Assalammualaikum!
Alhamdulillah..telah selesai pementasan teater muzikal kanak-kanak Sinbad beberapa hari yang lalu dan aku sekali lagi berkesempatan untuk menyaksikannya. Apa yang boleh dikatakan mengenai teater ini adalah "Sangat Menakjubkan!!!".
Alhamdulillah..telah selesai pementasan teater muzikal kanak-kanak Sinbad beberapa hari yang lalu dan aku sekali lagi berkesempatan untuk menyaksikannya. Apa yang boleh dikatakan mengenai teater ini adalah "Sangat Menakjubkan!!!".
Kagum aku bila menyaksikan seramai 80 orang kanak-kanak berumur 8 hingga 13 tahun menjayakan pementasan teater muzikal ini tanpa sebarang cacat cela pun! Begitu juga dengan kemunculan Kak Engku @ Raja Azura telah menambahkan lagi kehangatan teater tersebut!!.Gelek Kak Engku..Gelek!!!
Satu lagi yang best..bile duduk depan-depan stage, menyaksikan persembahan betul-betul di depan mata sehingga terasa seperti sebahagian daripada produksi team teater tersebut!!! Best Giler..
Sinopsis::
Sinbad mengisahkan perjalanan hidup seorang pelayar yang sangat-sangat-sangat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberaniannya. Sinbad juga mempunyai hubungan persahabatan yang sangat rapat @ akrab dengan seorang putera Raja bernama Putera Zariq, namun Sinbad sering mencemburui sahabatnya itu kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa saja dalam sekelip mata.
Dewi Bencana yang berasal dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Sehinggalah pada suatu hari, dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad kerana Sinbad sering menggagalkan usahanya setiap kali Sinbad belayar di lautan. Dewi Bencana telah menyamar seagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai milik Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal Istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.
Atas rasa persahabatan, yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai.Sebagai ganti,Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan, sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum. Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu, berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walaupun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan dengan upah baginda oleh Puteri Nursaibah.
Apabila sampai di Maya Bencana, Sinbad diuji pula kejujurannya oleh Dewi Bencana sama ada beliau benar-benar jujur dalam mendapatkan Kitab Damai tersebut atau kerana upah yang mahal yang ditawarkan kepadanya. Sekiranya jawapan Sinbad jujur, atas nama Dewi Lautan, Dewi Bencana berjanji akan menyerahkan kembali kitab tersebut.
Apabila Sinbad menyatakan kejujurannya, Dewi Bencana sekali lagi mahu mempermainkan Sinbad dan terus lenyap dengan menghilangkan diri bersama Kitab Damai. Sinbad kembali dan bersedia menghadapi hukuman. Saat hukuman dijatuhkan, Dewi Bencana tiba-tiba muncul dan menyerahkan kembali Kitab Damai dalam keterpaksaan. Beliau mengotakan janjinya kerana kejujuran kata-kata Sinbad.
Para Pelakon:
Muhammad Huraimi Hilman Mohamad Husri [Sinbad]
Raja Azura [Dewi Bencana]
Muhamad Hafidz Haikal Hadz Abdullah [Putera Zariq]
Iffah Amzan [Puteri Nursaibah]
Amreeza Iskandar Hisham [Syakula]
Ummu Najian Mohd Zaidi [Titi]
Wan Noor Aizat Wan Nor [Raja Mikraj]
Niradzlida Rosli [Permaisuri Maisarah]
Mohammad Ammal Shafiq Osman [Tuan Wazir]
Ahmad Ashraff Fahmy [Mubim]
Yang tersirat::
- Keistimewaan Teater Muzikal Kanak-Kanak SInbad ini terletak pada keupayaan setiap pelakon dan juga set persembahan yang sangat menakjubkan. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana begitu bersungguh-sungguh menjayakan persembahan teater ini.
- Kak Engku sebagai Dewi Bencana, memang kena dengan karektornya yang gila-gila dan bersahaja. Tanpa terikat dengan skrip lakonan, Kak Engku berjaya menguasai pentas persembahan dan berinteraksi dengan penonton tanpa sedikitpon rasa kekok!!. Kagum..kagum... bagi aku babak paling berkesan adalah ketika Kak Engku bergelek dangdut bersama tangan-tangan sotongnya yang comel!!!.
- Kemunculan watak Titi [seekor tikus comel bewarna pink!!!] dan Syakula [seekor kucing yang sangat montel] amat menghiburkan! Kecomelan Titi dan Syakula menjadikan Panggung Sari Istana Budaya sekali sekala gamat dengan gelak ketawa.
- Kehebatan lakonan Sinbad [adik Muhamad Huraimi Hilman Mohd Husri] dan juga Puteri Nursaibah [adik Iffah Amzan] memang benar-benar memukau! Mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam aktiviti seni!.
- Lagu-lagu yang dipersembahkan amat menghiburkan, tetapi sekiranya susunan lagu-lagu yang ada dibuat dengan teliti, maka ia mungkin akan lebih menarik! Tapi ok lah...
- Perjalanan teater yang kemas dan lancar. Kesemua plot diatur dengan cermat dan tersusun. Props yang bagus dan menarik. Semua ini membantu menjayakan teater Sinbad.
- Secara keseluruhannya, aku kelaskan teater muzikal kanak-kanak Sinbad ini 4 setengah bintang daripada 5 bintang!!!. Syabas kepada pengarahnya A. Aris A. Kadir kerana berjaya menghiburkan semua penonton sepanjang cuti sekolah musim ini...
More review visit: kakijalan...
Dewi Bencana [terbaekkkk] dan Titi [sangat berbakat]
Sebahagian lagi pelakun-pelakun
Sebahagian sedutan dari teater ini yang berjaya aku sedut!!
pi tgh teater..selalu tak ajak..
ReplyDelete=[
ko mmg suka wat aku mcm ni..pergi tak ajak..
ReplyDeleteteringin nk pg tgk..tp kang anap plk ckp tak tggu kwn la..apa la...hehehe
Cik Yanie: ala nak buat cane....dah org lain belikan tiket,,,kite ikut jer hehehhe.
ReplyDeleteAdam:: Hehehehh terluper lak yg ko ni pon suka tgk menda-menda camni yer...
ReplyDeleteIsh anap tu nun jauh di mata....tak payah tunggu pon....
muaHaha
ReplyDeleteOittttttttttt..... apa gelak-gelak!!!!
ReplyDelete