2009-12-20

Explorasi Bukit Lalang

Salam Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam di Malaysia. Semua tahu yang Bulan Disember ni banyak cuti jatuh pada hari Jummat. Tahun baru Islam juga jatuh pada hari Jumaat 18 Disember 2009. Sempena cuti tahun baru yang lalu, aku dengan tidak semena-mena telah terbuat satu aktiviti mendaki yang sememangnya tidak dirancang dengan teliti. Pakai hentam sahaja.

Seawal pagi iaitu pada jam 6.20 pagi, aku dan rakan sekerja telah bergerak ke Semenyih di mana terletaknya sebuah bukit yang dipanggil Bukit Lalang. Hah nak tahu kenapa bukit itu di panggil Bukit Lalang? Sudah tentu sebab di atas bukit tersebut penuh dengan lalang. Kami sebetulnya telah bercadang untuk ke Bukit lalang ni pada awal Jun tahun ini, tetapi disebabkan banyak sangat hal yang tak dapat dielakkan, maka program ni tertangguh sampailah ke akhir tahun! Alhamdulillah, at least sampai jugak hajat nak mendaki Bukit Lalang nih.

Dengan berbekalkan info yang ciput, maka laluan highway Lingkaran Kajang kami rentasi dan keluar mengikut exit Semneyih menghala ke arah University of Nottingham. Jalan depan sikit sahaja lagi kami dapat melihat deretan kereta tersusun di bahu-bahu jalan. Dalam hati aku tertanya-tanya: Betul ker apa yang aku lihat nih? Jam masa tu menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kereta yang bersusun memang banyak giler!!! Dah tentu-tentu ramai giler orang dah start mendaki untuk melihat matahari terbit!! Aduh kira kami nih dah ketinggalan la.

Kami memulakan pendakian dengan merentasi ladang kelapa sawit dan terus memanjat ke denai-denai sehingga masuk ke dalam hutan belukar. Sepanjang perjalanan kami bertembung dengan ramai pendaki yang sudah mahu turun. Aik cepat giler nak turun?? Mungkin diorang dah berkampung kat situ sejak dari malam lagi kot. Tapi yang seiiring nak mendaki dengan kami pon ramai juga. Kiranya, kalau aku nak datang sorang-sorang pon takda hal la..memang ramai geng yang menuju ke tas bukit tuh. Ketinggian bukit tu aku tak tahulah berapa, tapi yang pasti untuk sampai ke puncak bukit mengambil masa 45 minit (masa aku lah sebab aku semput jugak nak mendaki ke atas tu!! Tinggi weh! mencuram!)

Tapi once korang dah berada kat atas tuh! SubhanAllah sangat indah pemandangannya! Percayalah memang korang takkan sanggka dapat melihat pemandangan indah, menyaksikan matahari terbit, kabus dan awan melitupi kaki-kaki bukit, dan melihat pekan Semienyih yang sayup mata memandang. Memang Syiokkk habis!

Kat atas tu apa lagi yang aku nak buat melainkan sesi fotografi lah! Sanggup aku memikul kemera dan tripod aku naik ke atas tuh!!!! Memang ramai pendaki yang dah ada kat atas tu, berbilang bangsa pulak! 1 Malaysia lah katakan, tapi yang aku perasan macam takda pulak pelancong asing, rata-rata rakyat Malaysia saja yang ada kat atas tuh. Kenapa yer??? Mungki sebab ramai yang tak tahu kot? Aku tahu tempat nih pon sebab terbaca dokumentari pasal Bukit Lalang, Broga ni di dalam sebuah majalah yang aku dapat free kat Airport masa ker Perhentian bulan Mei lalu.

Ok bagi sesiapa yang teringin nak ke Bukit Lalang ni, aku amat menyarankan pergilah. Berbaloi..tambahan pulak kalau pergi awal pagi. Gerenti puas. Lokasinya adalah di Broga, Semenyih, Selangor. Berdekatan dengan Universiti of Nottingham. Kalau korang pergi ke Semenyih, cari saja signboard Universti tu, pasti jumpa!

Ok, enjoylah gambar-gambar yang berjaya ditembak semasa aku berada di atas sana!

PEACE!

Kawasan tempat letak kenderaan berbayar: RM 2



Separuh pendakian...ramai orang yang mendaki time nih.



Kalau dah penat , berhenti sat..rehat


Pemandangan awal pagi di atas Bukit lalang (8.40am)


Menyaksikan matahari terbit dari puncak bukit





Ramai giler pendaki~!












Laluan sebegini yang ditemui di beberapa bahagian cerun









Balik!~




4 comments:

  1. Yeirkif:

    Yup memang BEST tahap cipan tau... try la manjat! kompom tak nyesal..

    ReplyDelete
  2. Minta izin backlink post ini....pasal lawatan anda lebih awesome berbanding pendakian saya...Thank you, Ren.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS