Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Menelan Western di Restoran Sharifah ~ Bangi (",)

Foodtrekker kali ni menerjah pula ke kawasan sebelah selatan Kuala Lumpur. Takda la jauh sangat pon, dekat saja iaitu Bangi. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja melalui Lebuhraya PLUS. Kalau dari area Puchong pula, lebih kurang 20 minit. Dari tempat lain, aku tak reti nak agak…heheh pandai-pandai sendiri la yer...
Cerita lanjut di Food's trekker...



Rehat Sebentar Kemudian Sambung Semula (",)

Aduh sindrom malas kembali menyelinap ke seluruh pelusok badan aku ni...Dah dekat seminggu tak hapdethutan belantara nih...Memang pemalas betol. Tika ini perasaan aku masih di awang-awangan, belum berpijak di bumi nyata. Betol kata teman-teman, pertengahan tahun [lazimnya bulan April hingga Jun] kebanyakan orang akan diserang sindrom malas!. Hmm betol! Memang tepat sekali, sebab aku sendiri sedang mengalaminya. [Orang lain aku tak tau la pulak].
Apa yang pasti, sejak bulan tiga membawak ke bulan lima ni, aku tak habis-habis merantau ke sana-ke mari dan tetibe sekarang senyap dok kat rumah. Mana tak 'kejutan budaya' namanya! Bila kaki dah biasa berjalan, jiwa dah asyik menatap sesuatu yang indah, semua itu memang sukar untuk dihentikan. Ramai teman yang suruh aku berhenti seketika, bawak-bawak la duduk kat rumah, bilik pon dah macam sarang tikus sebab tak sempat nak berkemas [hahahahaha], akhirnya aku akur, nekad buat beberapa minggu ini tubuh ini tidak akan ke mana-mana. Men…

Perhentian Escapade Part 3: Good Bye Perhentian

Berhari-hari di Pulau Perhentian sikitpon tidak terasa penat. Bohong? tidak sama sekali. Bayangkan sentiasa dikelilingi air laut yang jernih. Pantai yang indah dengan pasir-pasir halus menyaluti kaki dan deruan angin yang sentiasa segar, masakan aku boleh merasa penat di Pulau ini! Tidak sama sekali.
Hari ini kami bercadang untuk menghabiskan masa di sekitar chalet sahaja..dan mungkin sebelah petang pula akan ke Long Beach. Menurut kata abang Ropi, pemandu bot kami, Long Beach adalah satu tempat yang sangat menarik, pemandangannya juga 'indah'! haaha best tu, mesti kena pergi. Long Beach, atau nama Malaysianya Pantai Panjang memang menjadi tumpuan ramai pelancong asing [Mat Saleh]. Ombak kat sini agak kuat, tak seperti di pantai depan chalet kami tinggal tu. Kami pon apa lagi, nak merasa la di pukul ombak yang kuat! Terjun! Di Long Beach tak lama, lebih kurang 4 jam saja sbelum Abang Ropi menjemput kami pulang. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, program mencandat soto…

Perhentian Escapade Part 2: Teh Tarik Perhentian Kecil

Hari kedua:

Dalam keseronokan bercuti di sebuah pulau yang tersangatlah indahnya, tetiba je satu-satunya benda yang boleh menghubungkan aku ke dunia luar ROSAK! Adoi kenapa la time-time cengginih ko boleh rosak? Macam nak kasi channn aku bercuti puas-puas yer? Bagus la ko handphoneku...ko begitu memahami [dalam hati teroyak tak hengat!!!Sedeh].

Ok lupakan soal Handphone yang telah rosak, balik KL nanti baru pegi repair.

Pagi-pagi lagi dah bangun, kengkononnya nak menghabiskan masa di pinggir pantai @ digigi air sementara menunggu waktu breakfast pukul 8.00 pagi. Yang lain, masih ada yang tak bangun tidor lagi...ish apa daaaa, peluang begini bukan dapat selalu. Suasana pagi yang hening, desiran ombak menggamit kerinduan pada orang tersayang..huhuhuh tetiba jiwang. cut!

Lepas breakfast kami akan bertolak ke Pulau Redang! Yeah sebuah lagi pulau yang indah akan menerima kunjungan daripada kami. Aku pernah ke Redang tahun lepas. Redang memang best dan ada tarikan tersendiri, begitu juga de…

Perhentian Escapade Part 1: Hello New Friends At Perhentian Kechil

Trip kali ni dah lama dirancang. Kalau tak silap aku sejak hujung tahun lepas lagi bila seorang kenalan mengajak aku turut serta bersama kawan-kawannya ke Pulau Perhentian. Reaksi aku...TERUJA kerana aku belum pernah ke Pulau yang dikatakan sangat indah itu. Lagipun, memang aku telah lama merancang untuk bercuti dan tambahan pula perancangan-peracangan sebelum ini banyak yang tak jadi, jadi aku nekad, kali ini walau apa pun terjadi, ia tetap akan diteruskan.
Aku bertolak dari Putrajaya Central tepat jam 10.50 malam menaiki ERL ke KLIA. Flight aku ke Kota Bahru adalah pada jam 7.30 pagi, jadi aku mengambil keputusan untuk overnight di LCCT malam itu. Ini pulak kali pertama aku menaiki bas dari KLIA ke LCCT!! Sangat mencabar ok sebab aku memang tak tau kat mana nak amek bas dan nak naik bas apa? Redah saja. Alhamdulillah sampai juga di LCCT pada jam 12.00 malam. Siap ada 2 orang mat rempit kot, nak kencing aku!!!! Keji sangat, ingat senang-senang nak nipu aku suh naik teksi bayar RM 70…