Posts

Showing posts with the label EcoTourism

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Image
Assalammualaikum!!! Ok untuk makluman ini bukan entry berbayar ataupon sponsor dari mana-mana pihak. Aku je gatal-gatal pergi sana sendiri sebab tak perrnah tahu pun wujudnya tempat ni.  Hahaha tempat apa Perak Agrotourism Reso rt atau PATRO ni? Aku pun tertanya-tanya sebab mulanya member aku ajak pegi situ sebab nak naik kuda. Hoh naik kuda? Memang tak pernah aku naik kuda besar dan tinggi macdam dalam TV tu, yg pernah pun naik masa di Bromo dulu tu pun kuda kecik hahaha. OK, lokasi PATRO ni adalah di Tanjung Tualang, Perak , tak jauh dari Pekan Kampar , dan tak jauh juga dari Pekan Chenderung Balai. Actually dekat je dengan kampung aku. Nak ke PATRO boleh waze je PATRO, kompom la si waze tu bawak korang ke sana. Zaman-zaman canggih teknologi di hujung jari ni kalau tak reti guna tu silalah belajar. malu! Hahaha. Fun map bagi keseluruhan kawasan PATRO OK kalau tengok pada map di atas ni, kawasan PATRO ni besar ye, kami dimaklumkan untuk kawasan la...

Explore Philea Resort & Spa Melaka dan Media Appreciation Night

Image
Assalammualaikum! Alhamdulillah, haritu aku dijemput untuk menyertai aktiviti "Explore Philea Resort & Spa, Melaka" untuk dua hari satu malam. Memula tu rasa macam tak boleh nak accept invitation diorang tapi, bila arrange balik jadual kerja dan sebagainya  dapat jugaklah aku bahagikan masa yang ciput untuk join Philea resort ni. Terima kasih kepada Ms. Tee Mei Fong di atas invitation , you are such an lovely lady! (hiks bukan bodek ye!) First day , aku sampai je kat Philea Resort & Spa, Melaka ni memang rasa kagum! Apa tidaknya, konsep keseluruhan resort ni adalah Eco Resort (alam semula jadi), dan lebih kurang 70% bangunan di sini dibina berasakan kayu serta serpihan-serpihan tinggalan kapal-kapal karam dan kayu-kayu landasan keretapi. Sempat Ms. Mei Fong  bagitahu aku, di sini mereka menjalankan proses maintenance terhadap bangunan yang di bina daripada kayu kayan dengan menyembur sejenis chemical setiap 3-6 bulan sekali. Ini bagi memastikan...

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Image
Assalammualaikum!!! Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni . Sorry la lambat sangat nak habis. [ Sambungan daripada Part 3 ] Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi. Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi , yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ.  So kami bergerak untuk ke Night Safari leb...

Visit Malaysia 2014: Sandakan, Sabah (Bornean Sun Bear Conservation Center At Sepilok)

Image
Assalammualaikum! Sedih sebab lens kemera yang banyak berbakti telah masuk sepital. Kos rawatan pulak mencecah ratusan ribu ringgit. Terasa gelap sekejap dunia ni # drama ... terpaksa pakai henpon je kalo nak amik gambo lepas ni. #nanges. Mesti korang menyampah kan sebab aku asyik citer pasal lens rosak je, bertabahlah. OK aku sambung lagi kisah di Sandakan, Sabah. Jika sebelum ini aku ada tulis mengenai salah satu tempat tarikan pelancong di Sandakan iaitu 'Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary' (Rujuk SINI ), kali ni aku nak kongsi pulak mengenai satu tempat yang masih belum dibuka sepenuhnya. Aku dapat masuk tempat ni pon dulu sebab atas urusan kerja. Alhamdulillah , syukur dapat merasa tengok dulu tempat ni sebelum dibuka secara rasmi. Tempat yang aku pergi ni merupakan pusat konservasi beruang matahari di Sepilok, Sandakan Sabah atau akan dikenali sebagai Bornean Sun Bear Conservation Center (BSBCC). Lokasi pusat ini adalah betul-betul di sebelah pusat konse...