2009-12-28

Penembak Tak Bertauliah

Satu lagi minggu yang memenatkan. Semalam aku drive balik dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir lima jam!! Jem giler jalan, semua orang yang bercuti Christmas nak pulang semula ke rumah masing-masing. Huh terpaksalah aku melayan perasaan dalam kereta tuh.

Pada 25 Disember yang lalu, sepupu aku Norfuzeana telah selamat mendirikan rumahtangga dengan suaminya Ahmad Ridzuwan, orang Taiping (dekat je). Majlis berjalan dengan meriah, dan alhamdulillah sekali lagi saudara-mara dapat berkumpul memeriahkan majlis. Rasanya baru je bulan lepas kot ada majlis kahwin, bulan ni ada lagi!! Tu la bestnya kalau ada saudara yang ramai. Tahun depan pon dah berderet-deret yang menunggu.

Sempena majlis perkahwinan Nana, aku ditugaskan untuk 'menembak' semua peristiwa yang berlaku sepanjang tiga hari tersebu. Boleh tahan penat juga jadi penembak tak bertauliah nih, main tembak je, gambar pon banyak yang tak jadi, tapi itu namanya belajar. Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang sangat baik.

Ok ada beberapa gambar untuk dikongsikan bersama, hadiah untuk kedua pasangan mempelai. Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat! Amin~!

PEACE!




4 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai...moga berkekalan hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  2. Aie=

    Amin..thanks for the doa.. (wakil heheh)

    ReplyDelete
  3. lorh...aku ingt ko pg latihan menembak..atau g main paint ball..

    btw, ok apa gmbr ni..ke, 2 gmbr ni je yg jadi??hahaha

    ReplyDelete
  4. Adam:

    Hahahah lawak ler..latihan menembak pulak.

    ada banyak lagi gambo heheeheh..yg jadi.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS