2008-12-09

::Review Filem:: Los Dan Faun::

Minggu lepas, sebelum balik kampung untuk hari raya, aku sempat menonton filem arahan sutradara terkenal pojaanku..Afdlin Shauki iaitu Filem LOS AND FAUN! Best tau citer nih. Kalau anda pernah menonton filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah dan Cuci [eh..ni filem Hans]...memang filem LOS and FAUN sesuatu yang lebih hebat daripada filem-filem itu. Sebelum ni bagi aku, filem Sumolah adalah yang terbaik. Kenapa aku kata macam tu?

Begini kisahnya...

Kalau filem-filem terdahulu arahan Afdlin semuanya mengetengahkan isu-isu persahabatan, percintaan dan bergenre komedi, filem LOS and FAUN ini pula mengisahkan isu penyiasatan yang memang amat jarang diketengahkan oleh sutradara-sutradara lain di Malaysia. Ni kisahnya sama macam kisah Sherlock Holmes la tapi versi komedi Malaysia. Bezanya cerita Sherlock Holmes mungkin bukan komedi sebab aku tak pernah lagi tengok filem si Sherlock nih [Ada ker??? Kalau buku tu banyak ler yang aku baca].

LOS DAN FAUN::

  1. Mengisahkan 2 orang sahabat yang berkawan baik sejak kecil, Carlos [Hans Isac] dan Ahmad Faun [Adlin Aman Ramli] telah berjaya menemui kelebihan mereka dalam mencari dan merungkaikan kes kehilangan dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besarnya.
  2. Kejayaan-demi kejayaan yang mereka kecapi telah menjadikan diri mereka popular dan dipercayai oleh semua pelanggan mereka. Sehingga pada satu hari, seorang Janda kaya, Jasmin [Erra Fazira] telah meminta mereka menyisat tentang kehilangan Jam tangan antik milik arwah suaminya Tuan Soffar [Afdlin Shauki] yang tersangat-sangat-sangat lah kayanya. Tuan Soffar dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
  3. Keistimewaan Faun tergendala sebentar kerana dia merasakan yang dia mula jatuh hati dengan Puan Jasmin. Ini telah membuatkan kerjanya sedikit terganggu dan hubungannya dengan Los juga hampir pincang. Namun begitu penyisatan tetap diteruskan.
  4. Kemunculan watak-watak pembantu seperti Dick Johnson [Stephen Rahman-Hughes], Amran [Khir Rahman] dan Serena [Ida Nerina] telah melengkapkan lagi jalan cerita ini dengan aksi-aksi komedi bersahaja dan penuh karektor. Sesungguhnya watak-watak yang dilakonkan oleh mereka amatlah berlainan daripada watak-watak yang pernah dilakonkan sebelum ini. Syabas!!! Watak AC mizal sebagai adik angkat Tuan Soffar juga tidak kurang hebatnya walaupun beliau hanya muncul di dalam beberapa babak sahaja.
  5. Watak-watak sampingan yang lain seperti Kak Rokiah [Allahyarhamah Yusni Jaafar] dengan dialognya "Jangan...Rogollah Saya, Jangan....Rogollah Saya" yang diulang berkali-kali memang menggamatkan panggung. Begitu juga watak Mariam [Noor Khiriah] sebagai pembantu rumah dan watak Tuan Kedai Coli [Edwin Sumun] bagi aku cukup bersahaja dan kelakar giler!!.
  6. Teka-teki akhirnya terungkai apabila kehilangan jam tersebut adalah hasil rancangan Jasmin sendiri manakala Tuan Soffar sebenarnya tidak mati, hanya mencari alasan untuk mendapatkan wang insuran jam tersebut sahaja.

YANG TERSIRAT::

  1. Filem ini amat sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat memandangkan ianya sebuah filem komedi ringan yang tidak memerlukan kita untuk berfikir terlalu dalam untuk memahaminya.
  2. Seperti yang dinyatakan di atas, lakonan setiap pelakonnya, dari watak pelakon utama sehinggalah ke pelakon pembantu semunya berjaya di luahkan. Masing-masing mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Tidak hairan lah filem ini mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan kerana menurut pengarahnya...beliau inginkan kesempurnaan dan keajaiban dalam filem ini.
  3. Ianya ternyata berbeza dengan filem-filem yang pernah ada di Malaysia. Kalau tak percaya, pergilah tengok sendiri.
  4. Kesimpulannya memang best!!!..Best Sangat!!.



No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS