2009-11-02

PULAPA: Seminggu Yang Memenatkan~

Minggu lepas aku berkursus di Pahang selama seminggu, Kursus Asas Keselamatan dan Pertolongan Cemas. Mesti ada yang pelik kenapa aku kena pergi kursus tu kan? Sedangkan bidang kerja aku tak payah pon nak kena selamatkan mangsa kebakaran ker, mangsa kemalangan ke ataupun yang sewaktu dengannya. Hmmm sebenarnya aku ni dah dipertanggungjawabkan sebagai Pak Guard Aras tempat aku bekerja. So setiap Pak Guard yang dilantik wajib mengikuti kusus tersebut. Jadi sebab itulah aku kena melalui satu minggu yang memenatkan di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Jengka, Pahang. PULAPA merupakan pusat latihan untuk anggota Pertahanan Awam (JPA3) bagi zon timur kalau tak silap aku la.

Kalau nak diikutkan hati, aku memang malas nak pergi kursus ni, sebab kerja kat opis pon berlambak-lambak, tambahan pulak dah masuk hujung tahun ni, macam-macam perkara kena settlekan. Tapi memandangkan arahan datang daripada BOS BESAR, maka terpaksa la pegi jugak. Aku dan 2 orang lagi rakan sekerja bertolak ke PULAPA Jengka pada hari Ahad (25 Oktober 2009). Sampai-sampai je kat tempat tu, huh tuhan je yang tahu perasaan aku dan kengkawan. Bayangkan keadaan tempat tu dah macam kem askar, bilik-bilik pulak macam sekolah asrama. Huhuhu ngeri bila pikir yang kami akan dilayan macam askar!!!

Malam tu pulak ada sesi taklimat tentang disiplin dan perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang berada di dalam kem. Dan kebetulan pulak, kursus kami ni berjalan serentak dengan dua buah kursus lain untuk anggota Pertahanan Awam. Huhuh lagi la cuak. Memang ngeri la dengar peraturan-peraturan dia, antaranya tak boleh keluar dari kem, jalan kena sentiasa "naik bas"(beratur berkumpulan) dll lagi. Aku pasrah sajer la.

Keesokan harinya pagi-pagi dah kena beratur seawal 6.45 pagi kena terpacak depan tiang bendera. Ada upacara menaikkan bendera pulak setiap pagi. Lepas upacara menaikkan bendera, kena pulak buat senaman pagi sebelum bersarapan dan masuk ke kelas. Alhamdulillah makan memang best, 6 kali sehari!!! Mana tak gemuk!

Sebenarnya di dalam kelas, kami diberitahu bahawa peraturan-peraturan yang ketat tu hanya sebagai prosedur memandangkan ada kursus lain yang berlangsung sama. Kami tidak perlu mengikut prosedur yang ketat tu, pendek kata kami akan diberi layanan VIP la ..hhhhuhuhuh lega aku dengar. But still, upacara menaikan bendera dan senaman pagi adalah wajib. Tak kisah lah.

Selama seminggu, aku didedahkan dengan teknik-teknik pertolongan cemas, CPR, kaedah balutan luka, teknik memadam kebakaran, teknik melepaskan diri dari bangunan terbakar, teknik menyeberangi sungai dan sebagainya!. Memang mencabar dan memenatkan. Banyak aktiviti luar yang perlu kami lakukan. Yang paling best bila diorang bawak kami ke Lubuk Yu, untuk teknik menyeberang sungai. Best giler dapat keluar kem dan mandi sungai!

Apa-apa pun, kursus ni memberi pengalaman yang paling bermakna untuk aku. Iyalah, kalau takda kursus ni entah bila pulak aku dapat try semua benda-benda tuh. Pengalaman seumur hidup tuh! Yang best lagi, dapat kenalan baru.

Terima kasih untuk cikgu-cikgu di PULAPA, Kapten Lokman, Encik Kamal dll. Anda semua memang best! (Sebab terpaksa layan karenah giler2 kami!).

PEACE!







6 comments:

  1. Apesal tak kena ragging. Ish. Tipu betui.

    ReplyDelete
  2. Dr. House:

    Sebb aku ada kat situ, sbb tu diorang tak ragging!! Hahahha~

    ReplyDelete
  3. Yeirkif:

    Yup..inilah kursusnya.... amacam menarik kan?? wakakaka.

    ReplyDelete
  4. Masmz

    Rasa-rasanya memang pi bergumbira pong. hahahahaa

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS