jadual aku dlu~;p

    ReplyDelete
  5. yang gue tahu gue patutnya dapat gak sebekas masak lomak ekau tu Jang :p

    ReplyDelete
  6. CIK MAS =

    Hahahaha ko tengok gambo je la jawabnyer!!! Bau pon dah habeh dah..

    ReplyDelete
  7. janggel ; hahaha,lucu bace entri ko yg nih,ayat2 sarkastik tuh byk giler,hakhak XDDD

    lain kali if takde lesung batu or blender rosak,ko amek kaen tutup bnde yg ko nak blend tuh,pastuh ko lumat2 je gune botol kace,hakhak!abesh cite weyh!

    p/s : nasib baek aku tak mkn masakan ko,haha,tak kate tak sedap cume kate 'naseb baek'..huhu

    ReplyDelete
  8. ZAYER =

    Thanks la sebb ko terasa jugak kelucuan entry aku nih... hehehe

    Alamak naper ko tak habaq awai-awai pasal akedah menumbuk guna lesung tuh??? Nanti la aku praktikkan.

    Ish Bos aku cakap masakan aku sedap ler! Tak sia-sia aku baca jampi serapah semalaman wakakaka~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS