::Review Filem:: Los Dan Faun::

Minggu lepas, sebelum balik kampung untuk hari raya, aku sempat menonton filem arahan sutradara terkenal pojaanku..Afdlin Shauki iaitu Filem LOS AND FAUN! Best tau citer nih. Kalau anda pernah menonton filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah dan Cuci [eh..ni filem Hans]...memang filem LOS and FAUN sesuatu yang lebih hebat daripada filem-filem itu. Sebelum ni bagi aku, filem Sumolah adalah yang terbaik. Kenapa aku kata macam tu? Begini kisahnya... Kalau filem-filem terdahulu arahan Afdlin semuanya mengetengahkan isu-isu persahabatan, percintaan dan bergenre komedi, filem LOS and FAUN ini pula mengisahkan isu penyiasatan yang memang amat jarang diketengahkan oleh sutradara-sutradara lain di Malaysia. Ni kisahnya sama macam kisah Sherlock Holmes la tapi versi komedi Malaysia. Bezanya cerita Sherlock Holmes mungkin bukan komedi sebab aku tak pernah lagi tengok filem si Sherlock nih [Ada ker??? Kalau buku tu banyak ler yang aku baca]. LOS DAN FAUN:: Mengisahkan 2 orang sahabat ya...