Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Life Must Goes On..

Alhamdulillah, setelah bercuti panjang akhirnya hari ini kehidupanku kembali normal. Bukan nak kata masa cuti aku jadi tak normal, cuma kurang normal sikit tu ada lah hehehe. Percutian kali ni amat bermakna memandangkan ianya percutian terkahir bagi tahun 2008. Hmmm I will miss all the bullshit things happened.

Kenapa nak dikenang??? Bukankan ia menyakitkan hati saja???

Kadangkala perkara-perkara begitu eloklah dikenang supaya menjadi iktibar dan pengajaran untuk menghadapi masa hadapan. Kan ker pengalaman itu satu pengajaran! Yang pasti Tahun 2008 merupakan satu tahun yang TIDAK begitu indah dalam hidup aku. Macam-macam perkara buruk berlaku yang bukan calang-calang buruknya, dah capai tahap dewa dah.., tragis!!! Tapi bukan semua yang berlaku itu buruk, ada juga perkara-perkara manis yang mengneutralkan keadaan itu. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengasihi hambaNya ini....

Ini mungkin entry terkahir untuk tahun ini [kalau tetiba ada mood nak menulis lepas nih, ada la lagi entry..untuk ta…

Liga Badminton ker?

Hari ni buat julung-julung kalinya aku telah terpaksa menyertai satu pertandingan badminton antara Bahagian di Jabatan aku.[Siap kene ugut ngan orang admin lagi tu sapa tak masuk, claim lambat dapat!!hehehe]. Jadi dengan rasa rendah diri dan berat badan hatinya aku pun join la bagi mencukupkan peserta wakil Bahagian aku.

Nasib baekla ini perlawanan antara beregu. Jadi tak perlu risau kalau aku tak reti main pon! hahahahha. Dalam tak reti-tak reti tu pon aku and partner tetap berjaya jugak menang satu game! Kiranyer berjaya jugalah memecahkan terlor yang dikumpul oleh Bahagian aku tuh. Dan lama kelamaan dapat jugak la kami mengumpul beberapa mata. But then still in the last place. kuikuikui.

Tabik spring kat sorang akak kat bahagian aku yang terpaksa main beregu untuk 7 game gara-gara tak cukup orang punya pasal! Atleast dia berusaha menempatkan group kami di dalam perlawanan. Mesti penat giler tuh. Aku yang kene main 3 game je ni pon dah sakit-sakit otot siap takleh nak bangun dah keeso…

Projek Teater: Dendam Tanjung Puri

Assalammualaikum!

Projek teater terakhir untuk tahun ini [dalam list aku ler] adalah teater bertajuk "Dendam Tanjung Puri". rasanya cukup dulu projek teater untuk tahun ini, sambung tahun depan pulak. Teater DTP ini adala di bawah Persatuan Anak Seni Warisan [ASWARA] dan TNB selaku penaja bersama.
Walaupun ia merupakan sebuah teater Bangsawan, namun ia cukup untuk menarik minat segelintir masyarakat yang menggemari teater berunsur sedemikian. Teater DTP ini berlangsung selama 3 hari bermula 17 Disember 2008 dan berakhir 19 Disember 2008 bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Sekali lagi aku, berkesempatan menonton teater, itupun setelah dimaklumkan oleh teman sekerja. Lepas saja balik dari Kedah semalam, aku terus bergegas balik rumah dan bersiap. Almaklumlah nak ke PJ tu bukan menentu keadaan jalan rayanya. Kadangkala jem,...tapi kekadang tu ok pulak. Ish susah dijangka. So aku ambil keputusan untuk gerak awal..lepas magrib [Penat balik dari Kedah tak hilang lagi]...

Sinopsis:

Teate…

Udang oh Udang!!!

"Kolam Udang? Kat Mana? Ada apa?"

Itu adalah antara persoalan-persoalan yang bermain di fikiranku sewaktu menerima arahan dari BOS dua hari lepas. Ish kalau nak diikutkan dah hujung-hujung tahun ni dah malas dah nak keluar pergi meeting ker, site visit ker, kursus ker... rasa nyer nak duduk opis jer. Tapi memandangkan itu dah jadi tanggungjawab aku yang kononnye 'Berkhidmat Untuk Negara" nih, aku akur sahaja, mungkin ada khikmah disebaliknya. Setuju?

Jadi di dalam tergesa-gesa pada petang Isnin hari tuh [aku baru dapat tahu], aku pun sibuklah memikirkan kekdah paling sesuai nak ke sana. First choice nak naik flight je, maklumlah cepat dan senang. Tapi bile difikirkan balik, tempat kolam udang tu bukannye dekat dengan airport. Masalah pulak nanti nak ngambik teksi dan kene hentam berapa puloh ringgat pulak. Dari info yang aku terima, tempat kolam udang tu adalah dalam 40 minit perjalanan dari Alor Setar.!! bayangkan berapa kos yang aku kene dahulukan dengan duit aku …

Projek Teater 2: Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad

Assalammualaikum!

Alhamdulillah..telah selesai pementasan teater muzikal kanak-kanak Sinbad beberapa hari yang lalu dan aku sekali lagi berkesempatan untuk menyaksikannya. Apa yang boleh dikatakan mengenai teater ini adalah "Sangat Menakjubkan!!!".
Kagum aku bila menyaksikan seramai 80 orang kanak-kanak berumur 8 hingga 13 tahun menjayakan pementasan teater muzikal ini tanpa sebarang cacat cela pun! Begitu juga dengan kemunculan Kak Engku @ Raja Azura telah menambahkan lagi kehangatan teater tersebut!!.Gelek Kak Engku..Gelek!!!

Satu lagi yang best..bile duduk depan-depan stage, menyaksikan persembahan betul-betul di depan mata sehingga terasa seperti sebahagian daripada produksi team teater tersebut!!! Best Giler..

Sinopsis::

Sinbad mengisahkan perjalanan hidup seorang pelayar yang sangat-sangat-sangat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Sinbad juga mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat @ akrab dengan seorang putera Raja bernama Putera Zariq, namun Sin…

Thank You

Thanks to my family sebab bersungguh-sungguh turun ke KL untuk meraikan Besday anak kesayangannyer ini hahahahha [tetibe rasa macam anak kesayangan]..Love u ALLLLLLLLLLL!!!!!!

Terharu sebenarnya....

And to my beloved cousins and friend [Nana, Arip, Ina, and Encik Deennasour] yang tetibe buat surprise dekat Nando's SOGO after bersumbang suara hari itu.... thanks for the cake! My paberet..Choc Indulgence.

And to our luch sponsor. NANA, thanks sebab bagi voucher Nando's percuma kat kami semua. Lain kali bagi lagik!!.

tO aIE... thanks sebab tetiba ada hadiah kat blog anda...terharu ..lagik....

Azam tahun baru ini: Semoga berjaya dalam hidup!! [erk..typicalnyer....]..Hahahah what else kan? pandai-pandai sendiri lah!!! PEACE.

::Dengue Fever Remedy::

I received an email from a friend this morning about some intersting fact! Let's check it out...it's about our local fruit Pepaya Papaya.:

I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever . Apparently, his son was in the critical stage at the ICU when his blood platelet count drops to 15 after 15 liters of blood transfusion.

His father was so worried that he seeks another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he gave his son raw juice of the papaya leaves . From a platelet count of 45 after 20 liters of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice, his platelet count jumps instantly to 135. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he asked me to pass this good news around.

Accordingly it is raw papaya leaves, 2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth. You will only get one tablespoon per leaf. S…

::Selamat Hari Raya Aidil Adha..::

Alhamdulillah..ummat Islam telahpun selamat menunaikan fardhu Haji di Makkah dan ummat Islam di Malaysia turut merasa kemeriahan beraya walaupun di musim-musim tengkujuh ni kan.

Di kebanyakan tempat di Malaysia, rata-rata mengalami hujan dari awal pagi hinggalah ke malam tanpa henti. Bersuka rialah katak-katak, kodok-kodok dan sekaum dengannya bermandikan hujan. Alhamdulillah..hujan rahmat. Kalau tak hujan nanti kering kontang pulak bumi nih, kemarau...Syukur aja lah.

Kesian juga kepada penduduk di Sebelah Utara Semenanjung dan Pantai Timur yang mengalami banjir besar sehingga memusnahkan kampung halaman mereka. Takziah di ucapkan. Begitu juga kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Mewah dan yang sewaktu dengannya di Bukit Antarabangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh yang hebat tahun ini. Sekali lagi Takziah.. aku hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja...nak pegi dekattakut terjebak pulak..hehehhehe.

