Minggu lepas agak kelam kabut sikit sebab terpaksa bergegas pulang ke kampung selepas kerja. Huh memang penat, dan terpaksa pulak amek sepupu aku di Subang, nak tumpang balik sama. Alhamdulillah save bajet hahaha. Perkahwinan anak Pak Long aku di Ipoh berlangsung sederhana, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Tahniah ya Duan dan pasangannya (alamak aku lupa pulak nama bini dia??? hahah sorry yer) Selamat menjalani hidup bekeluarga. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Pagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kakak kepada pengantin pulak nak bertunang. Maknanya double ceremony lah ni. Patutla Paklong dan Maklong aku tak senang duduk. Macam-macam benda nak kena settle. Mujur adik beradik ramai, boleh jugak tolong-tolong apa yang patut.
Ok hujung-hujung tahun ni bertambah busy pulak. So tak dapat nak update selalu. But once everything settled, InsyaAllah ia akan kembali seperti sedia kala!
(Aku lulus Kursus BTN!!! Yeay!~)
PEACE~
Tahniah Lulus Kursus BTN...
ReplyDeleteCantik pelamin
Daya
ReplyDeleteThanks :)