Sabtu lepas (19 Disember 2009) aku telah berpeluang menonton sebuah filem dari seberang yang sangat BEST! Walaupun filem ni dah lama dan meletup-letup kat INDONESIA nu...tapi baru la sekarang aku dapat tengok!~ huhuhuh sayang filem ni tak ditayangkan di MALAYSIA. Kenapa eh?
OK untuk sesiapa yang tak tahu, sebenarnya bulan Disember ni telah ditetapkan sebagai Minggu Filem Islam dimana setiap minggu akan ditayangkan sebuah filem yang terpilih daripada negara-negara Islam iaitu Turki, Saudi Arabia, Indonesia dan Malaysia. Jadi Sabtu lalu, aku dengan member yang tidak asing lagi Deennasour itu telah pergi ke FINAS untuk menonton Filem Laskar Pelangi!!! (Deennasour dah tengok banyak kali yer).
Aduh, mula-mula aku memang tak tahu filem Laskar Pelangi ni mengenai apa. Tertarik aku dengan tema yang diketengahkan, kisah sekumpulan kanak-kanak miskin di sebuah daerah di Indonesia (Belitong) yang bersemangat untuk bersekolah di sebuah sekolah pondok iaitu Madrasah Muhammadiah. Kegigihan 3 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar sekolah yang hampir roboh itu iaitu Pak Harfan, Ibu Mus dan Pak Bakri membuatkan sekolah itu terus bernyawa.
Sekolah Muhammadiyah terancam akan ditutup oleh Kerajaan sekiranya tidak menerima sepuluh orang murid baru. Setelah berjaya mengumpul sepuluh orang kanak-kanak dari keluarga miskin yang tidak mampu untuk bersekolah di sekolah aliran Inggeris, maka kanak-kanak tersebut dengan bersemangatnya bersekolah di Muhammadiyah. Mereka dikenali sebagai Laskar Pelangi. Dari sinilah bermulanya kisah menarik yang dikongsikan pelajar-pelajar tersebut mengenai kehidupan, cinta, kasih sayang dan persahabatan.
Sangat best! Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang (salah seorang pelajar terpintar) yang memaksa dia berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal (watak pencerita) yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh pengarahnya Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.
Ok aku rasa nak pegi beli novel citer ni pulak! Mesti lagi detail ceritanya. Untuk makluman lanjut mengenai Minggu Filem Islam, tayangan seterusnya pada 26 dan 27 Disember 2009 iaitu filem "Just A Word, Child Task, Innocent Dream" (Filem-Filem Arab Saudi) dan Syukur 21 (Filem Malaysia). Kalau ada masa, silalah memeriahkan FINAS pada tarikh-tarikh tersebut. Dekat sebalah Zoo Negara je. Pastu boleh singgah tengok binatang kat sana. hehe.
Pstt: Sengaja tolong promote benda free....
Pstt2: Untuk keterangan lanjut sila layari www.finas.gov.my
PEACE!
iva pon dah tgk cerita nie..memang best...dialek bahasa yg mereka guna pon menarik perhatian....bisa bikin suspen n sedih..juga gembira....lagu laskar pelangi pon memberi iva sumber inspirasi dalam menongkah arus dunia....
ReplyDeleteIva:
ReplyDeleteYup memang berbeza dialek yang diorang gunakan kan? saya pon jarang dengang bahasa Indonesia yang tidak mempunyai sebutan Baku seperti kebiasaannya,.. Menarik!
Rasa macam mau nonton lagi... hmm kena cari DVD dia la pulok...
baru ko tau penangannye.
ReplyDeletebuku dia dah sampai 4 dah.
tapi aku buku no.2 pun tak abes baca lagik.
haha.
p/s : tapi aku ada vcd dia. dari indon lagik. hehhee
deennasour:
ReplyDeletehuh ada 4 buku??? ala-ala twilight ker pulok? hahaha kena cari nih!
citer nih ada menang dalam festivel filem asia kan..tp not sure menang kategori aper.
ReplyDeleteBeautifullife
ReplyDeleteYup mmg citer ni banyak menang anugerah! Terbaik wokkkk!