2008-09-22

::Balik Kampung::

Bila dah dekat-dekat nak Raya nih, mesti semua orang terpikir pasal nak balik kampung, bercuti untuk berhari raya bersama keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Ada pula yang tengah pening kepala pikir samada cutinya diluluskan atau tidak dan ada juga yang bergaduh laki bini, berebut nak balik kampung masing-masing [lumrah hidup...pepandailah manage]. Aku? Aku takda masalah nak balik kampung, cuti pun dah approve, 4 hari pulak tuh!!! Isnin [29 Sept], Selasa [30 Sept], Jumaat [3 Sept] dan Isnin [6 Sept]. Amacam? Jeles tak? Hahahha.

Tapi kat sini bukan nak citer pasal cuti raya, aku nak citer pasal balik kampung baru-baru nih. Lepas jer kerja aku terus berdesup meredah jem kat Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung. Kalau lambat-lambat nanti terpaksa pulak berbuka puasa dalam kereta. Nak tak nak aku pun dah siap packing baju semua letak dalam kereta di awal pagi lagi. Alhamdulillah sempat juga sampai di rumah sebelum berbuka setelah lebih 2 jam perjalanan. Penat ler jugak tapi semangat punya pasal untuk berjumpa kedua ibu bapa. heheh.

Sebenarnya aku balik kampung seminggu sebelum raya nih ada misi, nak ambik produk kuih-muih yang telah ditempah oleh orang-orang sekitar Lembah Kelang nih! Produk kuih raya??? Yup sebenarnya aku ni buat bisnes bermusim, jual kuih raya. Bukan aku yang buat pon, aku cuma melebarkan empire kompeni parents aku ke sekitar Lembah Kelang.

Setiap tahun, bile tiba musim perayaan, rumah aku kat kampung tu dah jadi kilang kuih dah. Penuh bersepah-sepah kuih raya sampai atas katil aku pon kene tempiasnya. So kalau nak merasa tidur dikelilingi kuih raya, meh la datang umah aku haahaha. Kebiasaannya pada bulan-bulan biasa, cookies kami tak sebanyak di musim perayaan, tapi itu yang bestnya, meriah dan ada semangat sikit nak beraya. Tambahan pulak parent aku skang dah ada staf-staf baru yang boleh diharapkan, so takdalah teruk sangat.

Tahun ni alhamdulillah rezeki kami bertambah, berkat usaha dan doa tanpa henti. Terima kasih kepada yang meng'order' kuih-muih kami. Tahun depan order la lagi ek!! Eh tak semestinya masa nak raya jer, kalau nak tempah bukan musim perayaan pon boleh.. selain tu kami pun menerima tempahan pelbagai jenis kek dan pastry dan juga Hamper. So ...hehehe meh la cube [tetiba plak promote kan?]

Nak tengok camana rupe kete aku smalam?? haaa tengok le kat bawah tuh...penuh, muat-muat untuk aku sorang je dekat tempat driver..hahah

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR dan BATIN!!!


Ni baru kat seat blakang...belum dalam boot lagi...hehe


Sebelah kiri tu para kerepek dan tempeyek dan sebelah kanan tu antara kuih Makmur, Almond London, Badam Kismis Hitam, Gajus, dan macam -macam lagi.


Ni pulak kuih tat nenas, biskut badam dan kuih makmur...sedap!!


Agar-agar kering, produk utama syarikat kami jugak nih...penat nak membuatnyer...

18 comments:

  1. agar2 kering tu fav saya la...susah nak jumpa sekarang ni. memang renyah nak membuatnya. kalo tau awal2 boleh je order dgn u kan. hehehe...

    ReplyDelete
  2. OOooo yer ker..takpe nanti taun depan oder ler.

    ReplyDelete
  3. tu diaaaaaaaa...

    bnyk nya biskut raya...

    utk acu yanie ada tak?

    kekekke

    ReplyDelete
  4. Acu Yanie nak kuih kene la datang beraya ke rumah....

    ReplyDelete
  5. amboi...byk eh kuih raye...

    ReplyDelete
  6. Nak ke cik zura?? meh datang beraya ke rumah..hehehe

    ReplyDelete
  7. ni beraye sakan ni janggel ni..hehe
    selamat hari raya ye.
    maaf zahir batin..
    ade mase dtg la sini...hehe..
    salam penuuh bermakna dr:
    hiroshinariworld...

    ReplyDelete
  8. ACU JANGGEL...

    salam lebaran gak wat acu janggel yg jauh di perantauan.....huhuhu...sedeh tak dapat beraya dengan acu janggel tahun nih...sebab kita balik kampung masing2 di perak dan kedah..

    uwaaaaaaaaaaaaaa

    kenang daku dalam doa mu dan ketika makan ketupat k...

    =(

    ReplyDelete
  9. Huhuhu Hiroshi...nak datang beraya kat sana??? alamatnya tahun depan le baru sampai. Tak sabar nak beraya nih..keje pon dah takda mood jer..hehehehhh.....

    ReplyDelete
  10. Apa la acu yanine nih...orang ajak balik kg perak taknak...kan dah kene raya asing-asing Hahahhahahahahahah

    ReplyDelete
  11. wahhh...bersemangat sungguh nak berhari raya. bagus lah tu...at least meriah gak noh? beraya diperantauan mcm I ni susah la skit nak bercookies2 sepanjang raya. huhu...

    ReplyDelete
  12. it's seem that i forgot somethings..

    "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

    dengan ucapan penuh ikhlas di hati ini, memohon kemaafan andai ada terkasar bhsa..

    dari,
    MOHD ADAM-ZURAIRI BIN MOHD RAWI a.k.a alifdalmim

    ReplyDelete
  13. DaTaNg Raya UMaH i NaNTi JaNGaN LuPeR waK KuEY rAYER waT2 HaDiaH KaT TuaN UmaH.. HaHaHa.

    SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfiTRi..
    MoHoN MaaF TerKasaR BaHasA DaN LaKu :Dq

    ReplyDelete
  14. Suzura:: Yup begitulah nampak gayanya...Ala takpe u boleh cover beraya kat Mesia bile balik sini nanti..heheheh.

    ReplyDelete
  15. Adam:: Saya pon mohon Ampun dan Maap yer jika ada tersinggung atau terkasar bahasa.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to ALL..May this Raya will bring us the great feel!

    ReplyDelete
  16. Hmmm cik masMZ:: Ish tak penah-penah dibuek dek orang pegi beraya bawak kuih raya.. Sepatutnya selaku tuan umah, hang kene sediakan duit raya kepada pengunjung-pengunjungnya.. hehehehe..bersedialah!!

    ReplyDelete
  17. CeH seTaKaT LaLu KaT SiMPaNG Tu, ToKsaH DoK ciTeR kaT ORaNG wEHHH cik JaNGGeL!!!

    ReplyDelete
  18. Hehehhe terpaksa la citer Mas oiii...at least ada jugak ler effort nak beraya ...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!