Posts

Showing posts with the label Malaysia

SABAH: Tip of Borneo - Jalan Tikus Demi Sebuah Pemandangan (Part 2)

Image
Hari ke-dua, sampai jugak akhirnya ke The Tip of Borneo! Tempat yang selalu nampak dalam gambar-gambar orang bercuti, kali ni giliran aku dan Shah pulak nak jejak. Tapi itulah, bila dah excited sampai, tengok-tengok kawasan tu CLOSE FOR CONSTRUCTION .  Ya Allah, dugaan apakah ini?!  Frust? Memang frust. Bayangkan dah drive jauh dari Kudat, lalu jalan berliku, tiba-tiba tak boleh masuk. Shah dah siap nak patah balik, tapi aku pulak rasa macam tak boleh terima kenyataan. Mana boleh datang sejauh ni, lepas tu balik tangan kosong? Jadi aku pun buat benda paling logik, tanya acik meniaga tepi jalan!   "Acik, sini tutup eh? Tak boleh masuk langsung ke?"   Acik tu pandang aku sambil hisap rokok, lepas tu jeling sikit ke Shah. "Meh acik tunjuk jalan tikus. Boleh masuk, tapi…"   Ah sudah. Mesti ada syarat ni.   "Tapi kena bayar duit rokok sikit," katanya sambil angkat kening. Aku dah agak. Shah kat sebelah dah tersengih je, macam boleh agak aku s...

KL Car Free Morning – Kayuhan Sempoi di Tengah Kotaraya dan Banglo 289

Image
Pagi Ahad, Kuala Lumpur berubah wajah. KL Car Free Morning , program yang diadakan dua kali sebulan, mengubah jalan utama seperti Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, dan Jalan Sultan Ismail menjadi zon bebas kenderaan. Dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kawasan ini hanya dibuka untuk basikal, pejalan kaki, dan aktiviti rekreasi lain. Aku bersama Kori, Lizzy, dan Keri mengambil peluang untuk sertai program ni. Dengan basikal masing-masing, kami berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perjalanan. Suasana di sini sangat hidup, dari basikal klasik ke model moden yang dihiasi lampu LED, semuanya ada. Orang ramai, termasuk keluarga dengan anak kecil, berkumpul untuk menikmati pagi tanpa gangguan trafik. Perjalanan kami bermula dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Laluan yang biasanya sibuk kini terasa seperti taman rekreasi terbuka. Udara lebih segar, tanpa bunyi hon atau asap kenderaan. Kami nampak ramai yang berjoging, berjalan santai bersama haiwan peliharaan, malah ada yang bermai...

Kempen Visit Malaysia 2026: Maskot Beruang Matahari Yang Wow!

Image
Bila dengar pasal kempen Visit Malaysia 2026 ni, terus rasa excited! Lagi best bila tahu maskot rasmi dia adalah beruang matahari yang beri nama Wira dan Manja, haiwan comel dan unik yang memang sinonim dengan Malaysia. Rasa macam keputusan ni sangat tepat sebab ia bukan saja menonjolkan keindahan biodiversiti negara, tapi juga ingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar.   Beruang matahari ni rare tau, tak semua negara ada. Jadi, dia memang pilihan yang sempurna untuk tunjukkan betapa specialnya Malaysia. Dengan muka dia yang comel dan senyum manis tu, confirm menarik perhatian pelancong, dari dalam dan luar negara.   Tapi, tak boleh hanya bergantung pada maskot comel je. Harapnya kempen ni akan betul-betul tingkatkan kesedaran tentang kepentingan jaga hidupan liar dan pelancongan lestari. Kalau nak tarik pelancong, biar mereka nampak Malaysia ni bukan saja cantik, tapi juga prihatin dengan alam sekitar.   Overall, rasa bangga tengok usaha ni. Harap Visit Malay...

From Beaufort To Tenom: Borneo 'Express'

Image
Assalammualaikum!!!  Maafkan aku, tetiba nak caras entry Cambodia dan Japan. Huhu kasi chance la kan, sebab entry ni lagi senang nak tulis, pendek je. Tak kira, aku buat jugak entry ni ok! Taknak baca sudah. Lols. OK sebelum apa-apa jom layan video ringkas sepanjang perjalanan aku ke Tenom dari Beaufort .AYUH! Tenom Valley...The North Borneo Railway Kisahnya bermula bila aku terbaca dan terlihat mengenai The North Borneo Railway ni di kaca tv dan disokong pula dengan keindahan cinematography dalam filem Ola-Bola yang sedang hagat dimainkan di pawagam. Dari situ terdetik nak 'merasa' sendiri pengalaman menaiki keretapi 'kontena' ke Pekan Tenom . Kebetulan pulak ada urusan kerja sikit di Sipitang so why not kan? Maka aku dan seorang member lama dari Labuan , merancang perjalanan. Dan sepatutnya ada sorang lagi member dari Miri nak join tapi terpaksa cancel last minute disebabkan hal kerja, maka tinggallah aku dan Kay  (nama ...

Teaser: Sejenak Di Bohey Dulang, Semporna.

Image
Assalammualaikum!!! Saja nak cerita sikit... bagi teaser. Semalam, aku join satu group ni, pegi panjat Bohey Dulang, pegi mandi laut... fuh serunuk! Tengok gambar dulu la ye, cerita panjang aku tulis kemudian. Hehehe busy sikit. Pulau: Bohey Dulang, Semporna, Sabah Lokasi: Taman Laut Tun Sakaran, Semporna, Sabah Ketinggian: 265 meter dari aras laut. Trekking Trail: 600 meter Walaupun jerebu, gigih la jugak memanjat!  Jeti Tun Sakaran Marine Park.  Hiks, selfi sekeping. WASSALAM.

Explore Philea Resort & Spa Melaka dan Media Appreciation Night

Image
Assalammualaikum! Alhamdulillah, haritu aku dijemput untuk menyertai aktiviti "Explore Philea Resort & Spa, Melaka" untuk dua hari satu malam. Memula tu rasa macam tak boleh nak accept invitation diorang tapi, bila arrange balik jadual kerja dan sebagainya  dapat jugaklah aku bahagikan masa yang ciput untuk join Philea resort ni. Terima kasih kepada Ms. Tee Mei Fong di atas invitation , you are such an lovely lady! (hiks bukan bodek ye!) First day , aku sampai je kat Philea Resort & Spa, Melaka ni memang rasa kagum! Apa tidaknya, konsep keseluruhan resort ni adalah Eco Resort (alam semula jadi), dan lebih kurang 70% bangunan di sini dibina berasakan kayu serta serpihan-serpihan tinggalan kapal-kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi. Sempat Ms. Mei Fong  bagitahu aku, di sini mereka menjalankan proses maintenance terhadap bangunan yang di bina daripada kayu kayan dengan menyembur sejenis chemical setiap 3-6 bulan sekali. Ini bagi memastikan...