2008-12-18

Projek Teater: Dendam Tanjung Puri

Assalammualaikum!

Projek teater terakhir untuk tahun ini [dalam list aku ler] adalah teater bertajuk "Dendam Tanjung Puri". rasanya cukup dulu projek teater untuk tahun ini, sambung tahun depan pulak. Teater DTP ini adala di bawah Persatuan Anak Seni Warisan [ASWARA] dan TNB selaku penaja bersama.

Walaupun ia merupakan sebuah teater Bangsawan, namun ia cukup untuk menarik minat segelintir masyarakat yang menggemari teater berunsur sedemikian. Teater DTP ini berlangsung selama 3 hari bermula 17 Disember 2008 dan berakhir 19 Disember 2008 bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Sekali lagi aku, berkesempatan menonton teater, itupun setelah dimaklumkan oleh teman sekerja. Lepas saja balik dari Kedah semalam, aku terus bergegas balik rumah dan bersiap. Almaklumlah nak ke PJ tu bukan menentu keadaan jalan rayanya. Kadangkala jem,...tapi kekadang tu ok pulak. Ish susah dijangka. So aku ambil keputusan untuk gerak awal..lepas magrib [Penat balik dari Kedah tak hilang lagi]...

Sinopsis:

Teater Bangsawan Dendam Tanjung Puri mengisahkan perjalanan hidup segelintir masyarakat di Kampung Desa Puri dan Tanjung Puri. Segala-galanya bermula apabila Demang Indera, ketua desa Tanjung Puri mati dibunuh oleh Jalak [rakan seperguruannya] akibat mahu merampas jawatan sebagai Ketua Desa. Manakala Cempaka yang merupakan isteri kepada demang Indera pula diperkosa oleh Jalak. Akibat tidak sanggup menanggung malu, Cempaka juga membunuh diri. Jalak berjaya merampas kuasa sebaga Ketua Desa Tanjung Puri yang baru.

Sementara itu, Seri [anak kepada Demang Indera dan Cempaka] merasa tidak sedap hati ketika sedang menjalani latihan silat di sebuah desa yang lain. Seri langsung pulang ke kampungnya bersama-sama beberapa orang saudara perguruannya dan mendapati kedua ibu dan bapanya telahpun mati. Seri tidak sempat untuk mengetahui siapakah yang menyebabkan kematian kedua ibu dan bapanya itu dan dia bertekad untuk membalas dendam, mencari siapakah yang membuat angkara tersebut!.

Muncul pula watak Kelana, abang kepada Seri yang juga pergi berguru di sebuah kampung yang lain bersama seorang gadis bernama Mawar. Kedua-dua mereka juga hebat bermain senjata dan telah tamat berguru. Sekembali sahaja Kelana ke kampungnya, dia dapati yang rumahnya telah didiami oleh Jalak. Maka dari situ dia tahu yang kedua ibu dan bapanya telah dibunuh. Pergaduhan tercetus tetapi Kelana tewas kerana Jalak merupakan seorang yang kebal. Jalak membebaskan Kelana dan menyuruhnya supaya meninggalkan kampung itu. Kelana berjanji untuk kembali membalas dendam!.

Mawar yang juga pulang ke kampungnya di Desa Puri, telah mendapati ibunya Tanjung juga telah mati dibunuh oleh Jalak. Sebenarnya, Tanjung merupakan kekasih Jalak sewaktu zaman muda dahulu. Lalu Mawar juga bertekad untuk membalas dendam kepada Jalak. Di dalam perjalanan, Mawar terserempak dengan tiga beradik iaitu Daik, Melati dan Kiambang yang sedang diganggu oleh Jalak. Maka sekali lagi berlaku pergelutan namun Mawar juga tewas di tangan Jalak akibat kekebalannya. Mawar dan tiga beradik tersebut berjaya melarikan diri pulang ke rumah ibu-bapa mereka. Bapa Daik, Pak Lanang juga merupakan seorang Ketua Desa. Mawar telah menceritakan tujuannya untuk membalas dendam terhadap Jalak. Setelah mengetahui Tanjung adalah ibu Mawar, maka Pak Lanang pun berterus terang kepada mereka yang sebenarnya Jalak, Indera, Cempaka dan Tanjung adalah saudara perseguruannya dan mereka mempunyai kekuatan yang sama. Pak Lanang juga tahu bahawa Mawar sebenarnya adalah anak Jalak kerana Jalak telah memperkosa Tanjung sewaktu dulu. Tetapi Pak Lanang tidak mahu menceritakan perkara itu kepada Mawar.

