Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

MY BIG FAMILY~!

Dalam sibok-sibok aku membuat assignment untuk dihantar pada hari Jumaat nih, aku rasa macam tak lengkap kalau tak update entry pasal Raya Qurban kat kampung ayah aku hari tuh. Mana nak mula yer?

Ok lets start with the Hari raya itself..

For me, the Hari Raya Qurban this year was the worst hari raya I ever had. Why??? Bcoz, I'm not going back to my nenek's house, not meeting my granny, of course. Huh, nak tau aku buat apa sepanjang hari? Just sleeping, sleeping and sleeping while my mom and dad went to neighbour's house forkenduri tahlil...(This is the reason why aku tak balik rumah nenek!! ada ke buat kenduri time-time raya...ceh!) And, my brother pon tak beraya kat umah mak bapak aku tahun ni, dia beraya rumah mak mertua dia. Hmm memang sah bosan giler Raya Haji tahun nih..huhuh tapi apa boleh buat, aku mengikut saja kedua orang tuaku, dimana mereka ada, maka aku pun ada lah.

Done about Hari Raya Qurban. Next is the story about our BIG Family day at my Granny's house! T…

BISTRO BONDA ~

I'm veri the bengang dengan sebuah restoran yang kengkonon namanya gah di Putrajaya nih!. Kalau setakat restoran kecik, pekerja pon pakai pekerja INDON dan BANGLA (ada kot sorang dua tukang bawak air) tak payah la nak berlagak dan perasan maju. Mentang-mentang kedai ko satu jer yang orang senang nampak kat area situ, ko nak demand lebey-lebey plak yer????
Apa yang aku emo sangat ni? aku rasa kalau sesiapa pon yang terkena dengan situasi yang aku dan opismate aku kena hari tu, pasti korang pon akan bengang! Begini kisahnya:
Menu: Aku- Laksa penang (yang tak sedap langsung, tawar dan cair...tapi ada hati jugak nak jual kat customer), air minuman hanyalah Teh Ais.Member 1 - Makan nasik puteh, lauk sotong sekor, dengan sayur seciput ...minuman yang dipesan hanya air suam.
Member 2 - Makan nasik puteh, lauk sayur dan seekor ikan kembung..oh ya lupa pulak bersama sehelai rambut 'pontianak' yang jelas kelihatan dengan mata kasar. Minuman yang dipesan adalah Air kosong. Nak dijadika…

Salam Qurban!~

Salam Alaik!~ (haha saja polish balik Bahasa Arab aku yang dah lama dipendamkan)

Harini tanggal 27 November 2009, maka umat Islam seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha!. Secara langsung akan mengingati juga peristiwa 'pengorbanan' Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail yang begitu taat keada perintah ALLAH.
Tahun ni juga merupakan satu pengorbanan dalam hidup aku. Untuk kali pertamanya dalam sejarah hidup aku, menyambut Hari Raya di rumah sendiri, di Perak. Tahun ni kami sekeluarga tidak pulang ke kampung berhari raya bersama nenek dan sanak saudara. Just my family. Sebenarnya bosan Giler!!! Mood raya tak ada langsung! Rentetan daripada itu, aku hanya membuta sehari suntuk di dalam bilik dan melayan internet. Pendek kata, Hari Raya Aidil Adha tahun ni lebih worst dari masa Ayah dan Mak aku pergi Haji dulu...(at least time tu aku celebrate raya dengan sedara mara).
Ok tak mau citer banyak... For those who selebrating Hari Raya Aidil Adha for this year, I'm wishing …

Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang~

Hah takde kena mengena dengan tajuk langsung entry kali nih!!!(sajer jer sebab tak tau nak bubuh tajuk apa).

Kemusnahan Alam Sekitar. Sana-sini memang ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Huh topik yang agak berat untuk aku tulis kali ni? Telan saja lah sebab itu merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Bila aku fikir kembali, tugas aku sekarang ni adalah sebahagian daripada apa yang aku sebutkan di atas, sebahagian daripada tugas khalifah di muka bumi. Dalam erti kata lain, bila aku buat kerja kat opis tu, aku akan dapat pahala! Alhamdulillah..(Semua kerja baik yang kita buat sebenarnya dapat pahala).

Ok tak nak merepek panjang, baru-baru ni aku berkesempatan 'menziarah' ke satu tapak projek mega, yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan yang rancak. Ini adalah sebahagian daripada tugas aku, nak tak nak aku kena juga pergi walaupun tempat yang dituju itu terletak jauh nun di pelusuk belantara, dan pelbagai rintangan terp…

Nak Cari Ilmu...Nak Cari Ilmu...

