Menonton teater Natrah arahan EiRMA FATIMA malam tadi di Istana Budaya (IB) sedikit menyentuh hati aku. Mana tidaknya, dengan lakonan berkesan barisan pelakon menjadikan persembahan teater ini amat berjaya. Bagi aku, apa yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarahnya telah dapat diterima oleh setiap penonton malam tadi.
Persembahan teater Natrah berlangsung kini di IB bermula 30 November 2009 hingga 9 Disember 2009. Pengalaman menonton Natrah adalah sesuatu yang indah. Sejak terbaca di akhbar tempatan bebrapa bulan yang lalu mengenai pemergian seorang wanita Belanda bernama Natrah, aku tertarik untuk mengetahui kisahnya yang menjadi salah satu fakta di dalam lipatan sejarah Malaysia-Singapura. Isu keagamaan, Kekeluargaan, Cinta, dan Ketamadunan disusun dengan begitu rapi oleh Eirma. Tahniah sekali lagi!
Paling berkesan adalah lakonan Sofea Jane, ratu filem Melayu satu ketika dahulu yang membuka persembahan dengan lakonan yang penuh penghayatan. Begitu juga lakonan Umi Aida yang sangat berjaya bagi aku. Tahniah Umi, watak Mak Minah memang serasi dengan diri anda! Dan tidak lupa, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Pesta Filem Asia Fasifik, Maya Karin yang membawa watak Natrah, memang menjadi. Ini membuktikan yang usia bukanlah penghalang buat Maya untuk melakonkan watak seorang gadis Belanda yang berusia 13 tahun! Maya melakonkannya dengan sangat baik, persis seorang remaja!
Di sini aku ingin berkongsi fakta sejarah mengenai Natrah (untuk sesiapa yang tak tahu). Segala fakta dipetik melalui penulisan Fatini Yaakob seorang wartawan bebasdi Dewan Masyarakat.
Sejarah Natrah:
Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louise kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia pulang ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Maria. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senama padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa natrah ke Singapura atas peancangan dan muslihat jahat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill (pusat kebajikan Masyarakat di Singapura). Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa Mansor Adabi iaitu Encik M.A. Majid di 139, Seraggoon Road, Singapura. Ketika itu usia Natrah adalah 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi ketika itu ialah 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan berusia 13 tahun dibenarkan berkahwin tetapi mengikut Undang-Undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah berhak ditentukan kehidupannya oleh bapa kandungnya.
Konflik agama dan isu penjagaannya yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.
Bila aku amati kisah Natrah ini, serta merta terbayang betapa lemahnya kita ketika itu. Ibu bapa Natrah menang kes perbicaraan dan Natrah telah dibawa pulang ke Belanda. Agama Islamnya tercalar dan beliau
telah meninggal dunia pada usia 72 tahun pada 9 Julai 2009.
Sedih juga bila baca kisah si Natrah ni, namun mungkin ada khikmah yang berlaku di sebalik peristiwa ini.
Apa-apa pun, persembahan teater Natrah ini memamng bagus. Antara pelakon lain yang turut menjayakan pementasan ini adalah Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi), Samantha Schubert (Adeline), Hamzah Mohd Tahir, Mazin Ameen Siraj dan ramai lagi.
psst: Tahinah buat Eirma Fatima atas kemenanganya menggondol anugerah di Anugrah Skrin TV3 malam tadi.
psst 2: Entry kali ni agak formal plak kan? poyo~
PEACE!
allo allo dengan kadar segera eh wat post :p
ReplyDeleteentri formal? bukan selalu pun gitu ke enchek janggel? ;p
Masmz=
ReplyDeleteIsh slalu tu aku guna ayat tonggang langgang..yang ni aku buat rujukan dengan DBP.
kah kah kah.... mentang2 larrr baru lepas wat assignment... (opsssss... tugasan!)
ReplyDeleteaishHHHhh ToDaK.... ePPY BiRTHDaY..... tak leh aaa dok dalam Janggel :p
ReplyDelete2nd pic tu, paling kiri tengah tepuk tangan tu i..
ReplyDeleteuwaaaa. gambar terpotong...
nnt saya nak publish gambar kat blog.. and akan link ke blog ni..
>.<
Hai Marya Hana:
ReplyDeleteHaha boleh nampak juga yer? maklumla masa tu amek gambar kelam kabut sket, nak cepat ..maka snap apa yg sempat aja. Anyway thanks . Singgah selalu!