2015-02-06

Explore Philea Resort & Spa Melaka dan Media Appreciation Night

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, haritu aku dijemput untuk menyertai aktiviti "Explore Philea Resort & Spa, Melaka" untuk dua hari satu malam. Memula tu rasa macam tak boleh nak accept invitation diorang tapi, bila arrange balik jadual kerja dan sebagainya  dapat jugaklah aku bahagikan masa yang ciput untuk join Philea resort ni. Terima kasih kepada Ms. Tee Mei Fong di atas invitation, you are such an lovely lady! (hiks bukan bodek ye!)

First day, aku sampai je kat Philea Resort & Spa, Melaka ni memang rasa kagum! Apa tidaknya, konsep keseluruhan resort ni adalah Eco Resort (alam semula jadi), dan lebih kurang 70% bangunan di sini dibina berasakan kayu serta serpihan-serpihan tinggalan kapal-kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi. Sempat Ms. Mei Fong bagitahu aku, di sini mereka menjalankan proses maintenance terhadap bangunan yang di bina daripada kayu kayan dengan menyembur sejenis chemical setiap 3-6 bulan sekali. Ini bagi memastikan kesegaran dan ketahanan kayu-kayan tersebut daripada serangan anai-anai dan mahluk perosak yang lain.

Center of Attraction.
Morning view. Tak ramai lagi orang bangun pagi, mungkin lena di dalam keselesaan bilik memasing? hiks.
Berjalan mengelilingi resort ni sebenarnya agak penat sebab resort ni agak besar, tapi disebabkan ada perkhidmatan buggy yang boleh membawa penumpang ke mana-mana di sekitar resort, so tak jadi masalah untuk sesiapa saja mengelilingi resort ini.

Kebanyakan pagar di sini dibina menggunakan kayu landasan keretapi.
Pavilion Room, Ada 4 unit setiap blok.
Swimming pool dan sungai buatan, tapi dalam tu takda ikan pun.
Ruangan santai. 
Pintu masuk ke Royal Villa. Nice one.
Mana-mana saja memang cantik, kalau buat wedding photoshoot memang best giler!
Dulu katanya tak ada lamp post ni. Sekarang baru pasang kat tepi-tepi laluan, baru datangkan impak romantik. :p
Laluan di sepanjang kawasan resort, boleh buat track jogging jugak.
Philea Suite, sesuai untuk honeymoon. eh.
Dekorasi di dalam Royal Villa. Lawa!
Royal Villa.
Pavilion Room. 
Royal Villa.
Royal Villa.
Sebelah malam pulak, kami dijemput untuk menghadiri Media Appreciation Night. Ada lebih kurang 20 orang dari pelbagai saluran media datang malam tu, tetibe rasa kecik je hahaha. Apa de hal, yang peting dapat buat ramai kawan ye dak? So malam tu tema makanannya adalah steamboat, dan ada special dish iaitu 'Peking Roast Duck' untuk special offer for Chinese New Year.

Sesi penerangan oleh chef.
Demo masakan.
Binatang-binatang mentah.
Ok tak bleh masuk...
Ms. Tee Mey Fong tengah buat opening speech.
Dua chef khas untuk masak "Peking Roast Duck"
Chef tengah beraksi, begitu jugakla dengan para wartawan semua, aku duduk belakang je la mereput.
Tu dia, nak potong itik kene ada skill ok!
Dan hasilnya!
Apa lagi, pilih je la mana berkenan.
Sedia untuk dimakan
Guest Room.