Berbalik kepada Raya Haji, alhamdulillah sekali lagi aku dapat pulang beraya …

::Review Filem:: Wild Child::

Hahahaha balik je dari kampung semalam, aku terus call member ajak tengok wayang. Dah lama sebenarnya plan dengan member tu untuk tengok citer nih. Dan setelah betol-betol comfirm akhirnya jadilah plan tersebut. Filem Wild Child sebuah filem terbaru terbitan Universal Picture [erk selalunya filem-filem camni Disney yang buat], arahan pengarahnya Nick Moore dikatakan cukup lengkap adunannya. Cewah macam buat kuih pulak.
Ia mengisahkan seorang anak hartawan bernama Poppy Moore [Emma Roberts] yang sering mendatangkan masalah kepada bapanya kerana memprotes tindakan bapanya yang mengajak teman wanitanya tinggal bersama di banglo mewah meraka. Kemuncak kepada kemarahan bapanya itu, Poppy telah di hantar belajar ke sebuah sekolah berasrama di England!

Di England, Poppy telah mengalami kejutan budaya di mana dia terpaksa tinggal di sebuah dorm bersama empat orang lagi pelajar perempuan iaitu (Drippy(Jennifer), Kiki(Camilla), Josie and Kate). Pada mulanya mereka tidak menyukai Poppy tetapi akh…

::Review Filem:: Los Dan Faun::

Minggu lepas, sebelum balik kampung untuk hari raya, aku sempat menonton filem arahan sutradara terkenal pojaanku..Afdlin Shauki iaitu Filem LOS AND FAUN! Best tau citer nih. Kalau anda pernah menonton filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah dan Cuci [eh..ni filem Hans]...memang filem LOS and FAUN sesuatu yang lebih hebat daripada filem-filem itu. Sebelum ni bagi aku, filem Sumolah adalah yang terbaik. Kenapa aku kata macam tu?

Begini kisahnya...

Kalau filem-filem terdahulu arahan Afdlin semuanya mengetengahkan isu-isu persahabatan, percintaan dan bergenre komedi, filem LOS and FAUN ini pula mengisahkan isu penyiasatan yang memang amat jarang diketengahkan oleh sutradara-sutradara lain di Malaysia. Ni kisahnya sama macam kisah Sherlock Holmes la tapi versi komedi Malaysia. Bezanya cerita Sherlock Holmes mungkin bukan komedi sebab aku tak pernah lagi tengok filem si Sherlock nih [Ada ker??? Kalau buku tu banyak ler yang aku baca].

LOS DAN FAUN::

Mengisahkan 2 orang sahabat yang …

Reaksi Alam

Terkejut aku bile membaca berita di awal pagi tentang kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi tadi. Kejadian yang telah mengorbankan 4 nyawa setakat ini dan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan.

Bukit Antarabangsa dikenali kerana kawasan perumahannya yang didiami golongan elit. Kebanyakan mangsa tragedi adalah mangsa yg tinggal di kawasan rumah banglo di deretan berhampiran bukit. Pada kejadian yang berlaku awal pagi tadi, rumah-rumah mangsa di seret oleh arus tanah yang menggelongsor dari bukit berhampiran. Ish ngeri bila aku bayangkan situasi tersebut!

Apa-apa pun, semoga anggota penyelamat terus gigih menyelamatkan mangsa. Dan kepada ahli keluarga mangsa, takziah diucapkan.

Alam sekitar telah bertindak balas di atas kejahilan perancangan manusia...biarkan...

Projek Teater: Puteri Saadong

Assalammualaikum!

Alhamdulillah..Projek teater Siri 1 bahagian pertama untuk bulan Disember telah dilangsaikan. Ada dua lagi menanti..mungkin tiga atau empat masih dalam perancangan. Kalau dapat undangan ler.
Ok let's start the first project: Teater Bangsawan Puteri Saadong.

Semalam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Pusat Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur [MATIC] telah berlangsung persembahan teater untuk hari kedua "Puteri Saadong" anjuran Jabatan Warisan Negara Malaysia. Aku ke sana bersama dua orang lagi rakan sekerja yang bersungguh-sungguh untuk turut serta dalam projek ini. Walaupun agak kelewatan kami tiba di sana dan menghadapi saat-saat genting di dalam pemanduan kereta. akhirnya kami berjaya juga meredah Kuala Lumpur dengan jayanya!!! Yey!!! Yang penting selamat. Pementasan bermula tepat jam 8.30 malam. Tabik pada pengurusan sebab berjaya mengikut jadual!!! [Biasanya kalau gomen punya show mesti delay berminit-minit...]
Sampai-sampai ke MATIC…

::Menu Hari Itu::

Semalam tiba turn aku pulak masak makan malam kat umah. Huh time tu jugak la ramai yang nak datang makan. Aku pon jenuh la pikir nak masak apa kan...so pikir punya pikir dapat la idea ni. Aku nak masak menu special aku yang aku reka sendirik hahahaha. Tapi berdasarkan puji-pujian yang diterima:

"Ish sedapnya..macam masakan sebenar!!!"
Aku rasa sedap la kot. [Erk..masakan sebenar? masakan main-main ada ker? Macam campak-campak pasir, batu, rumput dalam periuk? camtuh ker??? sabo je lah]. Ha.. nak tau apa yang aku masak?

MENU:

'IKAN GORENG TAUCU' DAN 'KANGKONG GORENG BELACAN'
Hehehe persamaan kedua-dua masakan tersebut adalah pada hurup 'C' pada tukang masaknya yang hebat. [kah..kah..kah masuk tong drum pastu angkat sendirik!...]

Kekdah memasak 'Ikan Goreng Taucu' versi Mr. Janggel ni simple je:

Goreng la ikan apa yang korang suka [jangan ikan phirana ker..ikau paus ker..ikan jaws ker sudah]. Janji ikan tersebut cukup masak dan garing. [Aku suka …

::Bila Bulan Dan Bintang Itu Tersenyum!!!::

Korang nampak tak "smiley moon" sebentar tadi??? kejadian yang berlaku hanya beberapa puluh tahun sekali...Kagum sungguh aku dengan kebesaran Allah menjadikan keajaiban -keajaiban alam yang tak ternilai harganya.
Mulanya aku tak tau pun pasal benda nih, tapi memandangkan beberapa orang teman aku yang asyik dok hantar SMS suruh tengok, aku pon pegi la cari dan akhirnya... lihatlah sendiri kebesaran Allah.
Tanggal 1 Disember 2008 kita dapat lihat anak bulan bergabung dengan 2 buah planet yang jaraknya beribu-ribu batu jauhnya di antara satu sama lain [the moon is 250,000 miles away, while Venus is 93 million miles away and Jupiter 540 million miles away], Unik kan?? Siapa yang ada tengok kejadian nih tadi?? ?
Akan datang, kejadian seumpama ini dijangka akan dilihat di Australia pada tahun 2036!!huhuhuh Masih adakah aku pada ketika itu???
Fakta::

Planet Venus dan Jupiter [membentuk mata kanan dan mata kiri] manakala anak bulan dibawahnya membentuk senyuman yang paling manis di angk…

::Melencong::

Alhamdulillah sepelas seminggu menghilangkan diri akhirnya kini gue telah kembali. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang minggu lepas, tapi biarlah ia menjadi sebahagian dari lipatan memoriku.Hikhhikhik..

So..apa citer??? Sekarang ni musim cuti sekolah, memang macam-macam program yang berlangsung di seluruh Malaysia. Budak-budak sekolah memang seronok habis lah melepak kat umah tanpa perlu memikirkan masalah negara! Hari tu aku sempat la juga berjalan-jalan di Bandaraya Melaka!! Hahahhaa bile tu? Minggu lepas la jugak. Yang tak bestnya aku pegi jenjalan sorang-sorang kat Bandar Melaka! Boleh???

Agenda bermula di awal pagi, sebenarnya dah lama juga aku tak ke Melaka. Sebelum ke Melaka, aku dah contact dah memner-member dan juga sedara -mara yang dok kat Melaka... tapi, hampa.No reply!!! Terpaksalah aku membawa diri seorang diri. Walaupun Melaka dengan KL ni tak la jauh mana, cuma sekangkang Deennasour je, tapi memang kalau tak da hal, kakiku takkan dijejakkan ke situ. Tapi minggu…