Hah takde kena mengena dengan tajuk langsung entry kali nih!!! (sajer jer sebab tak tau nak bubuh tajuk apa).
Kemusnahan Alam Sekitar. Sana-sini memang ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Huh topik yang agak berat untuk aku tulis kali ni? Telan saja lah sebab itu merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Bila aku fikir kembali, tugas aku sekarang ni adalah sebahagian daripada apa yang aku sebutkan di atas, sebahagian daripada tugas khalifah di muka bumi. Dalam erti kata lain, bila aku buat kerja kat opis tu, aku akan dapat pahala! Alhamdulillah..(Semua kerja baik yang kita buat sebenarnya dapat pahala).

Ok tak nak merepek panjang, baru-baru ni aku berkesempatan 'menziarah' ke satu tapak projek mega, yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan yang rancak. Ini adalah sebahagian daripada tugas aku, nak tak nak aku kena juga pergi walaupun tempat yang dituju itu terletak jauh nun di pelusuk belantara, dan pelbagai rintangan terpaksa aku dan team harungi seperti hujan, tanah berlumpur, kejadian kenderaan hampir terbalik dan sebagainya. Sabar je lah.
Apa yang menarik untuk aku kongsikan di sini adalah perancangan. Sebenarnya apa-apa kerja yang kita nak buat perlu ada perancangan. Jangan main redah sesuka hati, silap haribulan ada yang terlepas pandang dan mungkin akan mendatangkan masalah dikemudian hari. Berbalik kepada tempat yang aku lawati, sebetulnya sedih aku melihat bila hutan yang kaya dengan khazanah semulajadi, diselongkar dengan sesuka hati. Hmm aku tak tau la apa perasaan orang yang buat kerja-kerja nih, diorang tak rasa bersalah ker??? Kalau aku la kan, seumur hidup aku akan rasa bersalah kalau aku buat benda-benda macam tuh.
Bila ditanya, mereka menjawab atas alasan pembangunan, kalau semua nak dijaga maka takkan ada lah pembangunan. Aduh itu adalah pemikiran orang yang KOLOT! Pembangunan itu boleh dilakukan tanpa kemusnahan! Asalkan ia dilakukan dengan perancangan yang teliti, bukan main redah saje!. Bukankah sebelum sesebuah pembangunan itu dijalankan telah ada garispanduan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?? habes tu kenapa tak ikot? itulah namanya jahil ilmu.
Entahlah, daripada hasil siasatan tempoh hari, kesimpulan yang dapat aku buat adalah, projek tersebut GAGAL dalam menjalankan earthwork dan tindakan pon sedang dijalankan. Harap-harap kemusnahan tersebut dapat diminimakan seminimum mungkin. Aduh, sedih tengok "mereka-mereka" yang dimusnahkan itu...
PEACE!
Apa kisah hutan gondol, janji masyuuuuk.
ReplyDeleteTu lah macam yg aku cakap....kat atas tu pemikiran yang __________?
ReplyDeletedah lamer pulak tak dengo perkataan cakcibor... iyer lar sian ke deme :(
ReplyDeleteCikMAs =
ReplyDeleteTu la ..aku dulu kecik2 suke bebeno menyucuk bontot cakcibor tu dengan daun lalang..pastu suh depe terbang hehehehe..kejam..kejam..
huh! cam pnah dgr cakcibor.
ReplyDeletehahaha... nama lainnye ialah kelontet! kalau tak silap aa..
jangan nak pikir lucah okay!
Nuke =
ReplyDeleteHahaha cakcibr tu bahasa perak.. tapi kompius, tak penah plak dengo name glamer cakcibor tu kelontet???? hahaha pelik jer bunyinyer!