Pandangan personal aku mengenai Philea Resort & Spa Melaka:

  1. High Class Resort (5 Star Hotel). Bila berada dalam resort ni seolah-olah berada di dalam satu taman yang sangat cantik, dikelilingi alam semula jadi yang jarang di-offer oleh kebanyakan hotel / resort lain di Malaysia.
  2. Frendly staff. Kebanyakan staff dekat Philea Resort & Spa ni mudah di sapa, mudah tersenyum dan menyenangkan. Tak ada drama-drama yang tidak dikehendaki berlaku :p.
  3. Ruang tidur yang sangat selesa sehingga korang boleh berangan-angan yang korang nak memiliki rumah macam kat sini. Memang selesa (sesuai lah dengan harganya) dan korang boleh pilih nak duduk kat bilik jenis macamana, samada Pavilion Room, Philea Suite atau Royal Villa (Ms Mei Fong bagitau, Dato' Shah Rukh Khan pernah menyewa seminggu kat Royal Villa masa dia buat penggambaran kat Melaka dulu).
  4. Kemudahan yang pelbagai, resort ni dilengkapi dengan 5 buah cafe, Gym, Swimming Pool, Spa, Karaoke Room, Games Room dan beberapa kemudahan lain yang berdekatan dengan resort.
Tanjung Wellness Spa
Pavilion Room.
Ok ini kami + Fuad dari Melaka Press.
Nak masuk spa tapi tutup...sekian.
Pstt: Terima kasih kepada Sharmsoul (Gaya Travel) sebab invite aku juga. Dan Marini (Lisa Magazine) selaku teman makan. Oh dan tak lupa to Sis Lily Globetrotter atas recommendation. Hiks. 

Psttt2: Ada dua special Offers sedang berlangsung sekarang ni yakni "Valentines Day Dinner' dan 'Chinese New Year Retreat Package'
CNY Retreat Package.
Valentine's Day Dinner
WASSALAM.


28 comments:

  1. menarik tempat ni.. ala2 log houses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra

      Environment dia memang mantap!

      Delete
  2. Best yah dapat invitation. Check my email, tiada invitation pun. Sedih i xP

    ReplyDelete
    Replies
    1. DDT

      Alaaaa nanti mesti you dapat punye. :)

      Delete
  3. Wow! Cun tp xmampuuuu.... Tgk gmbo je laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ

      Pi cari abam-abam hemsem sponser. Dapat la free hiks

      Delete
  4. Cantiknyer... dikelilingi lush greenery. mahalkan hotel ni..? ada government rate x...? hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica

      Lawa kan. Ada gov rate. tapi kene cek la dengan hotel.

      Delete
  5. Salam. Hee sungguh cantik dan menarik. Mesti harganya pun menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga lalat.

      Harganya mmg menarik. tapi kalau dapat time promotion agak berbaloi juga.

      Delete
  6. ramai cakap tak sesuai bawak anak kat sini..ye eh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idzwa

      Hmmm i dont think so. Ramai je orang bawak anak masa i pg. Dan env dia pun sesuai untuk budak budak.

      Delete
  7. Yeaaah post philea kua.x sia2 check blog ni hr2..kalah ckgu skolah
    Kekeke

    ReplyDelete
  8. cantiknya phileaa! kena jadi wishlist nak pergi ni. :D

    ReplyDelete
  9. SubhanaAllah. Cantik betul eh tempat ni. Saya betul-betul tertarik dengan interior design dia yang memang berkonsepkan alam semula jadi. Tenang je rasa! Masalah sekarang is, kenapa pergi tak ajak saya? huwaaarg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poojie

      Haah sesuai untuk awak yang pandai amik gambar!. Alaaa tak sempat nak ajak awak sebab saya pun org lain ajak hahah.

      Delete
  10. Macam tak percaya ini di Malaysia. Gambarpun cantik-cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA

      Iya percayalah ianya hanya di Melaka!

      Delete
  11. Saya ke resort ni masa die tengah construction dulu, skrang bile dahsuap tak pernah pergi lagi.. nanti2 boleh la saya keseni untuk bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorsett

      Haaa pegilah explore time tak construction pula.

      Delete
  12. Tempat penginapan memang class giler..
    Memang boleh menenangkan jiwa..
    But part makanan tu pulak.. aduhai terliur sgt dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Boleh la pi hanimun untuk kesekian kalinya di situ hiks

      Delete
  13. Assalamualaikum en ren.
    Setiap unit ada tangga ke? Sebab saya ada ibu yang mengidap sroke

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum en ren.
    Setiap unit ada tangga menuju ke bilik ke? Sebab saya ada ibu yang mengidap stroke

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!