Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Memori Tercipta 2009~

Dalam beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 yang penuh bermakna untuk aku. Dan selamat datang untuk tahun 2010, bermakna aku juga perlu merencana jadual baru.
Tahun 2009, boleh dikatakan tahun pulun habis-habisan! Apakah maksud? Maksud aku, tahun 2009 merupakan tahun yang paling penuh dengan aktiviti, penuh warna-warni dan penuh onak dan duri! Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat yang aku pergi dalam dan luar negara. Prinsip aku, buat sahaja kalau nak, tak payah tunggu orang lain.! Jadi hasilnya memang memberangsangkan dan ramai muka-muka baru yang aku kenal hasil dari mengamalkan prinsip itu. Syukur kan?

Pulau Langkawi [Januari 2009]

Seronok, ini merupakan perhimpunan keluarga Bil.1 untuk tahun 2009. Bukan senang nak manage benda ni, tapi alhamdulillah, berbekalkan sokongan ahli keluarga yang komited akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Huh memang meriah ibuk-ibuk semua bershopping!

Taman Alam Kuala Selangor [Februari 2009]

Percutian tak dirancang, aku dan teman seke…

Penembak Tak Bertauliah

Satu lagi minggu yang memenatkan. Semalam aku drive balik dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir lima jam!! Jem giler jalan, semua orang yang bercuti Christmas nak pulang semula ke rumah masing-masing. Huh terpaksalah aku melayan perasaan dalam kereta tuh.

Pada 25 Disember yang lalu, sepupu aku Norfuzeana telah selamat mendirikan rumahtangga dengan suaminya Ahmad Ridzuwan, orang Taiping (dekat je). Majlis berjalan dengan meriah, dan alhamdulillah sekali lagi saudara-mara dapat berkumpul memeriahkan majlis. Rasanya baru je bulan lepas kot ada majlis kahwin, bulan ni ada lagi!! Tu la bestnya kalau ada saudara yang ramai. Tahun depan pon dah berderet-deret yang menunggu.

Sempena majlis perkahwinan Nana, aku ditugaskan untuk 'menembak' semua peristiwa yang berlaku sepanjang tiga hari tersebu. Boleh tahan penat juga jadi penembak tak bertauliah nih, main tembak je, gambar pon banyak yang tak jadi, tapi itu namanya belajar. Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang sangat baik.

Ok ada bebe…

Aku Nonton Laskar Pelangi

Sabtu lepas (19 Disember 2009) aku telah berpeluang menonton sebuah filem dari seberang yang sangat BEST! Walaupun filem ni dah lama dan meletup-letup kat INDONESIA nu...tapi baru la sekarang aku dapat tengok!~ huhuhuh sayang filem ni tak ditayangkan di MALAYSIA. Kenapa eh?

OK untuk sesiapa yang tak tahu, sebenarnya bulan Disember ni telah ditetapkan sebagai Minggu Filem Islam dimana setiap minggu akan ditayangkan sebuah filem yang terpilih daripada negara-negara Islam iaitu Turki, Saudi Arabia, Indonesia dan Malaysia. Jadi Sabtu lalu, aku dengan member yang tidak asing lagi Deennasour itu telah pergi ke FINAS untuk menonton Filem Laskar Pelangi!!! (Deennasour dah tengok banyak kali yer).

Aduh, mula-mula aku memang tak tahu filem Laskar Pelangi ni mengenai apa. Tertarik aku dengan tema yang diketengahkan, kisah sekumpulan kanak-kanak miskin di sebuah daerah di Indonesia (Belitong) yang bersemangat untuk bersekolah di sebuah sekolah pondok iaitu Madrasah Muhammadiah. Kegigihan 3 orang gu…

Explorasi Bukit Lalang

Salam Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam di Malaysia. Semua tahu yang Bulan Disember ni banyak cuti jatuh pada hari Jummat. Tahun baru Islam juga jatuh pada hari Jumaat 18 Disember 2009. Sempena cuti tahun baru yang lalu, aku dengan tidak semena-mena telah terbuat satu aktiviti mendaki yang sememangnya tidak dirancang dengan teliti. Pakai hentam sahaja.
Seawal pagi iaitu pada jam 6.20 pagi, aku dan rakan sekerja telah bergerak ke Semenyih di mana terletaknya sebuah bukit yang dipanggil Bukit Lalang. Hah nak tahu kenapa bukit itu di panggil Bukit Lalang? Sudah tentu sebab di atas bukit tersebut penuh dengan lalang. Kami sebetulnya telah bercadang untuk ke Bukit lalang ni pada awal Jun tahun ini, tetapi disebabkan banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, maka program ni tertangguh sampailah ke akhir tahun! Alhamdulillah, at least sampai jugak hajat nak mendaki Bukit Lalang nih.

Dengan berbekalkan info yang ciput, maka laluan highway Lingkaran Kajang kami rentasi dan keluar mengiku…

Dari Putrajaya ke JB dan Singapura

Assalamualaikum!

Penat ke Penang tak hilang lagi, minggu ni aku bergegas pula turun ke Selatan tanah air, Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan seorang sahabat. Selamat Pengantin Baru buat Fahrulrazi dan isterinya Rozita. Selamat melangkah ke alam rumah tangga dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Alhamdulillah majlis pernikahan sudah selamat berlangsung. Aku dan dua orang teman bertolak dari Bangi pada petang hari Khamis selepas waktu kerja. Lama juga perjalanan ke JB, mengambil masa 5 jam. (Tambahan pulak berhenti rehat di R&R Pagoh selama dua jam ...solat dan berborak). Tiba di JB jam 12 malam dan terus check in kat Rose Cottage yang telah disponsor oleh pengantin lelaki.

Keesokkan hari, pagi-pagi lagi kami dah check out untuk majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Jamek Pasir Gudang. Meriah sungguh, tiga pasangan mempelai sekali harung. Best pulak aku tengok nikah ramai-ramai macam tuh! Selesai majlis pernikahan, kami semua bergerak ke rumah pengantin peremp…

Aku ke Pulau Pinang

Dalam hal mengira-ngira bajet untuk bercuti di seberang tambak minggu depan, terpaksa jugak aku memotong sebahagian daripadanya untuk melunaskan tanggungjawab kerja di Pulau Mutiara minggu ini. Aduh, lari bajet means tak dapat nak berjoli sakan la!! Owh tidak!

Pulau Pinang: Pernah aku suarakan pada deennasour mengenai plan nak ke Pulau Pinang. Cadangan asal nak pergi bercuti-cuti Malaysia, sambil 'menziarahi' Taman Negara Pulau Pinang yang cun itu. Akhirnya tanpa di rancang, aku terpaksa pergi lebih awal ke sana untuk bekerja. Huhuhuh tak bestnya!

Untung ada sedara-mara di Penang yang boleh entertain aku. Thanks to Ija, Uncle Rosli and Auntie Milah yang sangat supportive dan sanggup membawa diri ini berlegar-legar di sekitar Penang. Haish lama betol aku tak menjejakkan kaki ke Penang. Sekali-sekala naik ke Utara memang berbaloi. Tapi kalau plan cuti-cuti Malaysia aku tu jadi, lagi berbaloi. So aku dah pikirkan next plan mesti jadi punya! Tapi untuk tahun depan lah, tahun ni dah …