Dah dekat-dekat hujung tahun ni makin menjadi-jadi pulak kursus yang aku kena attend. Semiggu lagi aku kena berkursus, tapi kali ni dekat je...KAJANG. Takperla pikir-pikir balik ni lah peluang untuk menambahkan ilmu di dada. Bukan senang nak cari ilmu free sekarang nih. Kalau dah ada peluang, why not kita belasah saja. Oh bercakap pasal ilmu free, ni aku nak cerita pengalaman baru yang bukan senang nak dapat.
Minggu lepas aku berpeluang mengikuti satu kelas FREE yang dah lama aku cari merata KL-Putrajaya-Selangor. Akhirnya berbekalkan usaha tanpa mengenal penat lelah (tak boleh blah ayat kan???) akhirnya aku pon berjaya menjumpai sekumpulan penagih ilmu yang mengaturkan satu sesi pembelajaran secara percuma. Alhamdulillah, berkat ilmu yang dicurahkan, bukan sahaja dapat pahala, malah kenalan baru pon dapat jugak kan?
Nama individu yang begitu bermurah hati mencurahkan ilmu tu adalah Encik Hadi. Aku panggil bro Hadi la. Thanks sebab sudi mencurahkan ilmu berdasarkan pengalaman dan pem…

Di Bawah Lampu Jalan~

Dalam sibuk-sebuk aku membelek album-album lama untuk projek terbaru aku, tetibe pulak aku terjumpa beberapa keping gambar yang sekaligus mengimbau kenangan lama dolu-dolu time muda remaja, riang-ria bergurau senda dengan kawan-kawan sekepala dengan aku. Adoi miss that moment very much!!! Sekarang ni masing-masing dah buat haluan sendiri dan dah beranak-pinak dah! Aku je pulak yang terkontang-kanting kat sini. Huhuhu.

Masa di universiti dulu, aku dan beberapa orang teman sekelas (yang sama course dengan aku) telah menganjurkan satu aktiviti perkelahan di Port Dickson, kalau tak silap aku nama tempat tu Blue Lagoon. Sekarang ni mesti dah lain macam dah tempat tu sebab kejadian ni berlaku seawal tahun 2003 kot. Rancang-punya rancang, jenuh jugak mencang satu dewan kuliah tanya kat member-member siapa yang nak join lagi. Akhirnya terkumpullah dalam 5 buah kereta. Hmm ramai jugak kan yang nak join? Sebetulnya ada jugak dikalangan member yang tak berapa rapat pon nak join jugak, kira ok lah…

Kahwin Dah.... Mamat Nih!

Minggu lepas agak kelam kabut sikit sebab terpaksa bergegas pulang ke kampung selepas kerja. Huh memang penat, dan terpaksa pulak amek sepupu aku di Subang, nak tumpang balik sama. Alhamdulillah save bajet hahaha. Perkahwinan anak Pak Long aku di Ipoh berlangsung sederhana, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Tahniah ya Duan dan pasangannya (alamak aku lupa pulak nama bini dia??? hahah sorry yer) Selamat menjalani hidup bekeluarga. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Pagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kakak kepada pengantin pulak nak bertunang. Maknanya double ceremony lah ni. Patutla Paklong dan Maklong aku tak senang duduk. Macam-macam benda nak kena settle. Mujur adik beradik ramai, boleh jugak tolong-tolong apa yang patut.

Ok hujung-hujung tahun ni bertambah busy pulak. So tak dapat nak update selalu. But once everything settled, InsyaAllah ia akan kembali seperti sedia kala!

(Aku lulus Kursus BTN!!! Yeay!~)

PEACE~





PULAPA: Seminggu Yang Memenatkan~

Minggu lepas aku berkursus di Pahang selama seminggu, Kursus Asas Keselamatan dan Pertolongan Cemas. Mesti ada yang pelik kenapa aku kena pergi kursus tu kan? Sedangkan bidang kerja aku tak payah pon nak kena selamatkan mangsa kebakaran ker, mangsa kemalangan ke ataupun yang sewaktu dengannya. Hmmm sebenarnya aku ni dah dipertanggungjawabkan sebagai Pak GuardAras tempat aku bekerja. So setiap Pak Guard yang dilantik wajib mengikuti kusus tersebut. Jadi sebab itulah aku kena melalui satu minggu yang memenatkan di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Jengka, Pahang.PULAPA merupakan pusat latihan untuk anggota Pertahanan Awam (JPA3) bagi zon timur kalau tak silap aku la.

Kalau nak diikutkan hati, aku memang malas nak pergi kursus ni, sebab kerja kat opis pon berlambak-lambak, tambahan pulak dah masuk hujung tahun ni, macam-macam perkara kena settlekan. Tapi memandangkan arahan datang daripada BOS BESAR, maka terpaksa la pegi jugak. Aku dan 2 orang lagi rakan sekerja bertolak ke PULAPA …