Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Penang Kami Mai! : TriPenang Sempena Bachelor Party Mr P

Assalammualaikum!

Hahah dah kenapa tetibe keluar entry ke Penang pulak ni? Paduhal entry Bangkok pun tak habis lagi. Ok sabar, sabar... bagi laluan kat Penang ni sat sebab empunya diri yakni Mr, P dah nak kawen. Jadi kengkonon buat Bachelors PartyMr P (ewah bachelors party la sangat!). Dan ini firstime jugak naik keretapi KTM Senandung Langkawi direct dari KL Sentral ke Butterworth (tiket berharga RM36/pax) . Berakar jugak la bontot duduk dalam train tu sebab nak ambik sleeper coach dah penuh!
Ok tamau cerita panjang, layan je la video kemeriahan di Penang. Biasa la kami pi ronda Padang Kota Lama, makan kat Padang Brown,breakfast kat Medan Selara Datok Sargon, naik Bukit Bendera, mandi laut kat Batu Ferringhi dan macam-macam lagi la. Ok lah jom layan video...hahaha. 
Video Sharing:- 

WASSALAM.

Misi Mencari Bunga Matahari: Ke Bangkok Ke Kita? (Part 1)

Assalammualaikum!!!
Ahaaaaa, apa khabar semua. Kita bukak chapter baru pulak. Macamana nak mula eh? Kisah Bangkok yang dah lama giler pegi tapi tak update-update sebab memberi laluan kepada kisah di Australia dulu. Ok kali ni memandangkan kisah Aussie pun dah setel, baru boleh mula kisah Bangkok pulak! Ayuh!
Bahagian 1: Semuanya Bermula di Sini.
Sebenarnya ramai yang tanya pasal Bangkok dan macamana nak menjejak ladang bunga matahari (sunflower) kat sana. Tapi macam aku bagitahu kat atas tu, aku memang tak boleh skip tulis Aussie (sebab takut lupa) so aku habiskan dulu entry ikut turutan. Sekarang ni baru boleh teruskan pengalaman ke Bangkok dan melawat ladang bunga matahari.
Kisahnya macaman boleh plan nak ke Bangkok ni bila aku dan #TeamSelatan berbincang di Senibung, Johor dulu. Biasa la, dulu aku memang selalu ada kerja kat Johor, dan kalau ke sana aku mesti nak jumpa dua orang ni yakni Pae (TravelYuk) dan Shahrule (MyStoryIsOnLifetime). Sembang punya sembang, akhirnya semua sepaka…