2009-05-10

Perhentian Escapade Part 2: Teh Tarik Perhentian Kecil

Hari kedua:

Dalam keseronokan bercuti di sebuah pulau yang tersangatlah indahnya, tetiba je satu-satunya benda yang boleh menghubungkan aku ke dunia luar ROSAK! Adoi kenapa la time-time cengginih ko boleh rosak? Macam nak kasi channn aku bercuti puas-puas yer? Bagus la ko handphoneku...ko begitu memahami [dalam hati teroyak tak hengat!!!Sedeh].

Ok lupakan soal Handphone yang telah rosak, balik KL nanti baru pegi repair.

Pagi-pagi lagi dah bangun, kengkononnya nak menghabiskan masa di pinggir pantai @ digigi air sementara menunggu waktu breakfast pukul 8.00 pagi. Yang lain, masih ada yang tak bangun tidor lagi...ish apa daaaa, peluang begini bukan dapat selalu. Suasana pagi yang hening, desiran ombak menggamit kerinduan pada orang tersayang..huhuhuh tetiba jiwang. cut!

Lepas breakfast kami akan bertolak ke Pulau Redang! Yeah sebuah lagi pulau yang indah akan menerima kunjungan daripada kami. Aku pernah ke Redang tahun lepas. Redang memang best dan ada tarikan tersendiri, begitu juga dengan Perhentian. Tidak hairanlah saban tahun, Tuanku Mizan akan mengadakan program menanam terumbu karang di perairan pulau-pulau ini. Pemuliharaan alam sekitar katanyer~ Guddddddd!.

Perjalanan di Pulau Redang merentasi Laut Cina Selatan yang cukup tenang. Maklumlah hujan di sebelah malam mempengaruhi segalanya. Tiba di Redang, suasana menarik menggamit kami. Apa lagi yang boleh dilakukan selain snorkling bersama-sama hidupan laut yang sangat indah. aduhhh hatiku terusik lagi...Indah sungguh ciptaan Tuhan di pulau ini. Semuanya indah!

Dari Pulau Redang, kami ke Taman Laut yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Ish ish ish memang cantik corals di sini. Ikan pon besar-besar belaka. Kami makan lunch yang sudah siap di packing dari chalet. Sangat best!

Sebelum pulang ke Chalet, kami singgah di Pulau Perhentian Kecil, menikmati teh tarik dan keropok lekor di perkampungan nelayan. Owh memang susah nak dapat peluang begini, aku bukan berasal dari kampung nelayan, dan pengalaman ini cukup bermakna. Teh tarik kat kedai ni paling sedap pernah dirasakan. Rasa seperti teh campur sedikit koko dan entah apa lagi..memang kelassssssss teh tarik Perhentian Kecil.

Dah habis melepak di Perhentian Kecil, kami terus dibawa pulang oleh brother Rofi, yang setia melayan kerenah kami sejak pagi. Sebelah malam, kami ada BBQ. Thanks to para pekerja CocoHut yang menyediakan BBQ malam tu, nasib bek malam ni tak hujan. Kira bolehlah melepak di pinggir pantai malam ni, bertemankan bulan penuh. Indah...sungguh indah.

Hari ketiga:

Pagi, sekali lagi aku, Doli dan Tom menjelajah sepanjang pinggir pantai. Melewati beberapa buah chalet yang ada di sana. Suasana pagi memang sangat indah. Menyaksikan Matahari terbit dan kelibat bot-bot nelayan di tengah lautan. Best!

Sempat juga kami pekena teh tarik di sebuah warung tidak berapa jauh dari chalet kami, nama warung tu Abdul's Cafe...Best menikmati teh tarik di atas pantai sambil memerhatikan ombak. Takda kat KL ok!

Pada jam 9 pagi, kami akan dibawa ke Pulau Susu Dara, Kat sana kami snorkling lagi! Hahahhaa dah nak termuntah dah aku asyik snorkling memanjang. Badan pon dah tanned semacam. Pulau Susu Dara sangat unik kerana di sebelah sananya adalah laut lepas, dapat disaksikan pukulan ombak yang maha dahsyat memukul batuan, manakala di sebelah sini, tempat kami berlabuh, ombaknya tenang dan damai. Unik!

Selepas di Susu Dara, kami singgah pula ke Pulau Lang Tengah. Huh sebuah lagi pulau indah! Tatkala kaki menyentuh pasir di gigi air, terasa seolah-olah berada di dalam guni tepung. Pasir yang halus merentas sepanjang pantai di Lang tengah! Memang menarik. Di lang tengah tidak lama, memandangkan keadaan ombak yang agak besar, kami harus segera pulang.

Sebelah petang, kami menghabiskan masa di sekitar chalet. Cadangnya nak menjelajah ke Long Beach, tapi hujan pulak malam tu, program mencandat sotong pon cancel. Sedihnya...takper la lain kali akan try jugak mencandat sotong di sini.

Plan ke Long Beach akan diteruskan pada esok hari...

Bersambung...
















12 comments:

  1. haiishhh...
    bercuti lagik..
    jeles2!!

    ReplyDelete
  2. @.::c!kzUrA::.

    hehehehe apa boleh buat Cik Zura..dah addicted bercuti ..nak buat canner kan...kekekeke

    ReplyDelete
  3. ~seronotnya...dapat lari dari ke"bz"an kota sesak...erm..iva pon xsabar nak cuti2 malaysia nie...~

    ReplyDelete
  4. @iva saionji

    Yup..kalau pikir pasal kerje je memang tensen..sesekali perlu berlibur juga!

    ReplyDelete
  5. @hIrOsHiNaRi
    begitulah kiranya Hiroshi...tidak boleh hidup tanpa jalan-jalan..~

    ReplyDelete
  6. salam. cantik gambar2nya. Banyak kenangan dan pengalaman kalau pegi bercuti2 ni.

    ReplyDelete
  7. @TokNabe
    salam TokNabe: Yup percutian amat indah jika bersama orang yang kita sayang. Tambah indah jika ianya menjanjikan sesuatu pengalaman yang baru.

    Terim kasih atas kunjngan anda.

    ReplyDelete
  8. sebiru laut yg mendamaikan hatiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  9. @kabussenja

    yup...biru itu mendamaikan...

    ReplyDelete
  10. walauapa pun, aku jeles gile babrenk.

    ReplyDelete
  11. @deennasour

    Wahai inchik Deennasour, kiranya objektif aku dah tercapai lah nih! yippy!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS