Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

::Balik Kampung::

Bila dah dekat-dekat nak Raya nih, mesti semua orang terpikir pasal nak balik kampung, bercuti untuk berhari raya bersama keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Ada pula yang tengah pening kepala pikir samada cutinya diluluskan atau tidak dan ada juga yang bergaduh laki bini, berebut nak balik kampung masing-masing [lumrah hidup...pepandailah manage]. Aku? Aku takda masalah nak balik kampung, cuti pun dah approve, 4 hari pulak tuh!!! Isnin [29 Sept], Selasa [30 Sept], Jumaat [3 Sept] dan Isnin [6 Sept]. Amacam? Jeles tak? Hahahha.

Tapi kat sini bukan nak citer pasal cuti raya, aku nak citer pasal balik kampung baru-baru nih. Lepas jer kerja aku terus berdesup meredah jem kat Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung. Kalau lambat-lambat nanti terpaksa pulak berbuka puasa dalam kereta. Nak tak nak aku pun dah siap packing baju semua letak dalam kereta di awal pagi lagi. Alhamdulillah sempat juga sampai di rumah sebelum berbuka setelah lebih 2 jam perjalanan. Penat ler jugak tapi semangat p…

::Lagi Pasal Beruang Kutub @ Polar Bears::

Post entry kali ni mungkin agak ilmiah sedikit berbanding entry-entry sebelum ini. Bukan apa, sekadar untuk meluahkan pendapat dan menghilangkan stress di tempat kerja. [Huhuhu..pulok.]. Banyak juga isu yang dibangkitkan sebelum ini dalam post entry mengenai Beruang Kutub @ Polar Bears. Terima kasihlah kepada yang sudi mengomen entry tersebut terutamanya kepada Suzura danBeautifullife. Komen-komen anda cukup bernas dan boleh dikongsi bersama. Hahaha kalau diorang dah berbunyi, memang panjang lebarlah jawabnya. Untuk pengetahuan semua, diorang berdua nih merupakan environmentallist yang komited. [saja puji lebih-lebih sikit..raya dah dekat kan…heheh] Isu yang paling tak dapat dilupakan adalah isu global warming @ pemanasan global. Aku ada terbaca juga dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, yang menyatakan punca-punca kepupusan haiwan kutub tersebut. Agak menyedihkan sebenarnya apabila punca-punca tersebut datangnya dari kita sendiri.

Ada orang tanya pada aku, “kenapa sibuk sangat n…

::Malam Tadi::

Malam tadi, masa aku tengah dok sorang-sorang lepas solat terawih, tetiba pulak terkenang zaman-zaman susah masa study dulu. Macam-macam benda kena buat sendiri, dah la jauh dari mak bapak, sedara mara apatah lagi. Kena pandai-pandai bawak diri kat tempat orang.Really stresssebenarnya. Nasib baik la aku boleh control semua tu danAlhamdulillah, berjaya juga menamatkan pengajian. Siapa sangka budak kampung macam aku ni boleh berjaya?? Hahahaha ramai yang tak percaya sebab aku ni dulu masa kat sekolah bukan pandai sangat. Lembab..sampai sekarang pun rasanya masih lembab jugak, terutamanya kalau buat benda-benda yang aku tak minat.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini. Aku tetiba perasan sesuatu, kalau waktu susah je, selain aku berdoa kepada Allah supaya kurangkan beban aku, aku sebenarnya ada lagu-lagu menaikkan semangat. Huhhuhu tetiba tersenyum sendiri. Ahhhh peduli apa kan? Aku rasa ramai yang ada cara macam aku. Sebenarnya banyak lagu yang selalu aku dengar kalau aku berada da…

::Bosan::

Seolah-olah baru lepas dari penjara!! Haa tu dia yang aku rasakan sekarang nih. Hujung minggu aku yang lepas aku dok berkurung kat umah tanpa berhubung dengan dunia luar. Dah la member-member semua balik kampung. Ish nasib baik ada citer best yang aku baru download. Tajuknya "Coffee Prince Shop" - citer korea. Selama dua hari berturut-turut aku layan citer tu...best...[17 episode = 17 jam]
Apa lagi yang aku buat?? takda apa.. bosan..Bosan..BOsan...BOSan...BOSAn...BOSAN!!!

--Aku berpuasa--

Akedemi Laut Malaysia (ALAM)

Assalammualaikum!
Pernah dengar pasal ALAM? Bukan ALAM sekitar, ALAM semula jadi. Bukan jugak Zainal ALAM Kadir, dan bukan juga ALAM barzakh..huhhuhuhu. ALAM yang aku maksudkan adalah Akademi Laut Malaysia. Yup, the campus located at Melaka, I don’t know which part because along the trip to go there I felt a sleep. Hehehhee ::wink::
Sebenarnya dah lama dah aku ke sana. Tahun lepas lagi, during my 3 months courses atEiMAS, Bangi. Kami ke ALAM untuk mengikuti kelas pengenalan kepada struktur kapal di bawah subjek Melawan Tumpahan Minyak di lautan. Wahhh hebat tak bunyinya?
First time sampai ALAM, aku terpegun jugak bile tengok ramai pelajar-pelajar akademi tersebut yang sedang berkawad, berkeliaran di serata pelusuk alam dengan pakaian uniform mereka yang pelbagai jenis. Kemudian kami terus dibawa ke sebuah tempat, seolah-olah pelantar penyimpanan perkakas untuk belayar. Di sana kami diberi penerangan mengenai pemakaian life jacket, dan langkah-langkah keselamatan ketika berada di atas kap…

KL Buildings: Kuala Lumpur And The Designs

Assalammualaikum!

Agak terlambat sebenarnya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Tahniah buat rakyat Malaysia, kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak senang duduk dengan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Tak terlepas dengan tema kemerdekaan, aku mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur! Heheheh Sesekali terpandang bangunan-bangunan lama yang masih terdapat di Kota ini, tetiba aku tertanya-tanya, sejak bilakah bangunan-bangunan itu didirikan? Siapakah yang mereka bentuk bangunan-bangunan tersebut? Pasti setiap daripada bangunan itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dan usia mereka menggambarkan pengalaman yang dikumpul oleh Kota metropolitan ini.

Lihat saja pada pelbagai bentuk tersebut. Ianya melambangkan budaya dan cirri-ciri masyarakat yang wujud di Malaysia sejak bertahun lama. Sebenarnya bukan sahaja bangunan-bangunan lama yang menarik perhatiank…

::Polar Bear @ Beruang Kutub::

I Just found this article from yahoo webpage. Hmmm, alam sekitar dah mula bertindak balas!!!. Puncanya? pelbagai, ada faktor semulajadi, dan ada faktor manusia. Tapi kesian plak tengok polar bear-polar bear tu, hilang kecomelannya. Mesti salah satu dialog antara diorang, "Eh korang, lihat bulu ku, cantik tak? Ini fesyen terbaru, fesyen musim ini!!!" ...
[TOKYO - Green polar bears are drawing questions from puzzled visitors at a Japanese zoo. Three normally white polar bears at Higashiyama Zoo and Botanical Gardens in central Japan changed their color in July after swimming in a pond with an overgrowth of algae.

The sight of green polar bears has prompted many questions from visitors concerned about whether the animals are sick or carrying mold, zoo official Masami Kurobe said Sunday.


"Visitors seem to be shocked by the color, and we are asked every day why they are so green," he said.
High temperatures in July and August and less-frequent water changes because of the …

::Busy Kerja???::

Salam... sempena bulan Ramadhan ni, gue dah kurangkan sket aktiviti-aktiviti melepak yang selalu gue buat seperti menonton wayang, teater, lepak kat kedai mamak dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Kalau tak percaya cuba tanya encik Deennasour! Tetiba pulak harini gue ternampak satu email yang sebenarnya dah lama member gua hantar tapi baru harini berkesempatan membacanya. Baca-punya baca, macam sesuai pulak untuk di kongsi bersama anda semua. Almaklumlah, banyak di antara kita yang sudah bekerja dan ada juga yang bakal berkerjaya! jadi renung-renunglah cerita dibawah ini::
Email berbunyi begini::

Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena... Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah &…

::Cempedak oh Cempedak::

PUASA!!!!!!!!!!!!!! YESSSS…Yesssss!!!! Akhirnya tiba jua bulan yang penuh barakah ini. Bulan mencuci segala dosa, bulan yang membimbing ummat ke arah yang diredhai Allah.. Mudah-mudahan amalan kite semua diterima oleh-Nya… AMIN…

Bulan-bulan pose ni seronok jugak kalau kiter cerita pasal makanan kan? Ish tetiba je teringat kat kuih-kuih raya yang mak gue buat kat kampung! Tempahan pun ...Alhamdulillahhhh bertambah-tambah tahun ni. Tapi gue malas nak citer pasal kuih raya skang ni. Nak citer pasal buah cempedak dan gaya penyiapannya. Uik...apakah itu? Mai sini gue ceritakan satu-persatu.

Sempena hari kemerdekaan tempoh hari, bersamaan 31 Ogos 2008, gue yang pada ketika itu berada di kampung telah di pelawa oleh Pak Long gue untuk menjengah kebun cempedaknya. Wow bukan senang nak dapat invitation pegi kebun nih. Gue pun pergilah bersama ibu dan bapa gue skali. Wahhhh sampai je kat kebun@ dusun cempedak tu, amatlah terperanjatnya gue tatkala melihat berdoyon-doyon (ikut slangJuliana Banos e…