Pada masa yang sama, Kelana juga telah tumpang berteduh di rumah Pak Lanang. Pak Lanang telah menceritakan kelemahan Jalak yang hanya akan mati jika ditikam dengan buluh runcing di tapak kakinya.

Setelah beberapa hari tinggal di rumah Pak Lanang, maka Kelana dan Mawar pun bersama-sama menuju ke Desa Tanjung Puri untuk membalas dendam. Pak Lanang yang ragu-ragu dengan kebolehan Mawar dan Kelana telah mengikut mereka. Sewaktu tiba di Desa Tanjung Puri, Seri juga telah muncul di sana dan mereka beramai-rama telah menyerang Jalak. Namun, malang telah menimpa kelana, dia mati ditikam Jalak. Mawar yang marah dengan kejadian itu telah berlawan bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya membunuh Jalak dengan tikaman buluh runcing di kakinya.

Pak Lanang yang menyaksikan kejadian itu lantas terus memberitahu Mawar tentang Jalak adalah ayahnya. Mawar merasa kesal kerana telah membunuh ayahnya sendiri. Tetapi Jalak sempat memohon maaf kepada Mawar diatas segala kesalahanya dulu.

Para Pelakon:

Sahimi MS [Jalak]
Edlin [AF2] Datuk Abdul Rahman [Mawar]

Hazama [Prelude AF4] [Kelana]
Zailan Kamaruddin Lan [Daik]
Nadia Kesumawati [Tanjung]

Nor Salima Habibi [AF 4] [Seri]

Marliyana Omar [AF6][Melati]
Nazri Ahmad [Pak Lanang]
Wan Syamsul Wan Yaacob [Demang Indera]
Norhanita Jolly [Cempaka]


Yang Tersirat:

  1. Persembahan teater DTP ini merupakan satu persembahan yang penuh dengan unsur-unsur persilatan Melayu. Namun perjalanan teater agak lembab dan terdapat banyak gangguan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Mungkin sebab ini adalah persembahan malam pertama, jadi masih ada beberapa gangguan yang tertentu.
  2. Lagu-lagu yang diselitkan agak suram. Rasanya tujuan asal pelajar-palajar AF diambil sebagai pelakon supaya mereka dapat menyampaikan lagu-lagu dengan baik. Tahniah kepada Salima AF yang berjaya menyampaikan syair di permulaan cerita dengan baik sekali!!!.
  3. Pemilihan Hazama sebagai Kelana dianggap sebagai kurang tepat memandangkan lakunannya yang sedikit kaku. Apa boleh buat, bajet ciput kot. Begitu juga beberapa pelakon lain yang rasanya tak perlulah dinyatakan di sini. Tetapi ada juga pelakon-pelakon yang berpengalaman yang telah menyelamatkan persembahan teater ini. Syabas!
  4. Kostum dan set pentas yang menarik. Sesuai dengan jalan cerita.
  5. Keseluruhannya, teater ini aku anggap OK sahaja. 3 bintang dari 5. Sesiapa yang nak menonton teater ini, masih boleh ke Dewan Sivik MBPJ pada 18 dan 19 Disember ini. Mungkin persembahan kedua dan ketiga lebih banyak penambahbaikan..siapa tahu kan?

"Seni itu Indah..."












8 comments:

  1. janggel..saya paling suka tengok teater bangsawan.. tapi
    sekarang dah tak berkesempatan.. ada nostalgia disitu..

    ReplyDelete
  2. Cik Saya:: Wah ada Nostalgia pulak tuh!!!!
    Boleh dijadikan persembahan teater kah nostalgia itu???

    ReplyDelete
  3. patut la tak sabar nak tunggu malam.rupanya ada projek besar.best woo...tgk pon dh tau..tapi tak prnh plk tgk teater walaupun keinginan ada.

    ReplyDelete
  4. AIe:: Hahahhaa tu la kisahnya...sekali-sekala tu pegi la tengok..best tau!..

    ReplyDelete
  5. ko bdk teater ke??..
    aktif btol ko dgn teater ni..sok kalo ko da popular..jgn lupa aku plk..

    hehehe

    ReplyDelete
  6. ADAM:: Aku bukan budak teater la bro...cume penggemar teater saja... Support produksi tempatan...

    Kalao tak popular pon aku takkan luper kengkawan la bro.

    ReplyDelete
  7. kureNG MeNYeNGaT DeH???
    keR SeBab tuKaNG GeLaK n KaRuT eXTRa XDe??? MueHeHe :p

    ReplyDelete
  8. CikMAsmz:: Lebih kurang gitu la gamaknya... tukang meroyan extra pon takda... sebab tu la kot.. kuikuikui

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS